6

Humor Series 5196

EDIT SIKIT JA. KALAU MASIH SELEKEH, BIARLAH DIA–

Malam yang membosankan. Zara menggoyangkan kakinya di atas sofa panjang. Rongga nasal yang sesak kes selsema ditenyeh. Tisu yang berada diatas meja kaca ditepi dicapai.

PERHHHHH--

Bunyi hingus yang bergesek dipaksa keluar kedengaran disegenap ruang tamu. Tisu yang digunakan tadi digumpal dengan cermat. Kaki melangkah ke dapur.

Kubu dapur yang hanya kedengaran cengkerik berbunyi. Sunyi. Bakul sampah yang setia menemani sinki dibuka. Tisu dibuang. "Alhamdulillah-" bersin. Ingat best ke selsema? Tapi apa boleh buat.

Paip air dibuka. Tangan ditadah dibawah pancuran air. Muka dibasuh dibilas dan di seangkatan dengannya.

Selsema pulak dah ha tu lah tadi gatal sangat masuk bilik penuh berhabuk tu. Gian sangat nak masuk.

Bilik bawah yang disangka bilik tetamu rabak. Bukan bilik tetamu pun. Itu stor. Banyak gila barang-barang yang ada dalam tu. Ni kalau call company Harta Dalam Stor agak-agak depa sudi ke nak kemas stor yang luas lagi penuh dengan barang tu?

Macam-macam jumpa tadi. Ada oven yang tak digunakan lagi, ada susunan kotak kasut yang boleh dikira masih tak digunakan lagi. Dah la lawa-lawa semua, tapi sayang. Semua bukan saiz kaki Zara. Saiz giant punya. Gila tak gedabak kepak kepuk bila sarung dekat kaki. Kasut Adam rasanya tu.

Tubuh dipusing bersandar ke sinki. Mata dipejam berura-ura selsema sudah hilang dan Zara dapat hidup seperti 'biasa'. Teruknya selsema ialah; badan akan letih, selalu lapar hm. Ini yang kureng tapi bab yang selalu lapar ni kalau tak selsema pun benda ni berlaku jugak. Melahap je kerja.

Tapi sekarang; makanan takde. Langsung takde. habis digeledah semua kabinet-kabinet di dalam dapur. Kut-kut ada maggie slurp yang terselit. Tapi hambar. kosong. pandangannya tentang dapur ni kosong.

Nampak sangat baru 'pindah' kan? Ye lah baru 3 minggu  tinggal dalam rumah ni. Haritu pun bersyukur hanya ada sebiji epal yang tinggal. Allah! Craving lah pulak. Then dalam dua hari ni Adam je yang keluar pergi beli makanan. Mee mamak special telur mata kucing! Pergh.

Kecur liur bila teringat rasa keenakan dan nikmat makan mee mamak tu. Ya Allah!

"Sengih sensorang hadap dinding? Craving sangat rasa keenakan dinding batu tu eh?" Oh yes tu dia- dia turun dah. Ingat sampai esok taknak keluar bilik tu.

Ko tau aku dengan dia, memang sebilik. Ya sebilik sekatil apa semua tu. Tapi maha malasnya dia nak keluar bilik?

Aku dalam bilik, dia dalam bilik. Aku dekat luar dia dalam bilik, jap nak hadam aku ke dia perempuan?

Zara mencebik tatkala mendengar tawa Adam. "Lapar." Rayuan–

" habistu kau nak aku buat apa?" Gelas kosong diambil diatas rak. Peti ais dibuka. Zara menapak ke arah meja panjang yang Adam dudui sekarang. "Pergilah beli- saya lapar sesangat. Serius!" Tapak tangan digosok.

Gelas yang sudah kosong ditolak ke arah Zara. "Malas nak keluar. Tadi keluar, taknak pesan terus."

Gelas kosong dibawa ke sinki untuk dibasuh.

Zara hanya mendengar bagai orang bodoh.

"Tadi tu tadi, barang masak semua dah angkut masuk dalam perut goreng nasi tadi kan?"

Kuey teaw basah pun jadilah.

We sedapnya.

Hidung ditenyeh lagi.

Selsema ni memang mengganggu pendengaran juga kekadang. Rasa macam telinga masuk air. Berdengung.

"Handphone-" Zara menadah tangan.

Mata dikecilkan memandang makhluk dihadapannya. Ey kecik besar kecik besar aku tengok dia ni. "Mana?" Tangan ditadah dihadapan Adam.

"Bilik-" baru sahaja Adam ingin berkata dengan lebih lanjut. Zara terus membuka langkah bersiap untuk ke bilik Adam dengan pantas. Iaitu? Berlari. Eh macam tak biasa pulak. Lapar-lapar ni lari. Hm.

--

"Asal tak cakap nak call delivery pizza ni?" Adam menarik beberapa tisu dari kotak. Mulutnya dilap. Allah- kenyang. Lapar jugak sebenarnya tadi. Keluar petang tadi pun tak makan, bertapa dekat library. 

Jap. Apa je ada dalam peti ais tu?

Kosong.

Jadi penyelesaiannya-

"Siap- 15 minutes. Kita pergi market cari barang dapur. Ni- ni simpan semua ni" tangannya diaju ke arah meja dapur. Tempat dia dan Zara makan. "Ingat 15 minutes. Jangan lambat " katanya lagi apabila keluar dari kubu dapur. Kaki melangkah ke bilik.

"Huh–" Suara semakin sengau.

Zara bangun. Kotak pizza dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah. Tangan dibasuh disinki. "15 minutes- lambat siap kau. Nyenyenye" zara membuat muka toyanya sambil mengulang amaran 'keras' itu tadi.

--

Adam menarik troli yang ditolak oleh Zara kembali. Lembap betul- nak tolak troli ringan macam ni pun tak boleh ke?

"Okay- sebab jam pun dah pukul berapa. Supermarket ni tutup pukul 12 sharp. Lambat keluar 'kita' secara rasmi jadi barang dalam ni" Adam menolak troli ke arah barangan basah dahulu.

Zara mengangkat tangan kirinya. Jam tangan sudah menunjukkan 10:45. Malam. Tapi kalau duduk dalam ni serius dah tak tahu waktu dekat luar tu. Pagi nor malam?

"Mana list?"

Zara mendongak. Keningnya diangkat. "List apa? Awak ada bagi saya list ke tadi?" Zara menekapkan tangannya dipoket jeans seluarnya. Tiada. Depan belakang pun takda.

Kejap. Sejak bila dia banyak cakap ni?

Adam memejamkan matanya. Keluh nafas dibuang perlahan. "tak pernah pergi beli barang eh?" Zara dijelingnya. Zara mencebik. Ey main jeling-jeling nampak.

"Tak-" kata Zara selamba. Zara mendekati Adam. "Tak perlu list bagai- set dalam otak je. Em kalau ada otak lah kan" Zara menjeling ke arah Adam kembali. Wu pedas pedas!

"Bang- nak ayam 3 ekor. Potong enam lah. Aa-" baru Zara ingin menyatakan arahan yang seterusnya. Percakapannya dipotong oleh Adam laju. "Bang takde discount eh?" Adam mengetuk jarinya pada pemegang troli.

Zara mendongak memandang Adam lama, dia bergurau ke apa ni?

"Takda dik. Ayam susah nak tangkap dekat bandar ni jadi tak ada discount." Pekerja itu hanya tersengih.

Pft. Buat malu je Adam ni.

Zara berpaling ke belakang melihat Adam yang sibuk memilih bahan basah yang lain; nugget, hotdog, fishball, fishcake etc. Gelaknya terburai. Aduh- buat lawak pulak manusia yang 'selalu' pergi market ni. 

Kau ingat ni pasar ke nak discount-discount?

Adam hanya diam. Giginya digetap menahan geram. Ey-

"Hah terima kasih-" Zara tersenyum. Zara mendekati Adam. Matanya disorot dengan makanan yang- em. Zara mengeluh. Dia dah round berapa tempat tadi?

Troli sudah penuh dengan; barang dapur yang kain. Sayur mayur, barang basah yang lain, nugget hotdog- oh tolong lah. Troli ni dah separuh penuh dengan benda ni. 'Barang' tandas. And others.

"Pegang."

Damn.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience