7

Humor Series 5196

Allahuakhbar Allahuakhbar..

Suara azan berkumandang menyedarkan Zara yang terlelap diatas sofa. Dengan kaki yang berlunjur dia bangun duduk bersila. Mata masih terkatup, tiada daya untuk buka. Mengantuk.

Telefon Ninetology yang berada ditepi sofa dicapai. Tangan yang tidak sampai untuk mencapainya memaksa tubuh dibongkokkan lagi.

Mata masih lagi terkatup. Fikirannya high. Haih inilah kalau tidur, memang dah tak boleh kata apa. Kalah orang penagih dadah highnya-

4:35 p.m

Butang lock ditekan kembali setelah melihat jam yang tertera diskrin telefon. Matanya ditenyeh dengan jari telunjuk perlahan. Kuap ditahan dengan tangan kanan.

Azan sudah habis. Zara memaksa dirinya untuk mencelik. Celik luas. Tangannya ditadah ke dada membaca doa sesudah habis azan. Kemudian mukanya diraup bagi mengaminkan doa.

Zara meletakkan telefonnya disebelah sofa, meja belajar. Kakinya melangkah ke penyangkut tuala, kemudian dia mengatur langkah ke pintu untuk menguncinya sebelum masuk ke dalam bilik air untuk mandi 'malam' sekali dan mengambi wudhuk untuk menunaikan solat Asar.

Tidur waktu petang memang pergghh- bangun-bangun buat kepala sakit. Tapi fun! Best tidur petang. Hm tapi memalam berjaga. Itu yang selalu membuatkan ibunya membebel.

Setelah sudah membersihkan diri. Zara mencapai sehelai track suit dan sehelai baju t putih bercorak dan dipakainya. Tuala di baling ke atas katil selepas sudah mengeringkan rambut. Kaki melangkah ke arah meja belajar. Bungkusan kain sembahyang yang dilipat ke dalam sejadah diambil.

Sejadah dibentang menghadap kiblat. Zara memakai kain sembahyang berwarna biru terangnya dan terus menunaikan solat Asarnya.

Zara mengangkat takbir. Al-fatihah meniti dibibir dalam solatnya. Berikutnya, solat Zara diakhiri dengan salam. Tangan meraup muka sesudah menunaikan solat Asar.

Tangan diangkat separas dada, "bismilahirrahmanirrahim- Ya Allah ya tuhanku."

"Aku memohon ampun atas segala dosa-dosa ku Ya Allah- ampun segala dosa suamiku, ibu dan ayah ku, keluarga ku dan semua umat muslimin dan muslimat-" Zara tekun berdoa, menghiraukan bunyi mesej yang kedengaran didalam menjengah telefonnya.

Zara meletakkan semula lipatan sejadahnya diatas meja belajar. Telefonnya diambil, peti mesej dibuka sambil kaki berjalan ke arah meja solek. Sikat rambut dicapai, telefon dipegang ditangan kiri sambil tangan kanan menyikat rambut panjangnya.

Mama;
Mama otw ke rumah kamu. Kita keluar, mintak izin Adam dulu.

Sikat diletak kembali. tangan pantas menaip diskrin telefon. Membalas mesej mentuanya, Nik Aisyah.

Reply;
Kita dua je ke? Nak ke mana?

Sambil menunggu balasan dari mentuanya, Zara mengambil tuala yang sesedap mak nenek belah readers je baling lapuk atas katil. Tuala itu disangkut.

Pop!

Zara terus berlari ke arah meja soleknya.

Mama;
15 minutes!

Zara mencebik. Mak borek anak rintik betul. Suka bagi time ciput macam ni. Telefon dibawa ke kepala katil. Plag charger dibuka. wayar usb disambung ke telefon. charging-

Terus kaki melangkah ke almari bajunya. Sebab dekat luar cuaca macam nak hujan jadi; T-shirt lawo ft. jaket putihnya, jeans biru terang kemudian dikenakan dengan shawl biru laut.

Sudah--

Pintu bilik dibuka. Kaki hajat ingin melangkah ke ruang tamu terus namun teringat akan ayat kecam 'mintak izin Adam dulu-' hm okaylah okaylah. Kaki dibawa ke bilik Adam. namun langkahnya berhenti dipertengahan tangga, t-tapi-- (asap putih keluar bagai flashback kenangan lalu)

jangan nak gatal-gatal kacau privasi aku! Jangan datang pun bilik aku! Jejak! Ketuk pintu pun tak boleh!

Zara menggenggam hujung jaketnya.

Tangannya mengangkat Ninetology separas dada. Tangan mula menaip menghantar pesanan ringkas kepada Adam. SMS je lah apa susah nak malu-malu jumpa dia? Eh malu?

Send;
Assalam- Mama ajak keluar, em tak tahu pergi mana. Saya nak mintak izin, keluar kejap ja. Hehe

Aku ketawa serta menjulingkan mata ke atas. "Tak gila aku nak mesej dia macam tu" jadi delete delete.

Send;
Kuarjap.

Hah sudah. Aku rasa itu lebih afdhal nak mohon izin keluar kejap. Takkan nak formal siap ada hehe hihi huhu pulak nak mohon? Erh aku tak suka gelak macam tu. Haha is my style.

Haha kejap, kenapa aku rasa macam tertype kurang ajar je tadi? Aku mengangkat bahu. Nah- lupakan. Biar lah. Kalau silap pun takkan Adam tak tahu wujudnya perkataan typo.

Zara melangkah ke pintu utama. Ah laparnya. Tengahari tadi tak makan. Terperap dalam bilik. Ah biarlah dulu. Puasa jap. Zara mengambil kasutnya dalam shelves. Setelah disarung di kaki. Dia terus melangkah ke luar rumah.

Petang- tadi nampak nak hujan ni dah panas terik. Alhamdulillah jugak. Zara mengecilkan matanya tatkala pancaran matahari membuat matanya silau. Panas. Tapak tangan kecilnya diangkat menghalang silau mata.

Sambil menunggu Zara berjalan ke kolam renang. Pergh air yang tenang jangan disangka tidak sejuk. Zara berdiri semula tangan yang basah dilap diseluarnya. Wah ni kalau berenang nak lepas stress, relax ni. Haha gelak jap. Aku mana pandai berenang. Lupakan.

Aku terpandang akan pondok kecil yang dihiasi dengan bunga-bunga disekitarnya. Ini bukan kali kedua aku turun dan pergi menjengah diport halaman ni. Ni first time. Ulang first time. Rasanya dah berapa minggu tinggal sini. Haih gelak jap. Aku tak suka keluar rumah. Ulang ya ulang. Eh malas pulak nak repeat.

Aku mengangkat kepala apabila mendengar bunyi hon kereta diluar rumah. Barangkali itu mama. Barang je kali.

Aku berjalan ke pagar. Sebuah alphard hitam berhenti di depan pagar. Seram ni seram ni. Kereta siapa ni? Adakah kereta jiran sebelah? Tapi kalau kereta jiran sebelah kenapa park dekat sini?

Ke dia..

Pembunuh bersiri? Penculik? Perogol bersiri? Ataupun! Damn! You make me shudder. Tangan aku sejuk, hati berdebar-debar menanti dengan penuh khusyuk. Nak pasang kekuda langkah seribu ke tak eh?

Tetiba cermin kereta diturunkan. Wajahnya tersembul cermin kereta. Berkaca mata hitam. Singlet hitam dan BANGGGGGGG!!!!

Itu si kembar. Adam atau Akhmal aku tak tahu tapi aku rasa tu Akhmal. Sebab aku rasa Adam dekat atas. Aku menggigit bibir bawah. Sheut! Terkejut aku. Penat buat drama bersiri tadi.

Aku mengunci pintu pagar semula setelah keluar. Aku mengutuk diri sendiri. Ey buat malu je, nasib baik Akhmal bukan dia tu. Aku berjalan ke kereta. Pintu kereta terbuka dan wajah mama orang mula-mula aku nampak.

Aku terus masuk dan bersalam dengan mama. Pintu kereta tak usah tutup, dia tutup sendiri. "Zara- lama tunggu?" Aku berpaling ke arah mama tersenyum kecil dan menggeleng.

Aku hanya diam sepanjang perjalanan. Tangan aku masih menggeletar. Haih. Buat malu je berimaginasi teruk-teruk tadi. Hm betullah apa yang Adam cakap aku ni tak mature-mature lagi ke?

Aku mengeluh dan menarik nafas baru semula. Pandangan terarah ke seat pemandu, hm manusia yang drive. Tapi tak tahu siapa. Sebab dia paling ke luar tingkap. Huh ni kalau aku jadi polis memang dah lama aku summon dia. Tapi- oh kereta berhenti rupanya. Lampu merah.

"Ma- kak mira cakap dia tak busy. Kita terus ambil dia je eh? Mal terus ah" orang depan aku menepuk lengan driver. Driver itu berpaling dan hanya mengangguk. Dia mengerling ke arah aku dan tersenyum sebelum terus memandu.

Itu Akhmal. Ya aku kenal dia punya senyum. Nak cakap Adam, Adam takde punya senyum mesra alam macam tu. Oh maknanya yang depan aku ni Adam? Yang perhati kan aku lama-lama depan pagar tu Adam? Yang tengok aku semacam tu Adam?

Oh.. Damn punya Adam. Rupanya aku dekat rumah tadi sorang-sorang.

"Kita nak pergi mana ni ma?" Aku berpaling ke arah mama yang mencari sesuatu didalam tas tangannya. "rahsia-" mama gelak. haha aku taknak gelak sebenarnya tapi tergelak. Dan ketawa aku bunyi kekok bila dengar deheman dihadapan aku. Hm aku diam dan terus diam. Ey bengkak pulak hati kita dengan orang depan ni.

-

Destinasi tiba disebuah rumah banglo yang cantik. Kami hanya tunggu didalam kereta sehinga penghuninya keluar. Kak Mira. Ni first time jugak aku jumpa dia, time nikah haritu dia tak datang tapi dia ada call aku bercakap kejap.

"Eh hai Zara- Abang.. pergi masuk duduk dengan ciksu" Amira menyapa aku apabila pintu kereta terbuka. Zarif si kecil cinonet masuk ke dalam kereta dan terus menerkam aku. chett.. aku mengesot ke tepi sedikit ke arah mama untuk memberi ruang Amira duduk.

"Mama who is this?" Zarif yang elok duduk atas riba aku membuka mulut. Jari kecilnya dihala ke arah aku. "This is your aunty dear. Ciksu Zara. Salam with your ciksu" aku hanya tersengih melihat Zarif ini. Macam anak omputih pun ada. Putih melepak! Aku hanya mengikut telatahnya sehingga ke destinasi.

Situasi makin rancak, aku dapat dengar empat beranak ni berceloteh. Ada benda yang lawak aku gelak. Kalau takde benda yang nak menyampuk aku diam. Aku hanya aktif dengan telatah Zarif. Bising betul mulut dia. Kadang-kadang menyakitkan hati jugak bila aku malas nak layan dia, dan aku diam. dia akan menjerit. Haih. Sama macam paksu dia tu!

-

T-time! Oh finally sampai jugak. Naik lenguh pinggang aku. Serius! Nak tidur segan pulak sebab- ye lah 'barisan' aku semua perempuan include Zarif. Haha ketawa jap. Ha tu lah cakap kalah perempuan kan ciksu kamu yang kiyutt ni dah cop kamu perempuan.

Sebenarnya. Hm tadi ada manusia yang mengganggu ketenteraman aku. Hm siapa lagi kalau bukan driver tu. Tak bukan Akhmal, sebab masa stop kejap dekat stesen minyak nak isi minyak tadi, driver dah tukar dengan berbadan sama namun jiwa perasaan lain-lain.

Adam tak habis-habis pandang ke belakang dengan cermin pandang belakang tu. Ey. Sekali tengok memang nak sekeh je kepala tu, macam tak pernah tengok orang ja. Tapi dah lebih dua tiga kali memang seram, sebab aku tak pernah kena perhati lama-lama macam tu. Naik segan + seram.

Dan lagi seram bila hati aku terpuji dia nampak- handsome harini? Haha gelak jurp. Dengan shirt sleeveless dia, dengan rambut yang tak pacak, baru harini aku nampak rambut dia tak pacak. Santai je harini, macam Akhmal. Hm awak tiru dia eh! Ha ha dah taknak gelak. Aku sakit belakang.

Aku turun dari kereta sambil mendukung Zarif. Dia tidur. haih nasib baik tak berat sangat dia ni. Kalau ya memang aku tinggal je dalam kereta tu.

Sekarang dah malam. Maghrib. Dan kami di- mata aku berkerut membaca banner di hadapan chalet yang hm- "cantik- boleh tahan lah" aku berpaling apabila mendengar suara menyampuk dari belakang.

Adam pandang aku dengan pandangan kosong sebelum aku pergi tinggalkannya bila Kak mira panggil aku. "Ya?" Aku mengambil kunci bilik huluran kak mira. sebelah tangannya memegang perut. Dia mengandung 5 bulan. Dan dia masih kuat berjalan.

"Pergi ikut Adam- Zarif nanti.." aku cepat-cepat memotong cakapnya bila terpandang perutnya. "Takpa, nanti Zara hantar ke bilik. Bilik akak nombor berapa?" Takkan nak bagi dia dukung Zarif kan? Dahlah dia pun tengah 'mendukung' tu.

"Tanya Adam- ni cepat tu Adam, kang dia tinggal." Aku memandang arah hala jari runcing kak mira. Adam sudah berjalan ke depan dengan dua bagasi ditangannya.

Dengan langkah seribu aku mengejarnya. "Ey- tak boleh sabar sikit ke?" Aku berkata pelahan dibelakangnya. Penat. Mengah mak! Dukung anak lagi. Eh anak saudara- anak real haha gelak je lah aku malas nak cakap pasal anak-anak ni.

"Jalan lembap macam siput tu kenapa?" Dia membalas dengan keras. Perlahan tapi aku dengar. Dan oh dia dengar apa aku cakap tadi? Dan oh ingat aku tak dengar kau cakap apa? Ey.

Dia membuka pintu bilik dengan luas memberi laluan untuk aku masuk. "Assalamualaikum-" aku memberi salam selepas membuka kasut. Begitu payahnya nak buka kasut ni. Kalau aku tahu baik pakai selipar je.

Aku menuju ke arah katil besar saiz king. Zarif aku letak diatas katil dengan berhati-hati. Taknak bagi dia bangun. Dia hanya bergerak sedikit. Aku merangkak naik ke atas katil dan baring sekejap. Penatnya.

Aku cuba untuk melelapkan mata sekejap tapi zzup.

Aku ditarik ke hujung katil. Dan cuba teka shytan mana yang main tarik-tarik ni. "Penat lah! Janganlah kacau" aku mengesot ke tepi takit jatuh. "Mandi- orang tak tidur Maghrib- Maghrib ni. Mandi!" Kaki aku ditarik lagi.

Ey tahu lah aku ringan tak payah main tarik-tarik ni. "Ey dahlah! Tepi- tepi" aku mengerutkan dahi. Dengan penatnya, mengantuknya, laparnya. Memang tak lama Adam ni nak rasa back kick aku. Aku membebel masuk ke dalam bilik air.

Tapi aku keluar semula. "Nak pakai baju apa ni? Mana bawak baju" aku membuang pin shawl dan melepaskan rambut. Jaket aku letak atas sofa. "Belanja lah aku sekali sekala. Tak payah pakai baju" katanya tanpa memandang aku. Entah rehat ke main phone, dia baring membelakangi aku. aku menggetap gigi. Ey ni kang aku backhand jugak.

-

Ey penipu punya Adam! Dia cakap baju aku tak bawak. Ini semua baju-baju aku dalam luggage biru yang dia bawak ni. Ee- macam mana aku boleh percaya cakap dia? Dahlah dekat sejam aku berkemban dengan hanya bertuala dan whut?

Ewh meremang bulu roma aku. Aku mencari baju yang sepadan dan tiada. Taraa-! Aku bet dia main campak je kan baju-baju aku dalam almari tu? Ni kain sekolah biru aku pun dia bawak sekali.

Terus aku berlari memakai baju dalam bilik air setelah dapat pakaian yang lebih senonoh dari berkemban tadi. Dahlah sejuk. dengan air cond lagi. Sejam tau tak berbaju. Tapi aku lagi rela berjam-jam dalam air cond dengan berkemban apa ni berbanding dengan Adam Damn tu. Seram.

Setelah siap 'mengemas' diri aku. Aku berjalan ke katil. Zarif baru bangun dan- tak mandi lagi. Aku hanya duduk diam ditepinya. Budak baru bangun kalau kacau kau rasa? Jadi- dengan perlahan aku mengambil bantal dan baring ditepinya.

Adam juga berbaring tapi membelakangi aku dan Zarif. Tengah main phone lettuw. Apa lagi? Scroll instagram stalk orang dan jumpa account lain, stalk dia pulak. Instagram life.

Baru aku nak pejamkan mata. Zarif memanggilku. "Ciksu- i want to take bath. Teman-" alah! Ciksu penat. Taknak. Ciksu nak tidur! You know abang? Tadi lenguh bahu ciksu dukung kamu tahu? Tak tahu kan? Herh nak tahu macam mana. Asyik tidur je.

Zarif tolong lah- "come- mandi dengan paksu. Ciksu penat tu" aku terasa henyakan di katil. Zarif dan Adam turun. Dan aku? Ya Allah. Thank you Adam, may Allah bless you. Sungguh ni penat.

--

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience