4

Humor Series 5196

Aku mengatur langkah masuk kebilik lepas selesai semua urusan nikah- nikah. Sebut nikah-nikah ni macam main kahwin main-main masa kecik pula.

Eh zaman kecil kita dipenuhi dengan main patung barbie ja, manada main dekat luar. Main nikah olok-olok ni. Tapi tulah em. Aku dah sah jadi bini orang. Aku dah jadi isteri kepada, yang berbahagia Nik Adam Ikmal yang sah. Oh ya nama dia Adam dan Ikmal. Bukan Akhmil mahupun Akhmul. Cis, siapalah bagi nama buruk macam tu. Memandai ja buat spekulasi nama orang. "Uhukk–" maaf terbatuk.

Nik Adam Akhmal dan Nik Adam Ikhmal. Wah magisnya! Laki aku ada kembar. Baiklah. Tak seronok sebab aku tak boleh beza mana satu laki aku nanti hm. Tadipun beza kes pakai baju lain-lain.

Adam pakai baju melayu putih sedondon dengan aku. Akhmal pula, jubah hitam dengan senyuman manis dia MashaAllah.

Kejap. Kenapa aku lebih pikir dekat Akhmal pula ni. Tukar fikiran. Okay let's talk about Adam.

Kenapa aku lebih tertarik dengan Akhmal? Serious talk, sebab masa mula-mula aku jumpa twin twiggies tu aku jumpa Akhmal dulu dan situ aku dah cop um adalah berkenan sikit kan. Handsome bak hang!

Then, Akhmal lebih manis dari Adam. Betul ni tak tipu. MashaaAllah keras bin batu betei Adam punya muka. Senyum pun tak ada. Macam mana aku nak hidup dengan dia ni der.

I can't adopt em yang aku nikah dengan ketam beku.

Aku tersenyum senget. Rasa macam hilang satu beban dalam diri, entahlah beban apa. Tapi aku lega. Serius!

Maybe sebab 'hutang budi' yang aku bawa selama ini telah pun ditebusi dengan jayanya tadi. Alhamdulillah syukur pada-Mu, Ya Allah.

Krekk

Bunyi pintu bilik dibuka menyentak lamunan berjeda aku. Seperti ninja aku bangkit duduk sopan diatas katil. Fuh dia nampak tak dia nampak tak. Kain yang terselak dikaki dibetulkan.

Adam melangkah masuk, jalan straight ke meja solek aku. Tangan kirinya melonggarkan jam tangannya sebelum diletak atas meja cermin. Dia berlalu ke arah katil. Tanpa pandang muka aku, badan dihempas ke atas katil. Dia membuka butang baju melayunya sambil wajah menghadap ke siling di atas.

Kejap aku tunggu apa ni? Apa yang aku pandang?

Pura-pura menghiraukan Adam ditepi itu perkara luar biasa. Pft. I cannot lah, kenapa aku rasa ni Akhmal? Tapi baju lain okay. Dia still pakai baju melayu putih ni. Tapi, kenapa hati aku berdetak sama macam kalau aku berhadap dengan Akhmal. No! ni Adam bukan Akhmal. Hai hati tolong adopt kenyataan ni. Jangan ubah hati okay.

"Pandang apa? Pusing kepala tu, budak bawah umur tak layak tengok benda macam ni." Aku dah kata. Ini ketam beku. Ya dia masih ketam beku dan masih ketam. Tak bertukar kepada sotong lagi.

Adam mencampak bajunya dihujung katil sebelum kembali baring ke arah bertentangan dengan aku duduk. Dia memeluk tubuh. Sejuk? Sejuk ke panas? Aku tak pasang kipas lagi kot.

Ceh, dah kau tunjuk aku tengok lah. Rezeki jangan ditolak, kan dah halal kau dengan aku tu. Eh bergurau pula.

Aku buat muka. 'tengok apa? budak bawah umur nyenyenyenye'. Ala nyampahnya kita. Diatur langkah ke meja solek dengan hati yang sebal. Pin tudung selendang berwarna cream dibuka satu persatu. Dikerling Adam dengan hujung mata.

Aku bergerak ke almari pakaian, sepasan baju pijama biru bergaris petak hitam dicapai. Tuala yang tersidai disambar lalu langkah di atur ke tandas. Nak ditukar baju diluar tandas memang tak ah lepas kena sembur macam tu tadi. Kau tak nampak ada pak ostat dalam bilik
tu tadi. Kena kuarantin ni.

--

"Macam mana rotate katil ni? Nanti dia nak tidur sekatil dengan aku ke? Ke suruh dia tidur dekat bawah? Ke aku yang tidur dekat bawah?" aku masih memandang katil bujang yang muat-muat dua orang tapi perlu berhimpit tidur, kalau salah sorang taknak jatuh. Mundar mandir memang kerja aku, tapi fikiran sekarang ni lain macam sebab aku tak pernah fikir macam ni.

Adam? Entahlah kat bawah lagi kut. Dia masih sembang dengan Fiqh dengan ayah apa semua tu. Aku lepas makan tadi dah cabut naik atas. Ibu hambat dia cakap pengantin baru kena masuk bilik awal. Maka berdekah terkangkang-kangkanglah Aina mendengarnya. Habis ditepuk semua benda ditepinya mereaksikan betapa lawaknya lawak tu.

Aku baru nak suruh Aina teman aku cari lawak ibu tadi, tapi tengok dia dah terbahak maknanya dah jumpa lawak ibu tersorok dekat mana.

Jam telefon dekat atas meja katil dikerling. '10:55 p.m'.

Mentua tadi lepas minum petang akad dah berangkat pergi ke Jepun. Urusan kerja katanya. Yang kerjanya papa, mama hanya teman ja. Shopaholic lah tu. Tak berapa sempat aku nak beramah mesra dengan family baru tadi.

"Alah. Tidur ajelah. Lantak ko lah pak ostat nak tidur bawah ke atas ke. Taknak tidur pun lagi baik." Laju kaki berlari keatas katil. Larian Usain Bolt di tirunya. Selimut ditarik paras dada.

Adam yang dari tadi berdiri memegang tombol pintu berkerut dahi. Apa yang dibebelnya tu? Telinga dilekapkan dipintu.

Senyap dah.

"Hey brother in law, kau hendap apa tu!" Fiqh menyergah Adam dibelakang. Aina disebelah hanya tergelak kecil, memandang muka Adam masa terkejut tadi. kau tak tengok? Rugi. Hensem wuu.

"Eh– takde apa lah" Adam tersenyum kecil sambil menggosok belakang lehernya. "Ala masuk lah. Lewat malam buat apa tak tidur lagi."

"Hah ni apa ni? Mesyuarat agung pintu bilik?" dahi Puan Khadijah berkerut. Sebiji bantal dihulur kepada Adam.

"Eh takdelah. Ni nak masuk tidur lah ni. Ha night bu." Fiqh menarik lengan Aina. "Tidur."

"Terima kasih bu."

"Dah. masuk tidur, dah lewat malam ni. Ni toto selimut apa nanti tanya dengan Zara. Dia yang simpan semua tu, ya?" Ibu menepuk bahu Adam lembut. Adam hanya mengangguk sebelum melangkah masuk ke bilik.

Langkah diatur ke katil. Dikerling Zara yang nyenyak tidur menghadapnya sambil menggenggam telefon ditangan. Budak ni, tidur pun pegang handphone ke?

"Oi bangun!" Kepala Zara ditolak perlahan. Tiada respon. "Zara bangunlah." Tangan Zara diangkat kemudian dilepaskan. Hm, tidur mati. Haih jenuh lah macam ni.

"Haih- esok kau jangan tanya kenapa" Bissmillahirrahmanirrahim. Adam baring di atas katil bujang itu perlahan. Nasib baik sama-sama kurus.

Bantal alas kepala Zara ditarik sedikit ke mari untuk meletakkan kepalanya. Tidak sampai 10 saat dia sudah selesa untuk mengkatup mata.

Tak ah gurau. Adam tak boleh tidur. Ke kiri ke kanan dia membalik tubuh. Tak selesa. Sempit ya amat.

Nak berbalik tubuh pun kena aware, jatuh cium lantai tak pasal kang. Haih.

Tiba-tiba ada tangan yang menghinggap di dadanya. Hembusan nafas dibuang perlahan. Jangan kata budak ni tidur buas kalah beruang.

Pap.

Sekali hinggap kaki Zara dengan jayanya menindih kaki Adam.

Budak ni nak kena. Dah dengan mood swing, mata taknak pejam dengan katil sempit.

"Kau halalkan semua Ya Allah–" Tubuhnya dihadap ke kanan menghadap Zara yang sudah dibuai lena.

Hembusan nafas tenang Zara menjadi alunan muzik tidur malamnya ini. 

Bissmikallahummaahyawaamut.

--

Adam tersentak lantas dia menggeleng perlahan bila mukanya ditimbusi dengan sesuatu yang mengurai. Tubuhnya dipusing menghadap ke kiri bagi mengelakkan mukanya disapu lagi. Bendapa ni.

Kedebuk

Baik. Adam jatuh katil woi. "Aduh– bala apa pepagi buta ni" Tangan menggosok punggungnya perlahan.

Dia menggeliat kecil meregang otot tubuhnya yang kendur. Sakit bahu kanannya, semalam asyik tidur statik tak bergerak tau nak jimat space taknak jatuh. Dahlah si budak tu maha buas tidur. Ey nak dipeluk memang tak lah.

"subuh–" bahunya ditolak perlahan.

Blergh

Mukanya memucat. Dada digosok perlahan. "Lawak apa kau main pagi-pagi buta ni." Jantung laju mengepam darah ke seluruh stesen.

Aku ketawa. "Subuh oi subuh. Nasyid apa pagi-pagi buta ni oi." Aku ketawa. Tangan diletak di dada dengan muka terkejut, menganjing. "Terkejut. Kah!"
Perut aku tekan. Hadoi pak ostat ketam beku ni lawak ya amat. Mengapa semalam kau tak macam ni? Buat habis karat ja aku gerun dengan kau.

"Dosa pertama–"

ah deep.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience