BAB 3

Other Completed 2518

Pernah seorang penunggang menyatakan hasrat untuk menjadi teman lelaki Zira. Dia sanggup menerima Zira jika Zira sanggup berubah. Dia juga sanggup memperisterikan Zira sekiranya Zira sanggup berubah dan tidak melakukan perkara-perkara terkutuk lagi. Tapi Zira masih belum bersedia menjadi seorang isteri. Zira masih belum puas bergembira.

Lalu Zira tolak permintaan dia. Semenjak itu, Zira terputus hubungan dengan dia. Dengar dia sudah punya teman wanita lain dan mahu berkahwin. Zira gembira dengan perkembangan dia. Zira gembira dia dapat memperisterikan wanita yang lebih baik dari Zira.

Selepas dia, tiada legi lelaki yang menyatakan hasrat seperti itu. Siapalah yang mahu memperisterikan perempuan macam Zira. Zira sedar perkara itu. Lelaki semua sama. Lebih baik kehidupan Zira diteruskan begini. Zira lebih gembira begini. Tiada konkongan dan teman-teman Zira masih ada yang menyayangi Zira.

Hilang teman.

Satu malam minggu, Zira keluar bergembira dengan teman-teman. Zira membongceng sebuah motorsikal Yamah 125z. Penunggang itu Zira baru kenal. Pada mulanya dia yang menghubungi Zira secara tiba-tiba. Entah dari mana dia memperoleh nombor telefon Zira. Tidak mengapa, Zira suka juga jika memperoleh teman baru.

Malam itu Zira sudah dapat berita dari seorang sahabat polis mengadakan operasi. Zira tak peduli yang penting Zira mahu juga keluar malam itu.

Sedang Zira dan teman-teman yang lain berseronok di sebuah tempat di tepi jalan, tiba-tiba pihak polis sampai. Ramai penunggang kelam kabut mearikan diri. Teman baru Zira ini pun turut lari dari ditangkap polis. Namun malam itu banyak sekatan jalanraya dibuat. Sudah beberapa sekatan dirempuh masih banyak sekatan di jalan lain.

Sampai di satu sekatan, teman baru Zira ini agak menggelabah kerana sudah tiada jalan untuk melarikan diri. Dia terus membuat pusingan dan melawan arus lebuhraya yang sibuk. Zira tidak sedar apa yang berlaku. Zira cuma ingat penunggang yang dia bonceng hilang kawalan lalu merempuh sebuah kenderaan. Zira terpelanting jauh.

Kemudian Zira tersedar di sebuah katil di hospital. Kaki Zira bersimen. Zira tidak berdaya lagi untuk bergerak. Perut Zira sangat sakit. Mungkin akibat kemalangan tersebut. Zira lihat Abang ada di sebelah sedang bercakap dengan seseorang. Tapi tidak pula kelihatan bapa. Mungkin dia sibuk menjalankan tugas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience