BAB 7

Other Completed 2518

Malam itu, Zira belajar sesuatu dari buku yang dihadiahkan oleh abangnya itu. Zira mula sedar, apa yang dilakukannya selama ini, dengan alasan konon-kononnya mahu mencari kebahagiaan, sebenarnya satu tindakan melarikan diri dari masalah yang sebenar. Zira cuba menolak jauh ingatannya kepada ibunya.

Namun, matlamat tidak menghalalkan cara. Zira gagal memahami hatinya sendiri, lantas mudah sahaja dipengaruhi oleh godaan syaitan. Namun, puisi-puisi tulisan Deanna Beisser dari Amerika itu turut menekankan tentang peluang kedua.

Tentang bagaimana perubahan ke arah yang lebih baik boleh digapai oleh sesiapa sahaja. Yang penting, fahami hati sendiri, insyaAllah, jalan yang benar akan terbentang di depan mata.

‘Your life is everything that encircles you, and it’s important not to judge yourself critically but to understand yoursef, not to restrict your emotions but to express them, not to limit yourself but to search out every new horizon.’

Isn’t It Time to Feel Good About Yourself, Deanna Beisser

Zira perasan bait-bait dari puisi ini telah digariskan oleh abangnya. Zira faham apa yang cuba disampaikan oleh Zafari. Esok, akan jadi satu hari yang baru, untuk dia dan insyaAllah untuk perhubungannya dengan Zafari dan bapanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience