BAB 5

Other Completed 2518

Semenjak pulang dari hospital, Zira menjadi seorang yang pendiam. Dia benar-benar merasa terpukul dengan kejadian yang menimpanya. Siapa tahu, ‘kegembiraan’ yang dicarinya, berakhir dengan tragedi. Zira benar-benar insaf, dia tahu, ini balasan atas segala dosa-dosa yang dilakukannya. Lihat saja apa yang terjadi kepada dirinya sekarang.

Selama seminggu berada di hospital, tiada siapa yang datang melawatnya. Kawan-kawannya selama ini, hanya untung dibuat gembira, rugi dibawa berduka.

Namun Zira bersyukur, bersyukur kerana abangnya, Zafari banyak memberi sokongan kepada dirinya semenjak kemalangannya bulan lepas. Zafari risau juga melihat perubahan mendadak Zira yang sudah tidak seceria dulu, namun dia cuba memberikan masa kepada Zira untuk bermuhasabah diri.

Zafari turut merasa bersalah atas apa yang berlaku. Kesibukan dalam kerjayanya menyebabkan dia turut terlupa perhatian yang diberikan kepada adik tunggalnya itu. Dalam masa yang sama, Zafari juga tidak mahu meletakkan kesalahan ke atas bapa mereka yang turut hanyut dibuai tuntutan kerjaya dan pangkatnya. Orang politik, banyak yang perlu diimbangi mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience