10

Humor Series 5196

Aku hanya memandang sepi buku teks Sejarah yang tak berusik itu. Berkelip-kelip memandangnya. Pasrah.

Macam mana aku nak hadam benda ni? Susah betul nak digest dalam otak. Mengapa? Adakah jodoh aku dengan Sejarah tak kuat atau memang tak ada?

Sejak form 2, lepas exam pertengahan tahun lagi sejarah dan aku memang takde chemistry . Ha ni yang malas nak buka buku rekod akademik ni.

Bab Sejarah ni takkan sampai ke lepas PT3 tak boleh dapat A? Nasib baik exam untuk PT3 ni dia guna instrumen kerja khusus. Takde nak hadam buku teks ni.

Ting!

Aku memandang telefon diatas buku teks sekolah yang banyak. Baiklah, phone atau buku teks Sejarah? Siapa pulak yang mesej time nafsu belajar aku datang ni?

Jadi bagi tak membuang masa aku memegang kedua-duanya. Buku teks telah aku buka muka surat yang tidak diketahui bab berapa dan di tangan kanan aku dah buka mesej tu.

Mama;
Adam dah makan ubat?

Ting!

Iman;
Busy ke weh?

Ting tong ting tong. Ha dah taknak bunyi mesej masuk ke?

Aku hanya memandang telefon sayu. Sayu sebab aku baru nak mula ulang kaji, tapi ada pula halangan. Aku mengeluh.

Aku terus bangun menuju ke bilik Adam, pintu bilik diketuk dulu sebelum masuk namun tiada sahutan. Jadi terus masuk dan buat macam bilik sendiri.

Time sakit macam ni pun takkan keras kepala taknak bagi aku masuk? Semalam sampai rumah pun 11 malam. Akhmal yang papah Adam masuk bilik, sampai salin baju tu.

Aku menarik selimut tebal yang menyelubungi dirinya perlahan. Dia tidur lagi.

Sejak balik semalam tak keluar bilik pun, terperap bergelumang atas katil dengan selimut dia ni. Tangan yang diletak atas dahi aku tarik perlahan.

Dahinya aku sentuh. Panas lagi. Tapi nampak macam dah kurang dari semalam. Alhamdulillah.

Alhamdulillah sekali lagi sebab dia dah bangun, tak payah dikejutkan dah. "um- mama, suruh makan ubat. awak makan eh?" Aku membulatkan mata bagi isyarat comel ft. paksa makan ubat. Mulut aku muncungkan.

"Buruk-" dia menjeling aku setelah memberi pandangan yang negatif bila tengok mimik muka aku, Adam terus berpaling membelakangi aku dia menarik lagi selimut putih itu dia tarik menutup hingga paras kepala. Rambut je nampak.

--

Aku membuka pintu biliknya dengan kaki. Nasib bukan tombol pintu, kalau tak macam mana nak bukak? Tangan dah susah pegang dulang ni apa lagi.

Aku masuk dan menutup pintu bilik Adam dengan kaki, lagi. Entah lah, aku lebih suka berurusan dengan kaki dari tangan. Sebab aku rasa kaki aku lebih cepat dan kuat dari tangan. Tu yang kalau cakap dengan manusia menyakitkan hati, kaki aku dulu yang bergerak bukan mulut.

Aku meletakkan dulang yang berisi sejug air kosong dan bubur di atas meja belajarnya. Bilik ni takde yang lain sangat dengan model bilik aku, cuma um- bilik ni lagi selesa sebab lebih besar. Dua kali ganda dari aku.
Tapi bilik ni agak suram sebab gelap je. Cerah bergantung dengan lampu bilik mana cukup cahaya luar pun tak boleh masuk. Jadi tangan aku pantas membuka dan menarik curtain lalu diikat dengan pemegang langsir. Sliding door aku buka.

Tanpa disuruh mahupun dipaksa aku sudah menapak keluar ke beranda. Berdiri sambil tangan memegang palang besi putih di beranda.

Syuhhh-

Angin lembut meniup rambut aku ke jatuh dari selingan di tepi telinga. Wah- sejuk gila dekat sini. Duduk sini pun senang nak rasa angin.

Pemandangan pun boleh tahan, boleh kira satu-satu warna bumbung jiran-jiran tetangga ni.

Sebut pasal jiran, aku tak pernah bertegur sapa waima kenal dengan jiran tetangga mahupun jiran berlift ni. Tak sempat.

"Uhum-" aku terus berdiri tegak dengan cepat dan berpaling muka ke arah belakang.

Adam. Shirtless, again. Dia hanya bertuala paras lutut. Baru sudah mandi mungkin, rambut pun basah.

Adam memandang aku dengan dahinya yang berkerut. Baiklah, faham dah. Dia marah aku berdiri dekat luar, balkoni dia kan. Jadi aku terus masuk dan berdiri dihadapannya.

"Oh tu- saya dah serve makanan tu. Nanti awak makan, lepastu ubat tu pun ada. awak kena makan yang ada tulis paracetemol tu 2 biji je, lepastu yang-" aku bercakap sambil tangan turut naik sekali.

"Sejak bila kau jadi assistant mama ni?" Um salah tu, patutnya ayat dia jadi assistant Adam, bukan mama.

Weh susah payah aku masak, eh bukan masak pun sebenarnya. Aku mana reti masak. Bubur nasi tu aku ambil dalam cup dia. Tukar ke dalam mangkuk dan siap! Perencah dia aku tak buka.

"Mama message saya suruh awak makan ubat. Cepatlah pakai baju lepastu makan dulu then makan ubat tu. saya nak text mama balik, kejap tau." Aku menarik nafas dalam sebelum mengeluarkan telefon dalam poket. 

Setelah itu aku menunggu Adam siap makan. Satu-satu suapan dia aku tengok. Lahai lemah gemalainya dia makan. Ya lah, sakit kan. Sian dia- ciahh baik kan aku?

Ting!

Iman;
Aku bet kau busy gila ni. Kau buat apa?

Aku tersengih. Dah tahu busy lagi tanya kenapa. Tangan aku lincah membalas mesejnya.

Iman;
Selebet betul. Menyusahkanlah guna kredit bagai ni. Habis toup aku. Kenapa kau tak install Whatsapp? Wicet ke?

Aku mencebir. Aku rasa Iman ni memang bosan gila, tak sempat aku nak send dia dah tembak dulu.

Reply;
Haah busy jaga anak. Aku kan janda anak 5?

Reply;
Lepas pt3 kot. Install benda tu nanti jadi macam kau, kah!

"Ubat mana? Cepatlah!" Aku mengangkat kepala. Cet dia gesa aku. Aku bangun dari kerusi beroda Adam, kerusi aku tolak kembali masuk depan meja belajar. Gila selerak meja dia, siap ada sarang labah-labah lagi. Nampak sangat dia belajar. Kah!

"Ha ni-" laju sahaja aku memberi arahan. Melihat Adam yang hanya memandang aku selamba membuat aku paham.

Telefon aku letak diatas meja. Ubat dalam sarung plastiknya aku ambil. Ubat panadol paracetemol syrup lagi ha paramore ;-; mohon penulis jangan berdekah tulis nama-nama ubat ni. Aku paham penulis bukannya doktor. Hanya insan biasa. Kahkahkah

Segala jenis bentuk warna dan kegunaan ubat terletak diatas tapak tangan aku. Aku menghulurkan tapak tangan ke muka Adam. Ha makan kau.

Adam memandang aku sambil mengerutkan dahi tanda geram. Dia pandang aku lagi. Aku mengangkat kening, ha takkan nak aku tolong suapkan siap hadamkan ubat ni untuk dia? Gedik betul.

"Aku nak air, nak aku tercekik makan ubat-ubat pahit ni ke" aku memuncungkan mulut tanda protes. Ciahhh sejak kena comment dengan Adam tadi, terus rajin penulis ni nak buat muncung-muncung mulut. Ha ni lagi gedik.

Aku menuangkan air ke dalam gelas yang sudah kosong isinya. Sekarang ubat dan gelas air sudah berada ditangan aku. "Bissmillah dulu" aku memesan bila Adam mula mengambil ubat ditangan aku.

"Good kid!" Aku bertepuk tangan sambil tersenyum cumil seperti meraikan sesuatu yang diusahakan dengan penat lelah sekian lama, membuahkan hasil.

Yaa

"Buruk"

Damn it.

Weh jap ni senang ja Adam makan ubat? Kata anti ubat macam kanak-kanak Sunquick.

Jadi bagi menyelesaikan masalah ini aku kena siasat mama. Kah! Dia cakap Adam tak suka ubat en. Ha telefon mana telefon? Aku membongkokkan badan mencari telefon diatas meja ditepi kepala katil Adam. Takkan jatuh? Halahh-

"Zara- sejak bila kau jadi janda anak lima ni?" Adam tersengih sambil mata menatap skrin telefon ditangannya. Eh ciahh telefon aku!

"Ey apa ni baca mesej orang. Bak sini lah" aku mencapai telefon yang masih ditangan Adam. Lagi aku gasak nak ambil lagi dia larikan telefon tinggi-tinggi.

Ha ni yang mengah ni. Tahulah tinggi. "ey sini lah!" Aku menaikkan volume suara aku seoktaf. "Kau jangan balas mesej tu" aku berkata bila jari Adam menaip laju diskrin telefon aku. Ciahh patut rasa megah ke bila budak iP main android? Android kita pulak tu.

Adam melarikan telefon dengan menggulingkan tubuhnya sehingga ke tepi katil sana. "Adam!" Aku menjerit. Aku naik ke atas katilnya merangkak ke tepi sana.

Aku menerkam belakang badannya. Belakangnya aku cubit kuat sebab bila aku panjangkan tangan, Adam turut panjangkan tangan. Jauh betul nampak telefon aku terbang dengan Adam.

Adam menggeliat sedikit bila aku cubit dia. Tiba-tiba Adam ketawa. "Are you tickling nor massaging me? Haha gila best" Aku sudah naik angin bila dia dah main hantu dengan aku jadi sekarang aku dah naik hantu.

"Siniiiiiii lerrrrr" aku menggenggam lengannya kuat dan terus mencapai telefon aku. Telefon aku dah tercapai tapi tanpa guruh atau petir mahupun khabar berita yang datang menyampaikan telefon aku akan jatuh.

Ciahhh- cait cait!

Telefon aku dah jatuh pun, berkecai empat belas. Bergetar mata aku melihat excident yang sudah berlaku. Weh depan mata kot. Pasrah. Aku menarik nafas melalui mulut dan memejamkan.

Gigi aku ketap.

"Allahu-" aku melepaskan keluh. Takpalah, benda dah jadi pun. Aku redha aku redha. Lengan Adam yang aku genggam tadi terus aku cengkam sekuat hati sebelum turun dari katil.

Ee

Aku menundukkan badan mengutip telefon yang nazak. Tapi tak innaliah lagi, telefon tercabut cover je pun. Skrin retak sikit, tu pun yang dah lama punya. Dah ada sebelum kejadian nahas menghiris hati aku ni. 

"eh.." suaranya kedengaran perlahan.

Aku bangun dan berjalan keluar dari bilik tanpa memandang ke belakang. Aku sibuk menilik telefon, punat on diatas aku tekan. Skrin bercahaya.
Oh hidup lagi telefon ni. Alhamdulillah.

Dalam hati aku berdekah. Sebenarnya jatuh tadi tak seberapa pun, biasa ja. Aku dah agak telefon ni nak jatuh bila Adam swing sana sini. Apa kau ingat ni lagu chandelier ke nak swing swang gitu? Apa ingat kau Sia? Apa kelakar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience