2

Humor Series 5196

you got me you got me.

Aku angkat kepala dari memandang buku soalan Sains. Muka aku raup perlahan sebelum meletakkan pensil picit yang dipegang untuk jawab ulang kaji tadi.

Telefon aku capai sebelum menekan butang angkat di skrin. "Hworh-" mulut yang menguap ditutup sebelum melekapkan telefon dicuping telinga.

"Assalamualaikum, siapa ni?" Aku menjauhkan telefon untuk lihat nama caller sebelum meletakkan ia ditelinga kembali. Unknown number.

"Waalaikumussalam." Tutttt—

Yeah dia bergurau pulak.

Alah bergurau kepala kucing dia. Orang tengah syok buat 'revision' dia ajak bergurau. "ni kijoan toup habis lah ni. Ha tu lah ada toup purchase internet. Ada toup langgan internet." aku menggeleng perlahan.

Revision yang tergendala tadi diteruskan lagi dengan menekan butang play ditab yang memaparkan video cover song by Anis Athir. Ya, ini revision kita. Buku ja buka, buatnya tidak. Mata dengan fikiran melayang dengan dunia youtube. Yeh! i am a youtuber.

Asal buka buku sebab kurangkan rasa berdosa dan rasa bersalah sebab guna masa yang aku dah stand by, okay masa ni masa belajar. lepas belajar kemas-kemas buku dan tidur. Tapi haha, gelak jap.

Benda tu semua di conqure rapi oleh tab dan wifi. Engkau ada dua ni depan mata, ha jangan harap nak sentuh buku. Harom.

You got me you got me.

Dengan mata masih memandang skrin tab, tangan meraba-raba kedudukan telefon yang aku letak sebelum kedudukan pencil box.

You got me you got me.

"Hah! kau cari apa tu? Ha ayok kau tadi cakap dekat ibu nak ulang kaji lah, kaji ulang mengulang lah. Eh ewah. Pandai kau, ya?"  Ey terkejut aku, makeluk perosak ni datang terjah menerjah ja. Apa ingat best lah tu? Bombastik? Fantastik?

"Dah turun, ayah panggil." Aku duduk tegak. Hidung aku gesek sebelum bangun dan menghadap tubuh Fiqh yang berdiri tidak jauh dari aku, dengan phone aku ditangan. Ya bagus.

"Kau turun dulu, kejap lagi aku turun cakap dekat ayah." Aku merentap telefon aku dari tangannya. Yeah aku cekap, jadi sekali aku bertindak kalah ninja lelabi.

"Okay." Fiqh tersenyum penuh makna sebelum memusingkan badan melangkah ke pintu bilik.

"HA AYAH AYAH! ZARA KAN ZARA KAN DIA—"

hm biulship hm.

--

Dengan tertib aku menyusun langkah larian sambil tangan dari tadi menolak tubuh Fiqh dekat dengan aku. Dia ni memang.

"Tepi tepi." bertepuk tampar itu perkara biasa dalam familyship, right? jadi kalau nanti ada isu timbul dekat mana-mana media massa pasal parang, kapak dengan golok naik bila bergaduh dalam keluarga, rilek ja. Yang pasti keluarga kau takkan masuk, aku rasa. Ya tak pasti ni tak pasti.

"MashaaAllah. Zahara Afiqh—"

Aku mengah. Tubuh aku sudah lama rukuk, tangan dilutut. Belakang badan aku dah lama berombak turun naik.

"A'u, A'uzubillah." Aina yang tadi bersila di depan tv bangkit dan duduk satu lutut menongkat dan satu lagi sebaliknya. Tangan sudah serupa dengan Dragon Ball seperti menarik sifat anasir cetan dalam friendshit aku dan Fiqh.

Hiyark Aina ni.

--

"Ya yah, apa yah?" aku bersoal sopan. Biskut marie yang sudah patah separuhnya dalam celupan air milo panas aku, aku ambil dengan sudu.

"ibu nak sudu."

Perlombongan biskut marie dilakukan dengan jayanya sebelum biskut yang sudah lembik masuk ke dalam mulut aku.

"Zara buat apa, tadi? ulang kaji ke layan wifi?" kening ayah terangkat sebelum aku membalasnya dengan tersengih.

Ayat keramat menipu berdosa masuk api neraka aku sudah kisar masuk dalam kepalotak sejak kecil lagi, jadi berkata benar lah kita ya?

"Um dua-dua yah. Tadi dah buat, sikit em lepastu dah, em tak boleh tahan layan tab." aku berkata kendur suara. Aku mengeluh dalam hati.

Mungkir janji dengan diri sendiri.

Aku janji nak belajar betul-betul tahun ni. Ya itu ialah azam aku untuk tahun 2016 yakni azam yang disambung oleh azam-azam pada 2015 ke bawah yang tergendala akibat sebab-sebab tertentu.

Sebab apa?

Natang kau pegang sekarang.

Ya benar. 

"Zara macamana exam awal tahun haritu?" aku ambil biskut dalam pinggan lagi. Biskut marie ni bagai menyeru nama aku untuk cicah dengan air milo ni lagi. Tahulah sedap, aku yang buat kan?

Marry me marry me Zahara—

" Ayah she's got 3A' only. um." Aina mengangkat kening kepada aku sebelum tunduk cicah biskut marie dalam mug dia balik.

"Oh apa yang 3A?" Kalini Fiqh yang menyoal. Aku menelan sisa biskut dalam mulut sebelum membuka mulut untuk jawab.

" Geografi—"

" Geog, KH dan Agama, right Zara?" Aku menggigit bibir. Aina ni memang. Ey ni yang payah satu sekolah dengan kakak ni. Kau pergi pindah sana Aina! ey takpa takpa. Tahun ni ja dia ada.

" pergh, Geog kau A. Okay lah tu. Ayah okay lah tu, kan?" Fiqh duduk bersila sambil tarik kain pelikat dia sekali.

Aku hanya memandang mereka ulas keputusan peperiksaan aku. Ibu diam ja aku tengok, muka takda riak 'aku nak makan Zara sebab Math dia failed' K over la. Eh aku belum cakap pasal subjek apa yang fail.

" Math Sains Bi dan yang lain? Aina diam dulu, kejap lagi kita check SAPS awak sama-sama ya?" Ayah berkata tenang sambil memandang ke arah aku sebelum menjeling ke arah ibu.

Oh man.

"Oh haha. Okay ja, atas pagar. Math takdalah failed, E je yah. Sains D Bi C. um haha tu je kan? Subjek lain okay ja B. Em" aku mengemam bibir sebelum menunduk pandang gelas mug yang sudah separuh isinya.

Ayah mengeluh panjang. Hu~

" Okay apanya? Subjek penting masih low. Apa ni Zara? ni dah bulan 3 tahu? lagi berapa bulan nak PT3 tu? " ayah pandang aku tanpa beriak muka. Hm deep pula rasa.

Ah! takda masa nak deep.

"Zara ayah ada benda nak cakap." Ayah berkata lama, lepas protes result nazak aku tadi.

Aku hanya memandangnya tanpa menjawab "hm" atau "ya ayah" mahupun "gapo dio ayoh hoh."

"Zara." aku angkat kening. "Ya?" aku menjawab. Ayah nak aku bunyikan suara, kah! maaf ayoh maaf.

"Ayah nak Zara kahwin lah kalau macam ni, result pun tak cukup makan." tenang sahaja bicaranya. Namun tidak setenang hati aku. Aku tercekik.

Tiba-tiba rasa biskut marie yang aku cerna dalam perut tadi bertukar jadi paku. Sakit perut aku.

"haha okay ja, kahwin dengan siapa, yah?" aku jawab rilek namun tidak serilek hati. Ayah bergurau alahai.

"eh setuju ke ni? betul ni?"

aku ketawa. "haah. yang pasti dengan Jimeng, takpun Seokjin." aku berjenahak seketika waima semua orang tak paham.

"Ha Zara cakap pasal Korea tadi, boo." aku kata berselang dengan ketawa kecil. Dan semua hanya 'O' dan buat kerja macam tadi balik, diam dan tengok aku dengan ayah bersidang.

"oh dan ayah tak cakap pasal kepoh kamu tu. Ayah cakap pasal bakal menantu ayah, dan ayah serius. Esok lusa diorang datang merisik tentu tarikh nikah dan kamu kahwin. Noktah—"

aku rasa nak kentut sekarang ni. Kentut sikit boleh?

Pruttt prutprutt

kami menutup lubang hidung dengan jari sebelum memandang Fiqh tak puas hati. Ey tak sempat aku keluar kau dah ambil port.

"perghhh bau teloq—"

"busuk Fiqh busuk"

"Fiqh benda tak lawak pun main shoot kentut-kentut ni"

"Afiqhhhh—"

"Ayah, apa ni ? Sekarang bukan zaman kahwin paksa, apa? Kahwin muda semua ni. Zaman dah maju lah ayah. Mana nak buat benda-benda mengarut macam ni" aku sambung bila mesyuarat tadi berjeda seketika lepas Fiqh buat naram.

"Tak, ayah." aku memotong cakap ayah. "Ayah jangan cakap yang ayah nak jadikan Zara as pertukaran dalam projek syarikat ayah ke apa ke. Ah macam drama pula! tak ayah tak. Ni realiti ya, realiti."

Aku tahu ayah tak bergurau atau lebih kepada mengencing aku sebab tengok riak wajah ibu ayah dengan yang lain langsung takda senyuman. Wajah mereka malah lebih teruk dari bercakap pasal keputusan aku tadi.

Aku menolak mug yang separuh isi ke depan sikit sebelum bangun dari kerusi dan berlari naik ke atas. Ayah diam. Maknanya ayah memang betul-betul serius. He meant in.

Ah kejap. Dengan siapa aku nak kahwin we?

Ibu pandang wajah ayah lama. Fiqh dengan Aina dah berlalu masuk kedalam bilik masing-masing setelah selesai sudah press conference mesyuarat agung ahli keluarga tadi dinyatakan. Dan permohonan ditolak.

"Abang." ibu hampiri ayah. Ayah mengeluh kecil sambil menunduk. "Jah. abang rasa kita kena bagitahu hal yang sebenar dekat Zara. dia berhak tahu"

Puan Khadijah tersentak. "Abang. kita rehat dulu, cakap pasal benda ni esok ya? Abang baru sampai ni mesti penat kan?" Air mata yang bertakung diseka tatkala suami sudah bangun dan mengorak langkah ke bilik.

--

Petang yang tak berapa nak damai sebab harini mendung ja. Dari pagi sampai petang, hujan pun kejap-kejap ja.

Aku baru habis makan dan sekarang masa untuk ulang kaji yang sebenar. Tab lappy dengan phone aku dah kong semuanya sebab semalam guna sampai lebam. Selebam mata aku masa bangun pagi tadi, nak ke sekolah.

Aku menangis.

Ah cengeng!

Entahkan betul entahkan salah ayah cakap semalam. Nak aku nikah, sebab? keputusan exam aku koyak. Hm bukan setakat koyak. Berlubang hollow carik semua ada. Tak sempat nak tampung kalau sekarang aku tak sentuh buku lagi.

Tapi kenapa aku rasa ayah serius, ibu serius Aina Fiqh. Ah semua! semua serius.

Aku pun. Serius aku tak percaya. Nak cakap ayah bergurau kan, tapi mesti ayat last dia "ayah gurau ja, hoho" atau "im kidding im kidding!" Aku menggeleng. Ah zaman paleolitik ke meseolitik aku merepek ni.

Mahupun, kalau nak modern sikit.

" Okay sila pusing ke belakang adik. Kami hanya buat adik terjebak dalam lukenabeb. Ha lu rasa terkena tak? " Soal ayah sambil menunjukkan cameramen yang bertenggek di kepala tangga dan disiling.

" Okay it's a wrap! Terima kasih adik sebab bagi ekspresi muka yang nokharom. Adik boleh tengok muka adik dekat tv selasa ni lepas habis diediting. Jom gang keluar, zoom muka adik ni habis-habis. " Kata akak yang memakai baju kuning sambil menepuk tangan dengan segulung script.

Pintu bilik diketuk. "Haih, tak usah diketuk kuat sangat lah, roboh pintu nanti. Kejap!" Ni mesti Fiqh. Aku berjalan ke pintu bilik sebelum membukanya. Kelihatan Aina dan Fiqh yang sudah merah mata dan hidung memandang kearah Zara.

"Eh. bang, kak? apsal ni?" Tubuh aku  terdorong kebelakang apabila dipeluk kejap oleh Aina. Tetiba. Ya tetiba. "Zara." nama aku dia seru lembut. Fiqh hanya diam membatu sambil memandang kami.

Aina menarik aku duduk dikatil. "Wei Zara. Kau tahu kan? macam mana bangang kau aku sayang kau juga. I love you just the way you are, babe." tubuh aku dia peluk lagi.

Aku hanya memejamkan mata. Apa benda pula nak datang lepas ni? Berita apa pula nak otak aku hadam nak mata aku kerja keluarkan peluh malam ni?

"Zara." Aku berpaling lepas Aina longgarkan pelukan. Wajah ibu yang sugul dimuka pintu menghiasi ruangan mata aku. "bu?" Aku kerutkan dahi.

Ibu tersenyum tipis sebelum berjalan ke arah aku, perlahan. Tubuh akudia peluk sebelum mata aku berpeluh lagi.

"Zara—"

--

Aku hanya termenung. "Wei bakpo mu? Termenung ja. Ingat gewe eh?" Diana menarik kerusi sebelum duduk depan aku. "Gewe kepala kucing dia. Takdelah. eh ni Tasha mana?" Aku menggeliat kecil sebelum menopang dagu memandang wajah Diana.

"Tasha pergi bilik guru tadi, Cikgu Hashim panggil nak mintak tolong susun barang dalam bilik sukan katanya" Aku hanya mengangguk sebelum kembali pandang Diana.

"bakpo mu?"

Aku sengih dan mengangkat kening. "gapo? aku okay ja."

"Nipu mu ni, nipu. Menipu berdosa masuk api neraka aha—" Dia mengangguk melenggok kepala sambil menyanyi pendek. "Bila aku tanya mu okay dok? Ada aku tanya?" Sambung Diana lagi.

Dia tenang pandang aku sambil angkat kening.

"Pada suatu hari—" Dengan itu aku cerita dekat dia pasal apa yang ibu cakap dekat aku semalam sampai habis. Bukan pasal ayah dengan yang lain biskut marie tu apa, tu bukan

--

You got me you got me

Telefon aku berbunyi. Nombor yang sama call aku semalam ni. "Aku angkat dia bisu." 'Rejected'. Mula dari malam ni aku takkan angkat mana-mana unknown number. Ni sebab terpengaruh dengan hasutan Tasha lah ni. Katanya jangan diangkat nombor yang tidak dikenali, takut-takut si pemanggil itu orang jahat, nanti dipukau lepastu ha lepastu entahlah.

Aku takda mood. Betul.

Aku hempaskan diri atas katil. Tangan dialaskan kebelakang kepala. Air matan bergenang bila mengingatkan kata-kata ibu tempoh hari. Tak sangka. Air mata diseka. Slurppp! ah enak. Hingus ditarik.

'Zara..' ibu pandang aku dengan air mata bertakung. 'Apa bu?' Suara aku dah mula bergetar. 'Zara janji dengan ibu dulu, lepas Zara tahu pasal benda ni. ibu mohon. Mohon sangat-sangat, Zara jangan benci kami.'

Dahi aku berkerut lagi. 'Kenapa nak benci pulak? Kenapa ni bu?' suara aku sudah bertukar kepada menggesa. Dipandang Fiqh dan Aina sekilas. 'Zara sebenarnya. bukan anak kandung ibu' Jantung aku ssup berdegup laju. Tindakan refleks mana boleh tahan. Mata aku bergetar.

Ibu angguk. 'Ibu dengan ayah ambil Zara dari ibu kandung Zara. Seminggu lepas Zara lahir, ibu Zara meninggal. sebelum tu,Ibu Zara sempat pesan suruh tolong jagakan Zara.'

Aku angkat kening dalam mata aku sudah berpinar. Bad vision. Penglihatan aku kabur sebab air mata bertakung ditubir.

Dunia aku gelap, segelap hati aku yang selama ini aku rasa aku jahil. Sangat jahil. Kenapa berat sangat ujian ni, Ya Allah?

Aku mengeluh. Tubuh aku iring ke kanan sebelum bangun bersandar di kepala katil. Tak sangka we. Betul. Aku ingat pasal mak ayah datang nangis-nangis ni cakap pasal kes si pulan ni bukan anak kandung diorang dalam drama ja. Ni? Aku ketawa kejap.

"Ayah, Zara setuju—" Aku pejam mata bila rasa mata basah lagi.

Tekad. Aku kena balas budi ayah ibu apa semua orang tu dengan ini. Aku akan kahwin.

Hoi dunia, aku nak kahwin! Kahwin terpaksa bukan kahwin paksa :').

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience