BAB 2

Other Completed 2518

Selepas pemergian ibunya, Zira semakin kurang menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Dia sudah lupa akan segala nasihat dari arwah ibunya. Zira bukan sengaja mahu melupakan nasihat-nasihat itu, tetapi setiap kali Zira teringat akan kata-kata arwah ibunya dia akan mengalirkan air mata. Disebabkan itulah Zira sengaja menjauhkan ingatannya dari mengingati kenangan bersama arwah. Untuk melupakan kenangan itu, Zira mula bergembira dan bersosial. Lagipun, sekarang sudah tiada yang mahu menegur setiap perlakuan Zira lagi.

Mula berubah sikap.

Kini, hobi baru Zira suka menjadi membonceng motorsikal. Tapi Zira tak suka menunggang. Cuma membonceng. Zira memang agak memilih untuk menjadi pembongceng. Selalunya Zira suka lelaki yang menunggang motorsikal Yamaha RXZ Catalyzer, atau Yamaha 125Z model baru dengan style yang macho dan jantan.

Pada setiap malam minggu, Zira sendiri akan berkira-kira untuk menjadi pembonceng kepada siapa. Selalunya, penunggang yang akan jadi pilihan Zira sudah ada di dalam fikirannya. Penunggang-penunggang itu pula awal-awal lagi sudah menelefon Zira bertanya adakah dia free pada malam minggu itu.

Ramai juga penunggang-penunggang yang suka memboncengkan Zira. Cuma Zira sahaja yang memilih siapa penunggang kegemarannya. Biasanya penunggang kegemaran Zira adalah penunggang yang cool serta tidak mudah menggelabah samaada ketika dikejar pihak polis atau ketika mengelak sekatan jalanraya.

Biasanya mereka yang mahu menjadikan Zira pembonceng akan belanja Zira. Cukuplah sekadar belanja makan di gerai, atau belanja tambah nilai telefon bimbitnya sebanyak ringgit malaysia sepuluh.

Zira sudah cukup berterima kasih kepada mereka. Untuk membalas jasa mereka, selepas keluar bersuka ria di jalan raya Zira akan ikut pulang ke rumah mereka. Zira akan balas kebaikan mereka membelanja Zira dengan tidur bersama mereka.

Terpulang pada mereka mahu melakukan apa-apa pun keatas Zira. Zira tidak pernah kisah. Zira layan sahaja. Lagipun Zira juga yang puas. Zira juga yang seronok selain dari mereka yang seronok.

Lagipun keluarga Zira tidak pernah pedulikan kesedihan Zira. Cuma mereka-mereka inilah yang memberi keseronokan kepada Zira. Zira cukup berterima kasih kepada mereka.

Zira tidak pernah punya teman lelaki yang tetap. Setiap minggu bertukar-tukar. Lagipun mereka tahu Zira tiada teman lelaki. Mereka juga tidak kisah jika Zira membonceng sesiapapun. Esok, lusa Zira akan membonceng dengan sesiapa pun Zira suka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience