BAB 9

Other Completed 2518

Zira berhenti menaip seketika. Dia teringat akan semua lelaki yang pernah mempunyai ‘hubungan’ dengannya dulu. Mereka semua tu, tak adalah pandai mana, they can’t even hold a decent conversation for five minutes, tapi, mereka punya pesona bintang yang tersendiri.

Mereka pandai membeli hati Zira dengan pujuk rayu mereka, dan yang penting, mereka berani. Berani untuk mendapatkannya. Bukan sekali dua ada di antara mereka yang bergaduh sesama sendiri mendapatkan peluang bersamanya.

Hati wanita mana yang tak terjentik andai menjadi pujaan sebegitu. Pendek kata, Syed perlu tahu bagaimana mahu meruntuhkan benteng pertahanan wanita. Aku perlu bantu Syed!

‘I have known many different kindsof people in my life...I’ve met men who are sensitive and caringand men who are cruel and calculating. I’ve known women who are sincere and honestand women who are jealous and hateful. I’ve seen smiles filled with lies and tears wet with truths.’ - Great Achievers, Deanna Beisser

*Duri_dalam_hati:*
Zira?

*Sun_rise86:*
Sorry, saya ke tandas tadi. Macam ni. Awak pernah cakap pada saya, awak ni seorang yang pemalu. Awak pun susah mahu meluahkan perasaan kepada wanita. Sekarang ini, saya cabar awak, jangan lagi bersembunyi di sebalik komputer awak. Sekarang ini bukan lagi zaman blind-date, jumpa-jumpa kawan internet. Saya cabar awak jadi lebih berani.

*Duri_dalam_hati:*
Jadi lebih berani?

*Sun_rise86:*
Yes! Ok, awak selalu tulis puisi-puisi awak, cerpen-cerpen awak, selepas kerja di Starbucks, Times Square kan?

*Duri_dalam_hati:*
Ya, kenapa?

*Sun_rise86:*
Esok, di sana, saya mahu awak tegur wanita pertama yang menarik perhatian awak. Saya nak awak minta nombor telefonnya. Saya nak awak beranikan diri, percaya cakap saya, awak tak akan menyesal.

*Duri_dalam_hati:*
Tapi...

*Sun_rise86:*
Tak ada tapi-tapi. Saya mahu membuktikan pada awak, kami semua bukan pematah hati orang. ;) Janji dengan saya, awak akan buat apa yang saya suruh. Ingat tagline di Kapasitor, Potential = Possibility. Awak ada potensi Syed, tak mustahil, awak juga ada peluang.

*Duri_dalam_hati:*
OK. Saya janji.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience