BAB 6

Other Completed 2518

Suatu hari, selepas makan malam bersama-sama, tanpa bersuara, Zira terus sahaja duduk di ruang tamu menghadap komputer ribanya. Zafari sedar, Zira banyak menaip sekarang ini. Puisi mungkin.

Waktu di sekolah menengah dahulu, Zira memang gemar menulis puisi dan cerita pendek, tidak kiralah dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris. Dahulu, ada juga beberapa kali dia meluangkan masa untuk membaca karya-karya Zira, namun sekarang, sudah tiada lagi berbuat demikian. Lagipun sudah lama juga Zira tidak meminta pandangannya. Tak tahulah samada Zira sudah tidak lagi menulis, ataupun akibat tidak lagi serapat dulu, Zira segan mahu meminta pandangannya lagi.

“Zira.”

“Ya, bang?”

“Zira tak keluar malam minggu ni?”

Zira sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya membalas soalan dari Zafari. Matanya masih tertancap pada skrin komputernya. Zafari duduk bersila di sebelah Zira. Zira terus sahaja menurunkan skrin komputernya, menyembunyikan apa yang ditaipnya sedari tadi.

“Ni, abang ada belikan sesuatu,” Zafari meletakkan sebuah buku di atas meja kopi di hadapan mereka. Zira memandang buku itu lama-lama sebelum memandang ke arah Zafari semula. Matanya berkaca. Buku motivasi bertajuk ‘Is It Time to Make a Change?’ tulisan Deanna Beisser diambilnya dan mula diselak satu persatu.

‘Banyak puisi-pusi menarik dalam tu. Hope it could help you to be stronger,” Zafari memegang bahu adiknya. Zafari pun sebenarnya tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan simpati dan sokongan kepada adiknya memandangkan agak lama juga mereka tidak berkongsi cerita.

Dia benar-benar berharap apa yang dilakukannya ini, sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati Zira.

“Terima kasih, bang,” Zira menutup bukunya. Dia berniat mahu membacanya sebelum tidur.

“Aduh, abang dah bagi hadiah pun tak ada senyuman?” Zafari mengusik adiknya. Sedaya upaya Zira mengukir senyuman, ingin menjaga hati abangnya. Tersentuh hati Zira dengan Zafari yang tidak henti-henti mahu menggembirakan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience