BAB 8

Other Completed 2518

BUZZ!

*Duri_dalam_hati:*
Zira, apa khabar hari ini?

*Sun_rise86:*
Syed, saya sihat hari ini. Ada publish karya terbaru?

*Duri_dalam_hati:*
Aduh, tak ada lagilah. Saya ni susah juga nak mencari inspirasi. Bukan macam Zira, banyak idea!

*Sun_rise86:*
Alah, kebetulan idea ada dalam kepala. Terus saja tulis. Ditangguh-tangguh nanti jadi pekasam.

*Duri_dalam_hati:*
Pekasam pun sodappp!

Zira tertawa sendiri. Dia amat menyenangi Syed, lelaki yang saban malam bersembang dengannya di alam maya melalui Yahoo! Messenger. Perkenalan mereka berdua bermula di laman Kapasitor.Net, satu platform maya yang memberi peluang kepada penulis-penulis Malaysia untuk menerbitkan karya-karya seni mereka samada puisi, cerpen, novel dan lukisan.

Baru sahaja Zira berdaftar dengan Kapasitor ini, itupun selepas dipaksa oleh kawan baiknya sewaktu sekolah menengah dulu, Aisyah. Kata Aisyah, rugi kalau puisi-puisi dan cerpen-cerpennya hanya disimpan. Lebih baik diterbitkan di Kapasitor, sekurang-kurangnya, ada yang boleh memberi komen untuk penambahbaikan.

Syed atau DuriHati, sepertimana nama pena Kapasitornya, banyak menulis puisi-puisi tentang patah hati. Menurut pemahaman Zira, Syed ini seperti banyak kisah putus cinta.

Puisi-puisi Syed pun banyak menggambarkan perasaannya yang seolah-olah sudah putus asa dengan cinta. Zira cuba sedaya upaya untuk memahami apa yang ada di kepala Syed. Kadang-kadang sukar juga, kerana Zira pun tidak pernah dilamun cinta.

Namun, selalu saja dia mendengar dan membaca kisah-kisah sebegini. Setakat baru dua minggu mengenali Syed, Zira tahu, sifat pemalunya-lah yang banyak merencatkan perubungan cintanya.

*Sun_rise86:*
Sajak terakhir awak hari tu, kenapa awak marah sangat dengan wanita? Bait,‘Kejamkah menghulur jiwa sedang jiwa dirobek pandangan pertama. Sekilas aku mahu meratah rohmu sepertimana kau membunuh nuraniku’ ini macam hiperbola sangat pula saya rasa. Syed, jangan cepat menghukum wanita. Bukan semua kami punya sifat yang sama.

*Duri_dalam_hati:*
Bukan saya senang-senang mahu menghukum, tapi entahlah. Setakat pengalaman saya dengan wanita, semuanya tak indah. Semuanya berakhir sekejap sangat. Saya ni macam tak layak berada di pangkuan wanita. Agak-agak, saya ni memang tak ada keistimewaan mungkin.

*Sun_rise86:*
Ada pula awak cakap macam ni. Jangan sekali-sekali anggap diri awak tak istimewa. Saya tahu, this will sound cliché, tapi memang benar, semua orang ada keistimewaan masing-masing. Awak tahu, awak seorang penulis yang baik. Puisi-puisi awak sentiasa menyentuh hati saya dan memberi cabaran kepada saya untuk menulis puisi yang sama taraf dengan awak. Itu satu keistimewaan bukan?

*Duri_dalam_hati:*
……………..

*Sun_rise86:*
Apa yang awak tahu tentang diri saya selepas baca puisi-puisi saya?

*Duri_dalam_hati:*
Awak pernah sesat jalan dulu? Tak silap saya, ada tragedi yang menimpa awak dan memberi keinsafan pada awak.

*Sun_rise86:*
Pandai pun! Awak.. saya dulu pernah hanyut.. jauh. Tapi, salah satu perkara yang saya belajar dari semua ini, adalah saya lebih mengenali orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience