9

Humor Series 5196

Balik- harini dah balik dan aku sedang mengemas semua barang Adam. Eh- tolong.

Selepas otak memproses maklumat yang Adam betul-betul memujuk atau meminta tolong atau lebih kepada memaksa sebenarnya, paksa aku untuk kemas barang dia.

"Tolonggg- laki kau satu ni je an?"

"Kemas lah kejap, bukannya lama pun"

"Barang aku sikitt je. Ala tolong lah- Alaaa"

Um- aku berhenti mengemas barangnya bila kepalotak teringat yang 'Alaa' tu. Bulu roma berdiri menegak. Geli ft. Cair sebenarnya. Umph terjujur.

Dah dengan muka putih yang kemerahan dia, rambut yang masih basah. Pandang-pandang kita dengan mata sepet dia tu. Siapa tak tahan?

Hah tu lah- pagi tadi cakap taknak join main air. Petang time matahari terpacak atas kepala baru nak main. Gatal sungguh. Ni dekat Maghrib baru sudah, habis berkayak berjimba dalam air tu.

Nasib aku tak pergi, mereput dalam bilik sahaja. Goyang kaki tengok tv, barang aku dah kemas petang tadi.

Aku berdiri bercekak pinggang dihadapan katil memandang Adam yang masih bergelumang dalam selimut putih itu. Tak nampak apa pun sebab dia selimut sampai atas kepala.

Biarlah dia. Duduk diam asal tak ganggu aku sudah lah. Aku mengangkat bahu dan berjalan ke birai katil.

Alat kawalan jauh mahupun lebih dikenali sebagai remote tv aku capai. Sambil menonton drama melayu di slot akasia ni aku juga menunggu azan Isya' masuk.

Kaki menggedik bila cecah lantai yang sejuk. Naik turun naik turun kaki tu dengan kadaran cepat. Aku memang macam ni, bila ada yang tak kena cara nak hilangkan resah tu hanya ini lah jalan dia. Menggedik 24 jam tanpa henti. Walaupun tabiat ni memang dicegah sungguh oleh ibu. Aku memang tak boleh nak buat apa, nama pun tabiat. memang susah nak tinggalkan.

Petang tadi cengkerik tu datang bilik, ha pasai ni aku duk menggedik. Okay gelak jap. Adam yang suruh aku panggil manusia tu cengkerik. Mak Ngah lah siapa lagi.

Ketar juga nak bagi dia masuk dalam bilik, ye lah bukan selalu baik-baik dengan orang yang kita tak suka. Pft. Terjujur, maaflah.

Masuk-masuk je terus dia duduk atas sofa tepi ruang tamu. Time tu Adam takde, aku sorang.

"Zara- Mak Ngah nak mintak maaf pasal tadi" dia memulakan bicaranya bila mata siap scan seluruh bilik. Terteleng-teleng kepala tu wei.

Aku hanya tersengih dan berkata. "Okay- no hal lah Mak Ngah. Dengan Mak Ngah, Zara okay je. Tak berkira sangat huhu" haha sempoi kan aku? Baiklah kalau aku cakap macam tu lagi jangan percaya. Aku muhong. Lagi muhong yang huhu tu. Aku takkan gelak macam tu lah.

Aku cakap macam ni ja. " oh- takde apa sangat lah" Kemudian aku senyum. Perghh gila ah takde apa, sebenarnya yang tu pun aku tipu. mulut cakap lain, hati kata lain. Ayat power "kahwin awal? Apa? Dah ada barang sebelum kahwin ke?" Wei siapa tak terasa? Pergh okay itu aku tipu lagi. Sebenarnya dia cakap macam ni. Lembut sangat ayat macam tu nak bagi kaurang percaya pun. Haha.

Dah bunting dulu ke yang muda-muda dah kahwin ni?

Emp- ni yang dia cakap direct depan aku. Oh fak.

Eh silap eja, oh tak ni dia cakap selepas papa bagi kata kunci yang 'air' tu. Ramai kot masa tu, gila tak panas? Dengan family papa semua ada, cakap depan-depan.

Tak semestinya tunggu bunting baru nak kahwin. Apa? Bila tengok kahwin muda-muda ni memang set dalam kepalotak macam tu ke?

Orang nak menghalalkan benda yang haram ni, salah ke?

Hah ni yang nak jadi Da'i jugak ni. Kang musim baru naik nama Da'i Zara.

Tapi cerita petang tadi tak habis macam tu je. Cerita hangat lagi hangat bila dia bertanya. "Zara tahu kenapa, Zara kena kahwin dengan Adam?"

Aku menunduk memandangnya. Oleh kerana dia duduk aku berdiri jadi aku tunduk mencari anak matanya yang penuh sirat dengan adegan yang akan membuat porak peranda.

"Um- tahu" aku mengangguk dan berlagak biasa. Masa ni nak tunjuk aku sudah matang. Katakan tidak kepada childish bila berhadapan situasi yang berkait dengan masa depan.

Eh? Ye ke?

Dia tersenyun sungging dan mengangkat kening tajamnya sebelah menandakan bertanya 'kenapa'.

Aku hanya tersenyum, "jodoh- Allah dah tetapkan bila, dengan siapa, kenapa kita kahwin. Jadi sebab itu i'm married. Zara percaya dengan jodoh Allah" tak itu aku tak tipu, itu memang aku cakap betul.

Um- mungkin ini memang jodoh aku. Mungkin ya mula-mula aku memang tak suka dan tentang habis-habis ah nak kahwin kemenda ni. Nonsense ah kahwin muda-muda ni.

Tapi last long, aku dah percaya. Aku dengan Adam ni, jodoh. Perancangan Allah semuanya indah-indah. Aku pun tak percaya jalan hidup aku macam ni, dengan ada bersebab lagi kukuh aku nak atau memang kena kahwin dengan Adam ni.

Ya, walaupun ada perancangan disebalik perkahwinan ni. Tu aku dah tahu lama, tapi tunggu masa dan waktu yang sesuai untuk aku hadam dan terima 'perancangan' tu nanti. So preparing my self for having a big trouble soon. Weh cehh tak caya cakap omputeh noh.

"Uhukk-" aku berpaling ke arah belakang pantas. Terkejut weh duk termenung ft throwback kisah petang tadi tetiba dengar orang batuk.

Dan waktu tu juga kaki aku start menggedik. Kah!

Adam menurunkan selimut besar itu dari menyelubungi dirinya. Selimut itu dibaling jauh-jauh hingga ke lantai.

Mata aku turut turun memandang ke arah selimut yang dibalingnya. Tapi tak lama lepas dengar Adam mendengus. Pantas aku memandang ke arah Adam.

Oh- dia tak berbaju baii. Asdfghjkl. Patutkah aku tutup mata atau tengok sahaja benda yang halal ini?

Tetiba teringat pulak malam pertama haritu, dia yang shirtless tak pakai baju cakap kita tengok pula. Um- masa tu dia panas barang kali. Barang kali kot.

Jadi aku buat tak tahu akan ternampak freeshow badan dia tadi. Fuh tegap.

Huish-

Aku kembali menonton televisyen dan tontonan aku semakin tak khusyuk bila terasa katil bergegar sebab Adam bergerak.

Tiba-tiba ada tangan yang menarik lengan aku. Atau lebih kepada kaki sebenarnya.

Kaki Adam yang menjuih lengan aku tadi, seronok-seronok duk bertongkat badan dengan sebelah tangan tadi, ada lahanat yang main tolak-tolak dekat lipatan siku. Ey. Nasib sempat bertongkat dengan tangan satu lagi, kalau tak memang dah tersembam.

Aku hanya memandangnya yang terpejam celik, melawan katukan mata yang ingin terpejam sebab cahaya lampu dalam bilik ni.

"Ambik baju aku jap-" katanya perlahan namun masih didengari aku. Suara dia serak.

Tanpa berlengah terus aku ke bagasinya. "Dalam bagasi ke?" Aku bertanya sebelum membuka zip bagasinya.

Senyap.

Yelah tu. Jadi aku terus buka, aku mengeluarkan sehelai lipatan baju dan terus membaling ke atas katil. Bagasi aku tutup semula.

Baru aku nak bangun, kepala aku dibaling sesuatu. Lembut tapi masih sakit, apakah itu?

Baju.

Baju yang sudah terbuka lipatannya dibaling ke arah aku. "Takde yang lain ke?" Dia berkata perlahan dalam ketegasan.

Aku mencebir. Orang tanya tadi kau diam. "Habistu? Yang hood ni? Boleh?" Aku membuka dan selongkar bagasinya lagi.

"Hmm-" dan buat kali kedua aku menzipnya kembali.

Kali ni aku tak baling, nanti dibaling dekat aku lagi nak? Aku meletakkan jaket hitam berhood ditepinya. Lepastu aku terus masuk ke dalam bilik air untuk ambil air sembahyang untuk solat Isya' bila tengok jam dinding yang tiktoktiktok tu ke 8:30.

--

Kami bertolak malam. Sekarang dah pukul 9:18 p.m.

Aku tak duduk depan dekat seat tepi driver mahupun depan tempat aku duduk time haritu. Malam ni aku duduk diseat belakang sekali. Ha menemani orang sakit.

Aku merendahkan lagi bahu untuk menyelesakan Adam untuk 'menumpang'. Dia demam.

Demam main air, tahu?

Tulah degil sangat. Nak main air time matahari terpacak atas kepala sampai kepala Maghrib. Dia tak tidur pun, main phone scroll ig MACAM BOSS.

Hidung soseh-soseh. Selsema lah tu. Aku hanya diam, diam menurut perintah mama. Mama yang suruh aku duduk belakang teman Adam.

Kereta papa yang drive. Jadi perkhidmatan Adam tidak diperlukan sama sekali sebab nanti kalau papa letih Akhmal boleh replace.

Zarif si cinonet dah tidur, letih kut. Sebab dia pun sama naik kepala dengan Pak su dia ni main air, cuma main dekat kolam budak-budak je. Tu pun ada pengawas yang jaga. haah pengawas peperiksaan SPM. Kau rasa? Mama dengan kak mira memang ketat kawalan dia jaga Zarif ni.

"Zarif!"

"Zarif jangan pergi jauh-"

"Zarif! Ha gatal nak buang pelampung tu!"

"Zarif jangan selam kepala tu! Maktok rendam kamu dalam tasik tu kang"

Zarif tu Zarif ni. Ha teka siapa yang tukang cerita? Zarif lah, sebelum tidur tadi sempat lagi dia menjengah ke belakang. lawat aku katanya.

"Hai ciksu! Abang nak lawat ciksu ni! Hihi"

Pinggang aku digeletek.

Tanpa persediaan dari otak, badan aku buat dua kerja serentak. Gelak dan berkata "aduh-" haha. Entah sakit ke geli sebenarnya ni?

"Kau berangan apa?" Adam berkata perlahan. Aku hanya diam, kepala aku sandar diatas kepalanya. "Sibuk je-" aku memberatkan kepala aku ke atas kepalanya. Tapi Adam tak balas.

Dia hanya bagi nafas berat. Aku merasa badannya hangat. Tangan aku laju mencari dahinya dan melekapkan tapak tangan diatas dahinya.

"Kau cari apa? Tu pipi. Huh" tangannya yang sejuk menarik tangan aku yang buta lagi rabun ini ke tempat yang betul.

Um- panas. Makin panas. Aku cepat-cepat larikan tangan dari dahinya. "Balik nanti makan ubat-" aku menarik selimut pink gebu hingga dadanya. Selimut ni makin ke kaki sebab Adam banyak bergerak.

Selimut ni licin. Selimut Zarif, selimut budak-budak macam mana an?

Oh ya habis cerita selimut sebab aku mengantuk. Mata sudah berat. Lagi berat mata aku nak buka bila ada tangan yang memeluk aku erat. Entah takde pulak kuasa nak bantah.

Ngantuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience