1

Humor Series 5196

Tokk Tokk.

"Zara! Hang dak bangkit lagi ka? Matahari dah terpacak atas kepala tu. Bangkit! Pergi sekolah!"dengan pelat Kedah Puan Khadijah selaku ibu kepada Nur Zahara mengetuk pintu sambil berleter dihadapan bilik anaknya, membuatkan tidurnya  terganggu.

"Ei dok beletiaq ja keja. Yalah. Orang bangun! 5 minit bu." Zara meramas rambutnya. Boleh gila agaknya dia hari-hari dengar suara ibunya berleter. "orang dah bangun, lagi paksa. eih." Tubuhnya bangkit dengan mata yang masih tertutup.

"Zahara Mustapha! i count on three, Zara tak bangun ibu off wifi sampai bila-bila."

Ya baik.

Bantal peluknya dibaling ke dinding. "Ey dok bising sungguh." Jam loceng ditepi dikerling. 6:40. okay. Ha baiklah, aku dah lambat. Subuh gajah anak zirafah aku harini.

Kaki diturunkan menjejak lantai yang sejuk. Pergh sejak bila aku tinggal dekat kutub utara kutub selatan ni? Sejuk kemain.

Tanpa buang masa yang sudah tersedia membuang dengan sendirinya, tuala didalam almari dicapai. Ya baik, harini hari Isnin dan jadual Isnin aku dalam jamban agak sempoi dan slowly molly. Mandi lama bapak ekau.

Picit sabun.

Picit shampoo.

Picit ubat gigi buh atas berus gigi.

Cuci muka.

Ha apalagi apalagi? ha belum masuk sesi membuang bahan kumbahan yang terperuk sejak semalam.

Kelam kabut aku menyiapkan diri untuk ke sekolah. Aha tak ah, sempoi ja. Rileks, bak kata Fiqh, benda yang  dikejar takkan lari, kecuali awek jadi chill. Nasib baik uniform sekolah dah iron semalam. Buku pun dah dikemas rapi lagikan tertib dan toma'ninah. MashaaAllah makeluk mana ni rajin sangat.

Lepas siap semua, aku berlari anak menuju ke dapur. "Bu! Zara nak berangkat dah ni, pergi dulu ya?" Tangan ibu aku capai lalu dicium. "Ha. Ni hang taknak sarapan dulu ka?" Dahi anaknya dicium. "Um. Zara tapau dekat sekolah ja la. Pergi dulu ibu ya, doakan Zara tau. Harini pereksa!"

Aku berlari ke muka pintu seraya mengambil kasut sekolahnya diatas rak. "Hati-hati jalan Zara oi!" Ibu sekadar menggeleng melihat telatah anak daranya itu. Ya aku ah tu. Eh ke kau?

"Roger. Assalamualaikum!" Laungan diluar rumah dijawab perlahan dimulut ibu. Haih apa nak jadilah dengan anak bongsunya ini. Ibu berpaling apabila suara garau menyapanya dibelakang.

"Awal anak manja ibu bangkit." Mohd Fiqh, anak lelaki ibu itu lepasan universiti. Kerja? Peladang anggur paling terhormat didalam rumah ini. Haih-

"Hm. layan youtube lah tu semalam, agaknya." Ibu mengambil tempat disisi anaknya dimeja makan. Pinggan kosong yang telah licin di makan oleh Aina dan suaminya diletak sekali.

"Ibu tu.. manjakan sangat budak tu, haih macam manalah nak jawab pereksa petang karang nuh. Pagi petang siang malam, youtube memanjang. Apa yang ditengok dalam tu tak tahulah tu. Bahaya tu bu. Cukup bahaya" Fiqh menggeleng sambil mulut membuat mimikan suara cicak.  Sekeping roti bakar dikunyah sambil menujah tujahan berisi santapan kesahihan dipagi hari.

Anak lelakinya ditenung dengan hujung mata. "Habis kamu? guna wifi untuk apa? post gambar dekat Instagram memanjang? Haih- manja apanya? Habis kamu nak ibu buat apa? Sekat kemahuan dia dengan apa? rampas laptop tutup wifi ambil apadia semua dia ada tu? Gitu?" Air teh dituang ke dalam cawan.

Fiqh tersengih insaf sebelum menghabiskan kunyahan terakhir. "Eha- yang last tu Fiqh setuju. Yang ayat mula-mula tu, ha yang ayat mula-mula tu macam tak kena pula, mana ibu tahu yang Fiqh selalu post dekat Instagram?" Kedua siku di letak atas meja dengan tapak tangan dibuka menampung kepala yang dihadap memandang Ibu.

"Eh biasalah, Zaman hipster. Takkan orang muda ja nak ada IG? Ah gittew, follow my IG. Follow. Follow-"

Fiqh tersedak. Dalam hati dia sudah menyumpah seranah, makeluk celik mana yang bantu ibu jejak diri dekat laman sosial ni. Ah makeluk betul lah! Lepasni tak boleh post gambar Momo Twice selalu. Nanti kena kecam.

+

Waktu peperiksaan kertas Bahasa Melayu sudah selesai dijawab dengan tenang. Ciah, hampir koyak kertas soalan dijawab oleh aku kau rasa tenang?

Lepas habis exam BM tadi, aku membawa diri ke belakang makmal komputer. Tempat lepak ragge dengan makeluk nama Batch 01. Eh tak ar, situ memang tempat budak-budak tingkatan 3 rehat. Taman Mini Alaf 3. Kah! Bunyi macam alaf dua puluh satu. Siap ada piring terbang sorang satu atas kepala.

Buku rujukan Sains di tangan  di pegang dengan lewa sambil lagu Whistle meniti dibibir. "Halu ya bakal jenazah. Macamana jawab paper tadi? Boleh pergi dak?"

Tasha mengeluh. "Soalan menjerut hang tahu? Rugi semalam aku tak baca yang tu lebih sikit. Semalam aku sekilas tengok ja" Diana menepuk bahu aku dari belakang. Mesti dari koop ni. Naram betei, pergi tak bagitahu. Aku tersengih.

"Hah mu? Bereh?" Dialek Kelantan Diana masih pekat didengari. Walaupun sudah setahun berada dinegeri Kedah ni. Orang kata jeliro kelate yo. Ha gittewlah Diana balas bila aku tanya kenapa pekat sangat Kelantan dia ni.

"Oh ambe? Beres jah. Takdok masalah. Haa pandai aku cakap Kelantan kan?" Air kotak Dutch Man berperisa jambu batu aki capai. "Beli untuk aku kan Yana?" Dia mengangguk. Bagus budak ni.

"Hm weh. kau rasa kita lepas tak? Boleh lulus ke? Aku risau lah. Tahun ni aku main banyak, buku tak kisah langsung" Tasha monyok.

#insaf #touched

"Samo. Aku pun, main kuat benar. Kaloh atlet sekoloh, oh huk aloh. rusing(risau) benar yo. Lek ah, inshaaAllah buleh score." Diana jawab tenang.

"ha ya. Pabila budak target berbicara. Muhong banyak hang ni, cakap sembang rilek tak baca buku. Dapat result puh straight A boh. Tahi anda" Aku tersedak. Straw air kotak yang aku kulum aku lepaskan. Tasha bila bercakap manada tapis. Hm macam aku.

"ha dah jom, aku lapaq! Let's go menerjah koop. Aku nak beli air kotak jambu kayu pula. Roti sardin ada lagi ke tadi Yana?" aku memandang Diana yang termenung ke hadapan memandang hiasan pokok bonzai. Pergh bonzai boh, kelas boh.

"eh ha? mu tanyo gapo?"

Dia tersentak.

Ey ni mesti ingat ingat balik formula Math ni. Aku kena korek ni kena korek formula dia. Esok exam Math. Lepasni Sains. InshaaAllah boleh handle. Ya Zara boleh! Go Zahara go Zahara go!

"kau ingat aku astro ke main ulang-ulang? kalau bayar takpelah, ey termenung ja. Jom aku nak gi koop, teman. Jom Tasha." aku berdiri sambil menurunkan lipatan baju sekolah aku seperti biasa.

"Ha jom-jom, aku pun dahaga aiyak kotok jambu kayu tu lagi."

+

"Jumpa esok!" Tasha dan Diana melambai kearah aku sebelum aku membalas ia dengan tabikan spring. Aku hanya tersenyum tipis sebelum masuk dalam pagar rumah.

"Assalamualaikum! I'm home!" Kasut dibuka lalu diletak diatas rak. Buku log diletak diatas meja makan sebelum kaki melangkah masuk ke dapur.

"I'm coming home I'm coming home, oh darling i'm coming." Aku menggaru hidung yang terasa binatang cicit gajah berlari berkejaran dalam lubang hidung aku.

Ah gatal! lama aku tak korek hidung. Korek sat!

Aku berjalan ke sink untuk basuh tangan sebelum beralih ke arah dapur. Wah! Bau dia! Super delicious! "Ibu masak apa? Dari sekolah lagi dah bau." Ibu yang sedang menyusun pinggan didalam kabinet hanya tersenyum.

"ha ya. Tu yang asyik sangat duk korek hidung. Nak bau makanan pun tak boleh." Ibu berpusing ke arah belakang.

Eh terasa kita.

"Hesh! Zara berapa kali ibu nak pesan?" aku tersengih lalu memotong cakap ibu. "Zara.. kita ni, kalau masuk dapur. Kena bagi salam dulu sebab blablabla." dengan gaya-gaya sekali aku meniru ibu. Bercekak pinggang. Ibu menjeling aku.

"Heh! Ni apa ni? Pergi mandi dulu, lepastu turun makan. Panggil abang dengan kakak sekali " aku hanya  mengangguk. 

"roger and out madam."

+

"Adik. Ada orang datang tu aku rasa, pergi bukak pintu sat" Nur Aina iaitu kakak kepada aku, ya ini nak kenalkan lah ni. Budak SPM tahun ni. Aina duduk disebelah aku lalu ambil remote tv pantas menukar channel.

"Ey kau ni kan. Alang-alang berdiri tadi pergi lah bukakkan." Aku mencebik. Dengan malas aku menuju ke pintu. Daun pintu dibukak. Takde orang pun? Naram.

Zara berpaling ke arah Aina yang berbaring diatas karpet. "Aina lempang nak? Mana ada orang. Ey kau ni. Saja nak kenakan aku kan?" Ey katakan saja engkau mahu conqure tv itu. Berdalih pula.

Pintu ingin ditutup tapi dibuka kembali apabila kedengaran enjin sebuah kereta masuk kedalam. Ayoh!

Aku berlari anak keluar menuju kearah ayah yang baru balik dari kerja. Wah dah seminggu tak jumpa, rindu. K tipu ja, semalam dah jumpa. Lepas tengok cerita Detik 12 Malam semalam. Tubuh Encik Mustapha dipeluk.

"Yah! Rindunya adik dekat ayah!" Pelukan dibalas. "Ya. Ayah pun rindu anak ayah sorang ni. Dah apa ni? Belum jejak kaki masuk rumah dah kena terjah ni?" Pelukan dileraikan.

" Haha wu retis kan. Encik Mustapha, Mustapha Kamal Adli! Retis dia kena main terjah terjah ni. Dah jom Ayah kita masuk. Adik tolong angkat beg eh?" Beg pakaian ditangan Encik Mustapha diambil.

MashaaAllah.

Maha berat. Ayoh bawak balik batu bata ke dari negara orang? Aih tetiba ingat hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang. Ha patut dia jadi emas la dalam beg ayah ni, ngeh.

Aku bernafas tertib sebelum cuba mengangkat ia lagi."Boleh ke tidak?" Ayah yang sudah menjejak sebelah kaki di pintu rumah berpaling. Sejak bila ayah ada kaki zirafah sekali langkah dah sampai ke pintu rumah ni?

"Eh boleh. Zara boleh as well Malaysia boleh! Ayah masuk lah dulu, Sokay i can handle it sir. Adik kuat lah" Aku tersengih. Ayah hanya menggeleng, dia masuk dalam rumah. Sian ayah, mesti dia penat.

"Fuh! Satu dua tiga! Hiyakk!"

___________________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience