8

Humor Series 5196

6:12 a.m

Sekali lagi aku menutup mulut yang tak habis-habis menguap. Mata masih memandang skrin telefon. Chat whatsapp dari kak mira aku buka.

Honey bee;
Let's?
[Photo]

Lepas breakfast terus turun tau. Bawak Zarif sekali, mandikan terus lah.

Chat semalam ni. Aku tak baca, tidur awal. Lepas mandikan Zarif aku teman Zarif sampai dia tidur, phone langsung tak diusik. Malas. Penat.

Aku out chat whatsapp kak mira. List chat yang aku belum buka semalam aku buka satu persatu dan baca. Haikal- Paan- Classmates-

"baca apa tu?" Suara serak basah memecahkan keheningan pagi. Aku berpaling ke arah Zara yang sudah bangun dalam posisi duduk dengan mata yang masih tertutup.

Eh sibuk je- bini siapa lah ni. "Mandi- solat terus. Jangan nak gatal-gatal nak sambung tidur balik." Aku memberi arahan yang ada unsur-unsur tegas dalam mamai. Aku pun mengantuk sebenarnya. Lepas bangun tadi aku solat dulu, lepas tu baru mandi. Sekarang baru enam setengah pagi. Ingat nak sambung tidur tapi tengok chat kak mira. Lupakan. Balik nanti boleh tidur juga.

"Hm-" dia masih memejamkan mata. Rambut yang kusut dia serabutkan lagi. Keningnya bertaut.

"MANDI!"

--part ni habis hilang-.--

"Cik Su-" aku mengangkat muka melihat Zarif yang memanggil aku. Ey suka sangat mengganggu kebahagiaan nak makan aku ni.

"Abang nak apa? Jangan ganggu Ciksu makan" Akhmal menjawab. Aku diam. Aku memandang Akhmal dan pandangan beralih disebelah aku. Adam. Hm dia tengok aku jugak. Aku hanya membalas pandangannya dengan jelingan.

Tiba-tiba tangan kiri aku disambar "Mak kau-" aku menjerit kecil. Terkejut. Satu meja berpaling menghadap aku dengan pelik. Er meja aku ni. Mama mengangkat kening bertanya kenapa. Dan aku hanya tersengih dan menggeleng laju. "Te-terkejut. Kucing lalu dekat kaki" tipu. Muka aku panas. Malu. Ah!

Aku terus menarik tangan kiri aku kuat. Adam ditepi aku jeling. Aku menjentik tangan dia yang tak reti-reti nak lepas. Tapi tak berhasil, lagi kuat dia genggam tangan aku. Siap letak atas peha dia pulak tu.

Aku mengetap gigi menahan geram. Ya Allah kau beri lah aku kesabaran yang intact lagi kukuh! Tangan kanan aku masih free kalau nak sekeh kepala dia tapi dibawa bersabarkan hati. Ramai orang ni, kang malukan keluarga papa pulak.

Jadi- aku ambil keputusan rasional. Mungkin Adam nak 'bermanja' dengan aku. Jadi aku biarkan, kau nak manja jom kita bermanja!

Genggaman tangannya aku balas dan menarik tangannya lalu diletak diatas paha aku. Tangannya aku genggam erat. Aku kembali menyambung breakfast yang tergendala.

Setelah habis makan, papa cakap aktiviti seterusnya ialah air. Itu kata kunci dia, air. Either berkayak or main kayuh sawan swan tu. Urh hanya itu yang ada dalam kepala aku kalau bab air. Sebab dekat sini aku nampak tasik je, pantai tu lain list permainan pulak aku fikir.

Papa anak sulung dari 5 adik beradik. Lagi sorang, sibling yang ke 4 tak datang. Entah sebab kenapa, dengar Makngah cerita tadi bunyi kasar ayat dia.

"Entah- dah mampos kut Razlan tu. Hidup lagi ke tak budak tu" dan lepas tu terus semua mengeluh. Aku pun tak tahu cerita sebenar dia, jadi aku banyak diam. Aku tengok mama pun macam takde mood nak masuk cakap sekali.

Family papa semua aku dah bertegur sapa. Cak! Baik kan aku, semua okay je kecuali Mak Ngah. Makcik makcik yang ambil posisi Mak Ngah ni memang mulut puaka ke? Kureng jugak, terhiris hati aku tadi.

"Kau masih fikir apa yang Mak Ngah cakap tadi ke?" Adam muncul ditepi, tak dia memang dari tadi ada tepi ni. Sebab aku masih pegang tangan dia. Sejak breakfast tadi sampai kena fire dengan Mak Ngah till now.

Dia taknak main air katanya, aku pun. " pergi lah join sana, saya lepas" aku menarik tangan aku semula. Terlepas.

Fuh tangan aku berpeluh. Ye lah berapa lama duk berkepit dengan Adam, like?

"Tak payah- pegang balik" arah Adam. Aku memandangnya. Dia menghulurkan tangannya kembali, aku hanya menggeleng dan melarikan muka ke kanan. Senyuman kecil aku hapuskan segera bila Adam berdiri dihadapan aku. Huish kenapa ni.

"Peganglah- tak mengandung pun kau pegang tangan aku ni-" dia menghayunkan tangan kanannya dihadapan muka aku. Ey gigit kan.

"Yelah!" Aku terus menyambar tangan dia, tapi hanya jari kami yang bercantum. Aku pegang empat jari dia kecuali ibu jari.

"Mak Ngah takde anak ke?" Aku memulakan siasatan aku dengan bismillah. Adam mengerutkan dahi. "Ada kut."

Aku tersengih. kut?

Adam memandang aku kosong. Tak lama, dia pandang ke hadapan semula dan aku senyap.

Adam pun senyap.

"Um. Anak dia mesti mulut puaka macam dia an?" Aku kembali serius dan pandang ke hadapan. Acah-acah engineer tengok bangunan yang dibina semakin meninggi jap. Tapi acah aku tak lama bila dengar ketawa lepas tak lepas.

Dia mula mendekati tubuhnya dengan aku dan tersenyum sinis. Matanya redup memandang mata aku. Aku mengerutkan dahi. Aku melarikan muka sehingga aku terpandang akan beberapa kelompok manusia yang berhimpun dihadapan kolam ini, bertentang dengan aku. Dan itu family papa, bukan semua masih dekat tasik ke main benda alah tu?

Mak Ngah. Aku perasan Mak Ngah tengah tenung ke arah sini. Hm tengok wayang free lah tu. Tapi kalau dikira, jarak dia berdiri tu macam- macam pandang ke sini je?

"Mak Ngah pandang kita ke tu-" kata aku dengan laju, ye lah takut Mak ngah dapat baca pergerakan mulut aku.

Bijak kan aku.

"Mana?" Adam melarikan matanya ke hadapan dan dia berdehem seketika sambil memandang ke kaki.

"Nak buat apa ni?" Tanya aku dungu. Aku kalut melihat Adam hanya diam. Cis nak tunggu aku action dulu lah tu. "Lambai ah- tengok dia lambai balik ke tak" Adam memandang aku dengan ekor mata. Mulutnya tersenyum sinis.

Huh?

Dia memaut bahu aku kasar. "Dah jalan- biarlah dia. Jom masuk bilik" arah Adam kemudian ketawa manja.
"Kita honeymoon!" Dia menjerit kuat sambil menaikkan keningnya memandang aku. Sengih-sengih. Aku hempuk kang.

Ee geli aku.

Brr baru aku perasan yang Adam ni sebenarnya, tak delah jahat mana? KAH!

????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience