11

Humor Series 5196

(maafyangnirabak:)(ehsiyesahrabak.unedited)

Aku mengetap bibir geram. Sambil tangan lincah membelit shawl dengan pin tudung di bibir aku. Mata aku kerling ke arah telefon. Ada mesej masuk.

Iman;
Dah sampai text tau, kita tunggu awak! MUAHAHAHA

Aku menjulingkan mata ke atas. Pin aku ambil dan terus pacak tepi kepala. Kaki melangkah ke meja belajar, entah buku apa aku campak sahaja ke dalam beg sandang.

Telefon aku capai, membaca semula text-text yang Adam sempat hantar tadi. Ciah sakit hati ni. Dalam aku membebel suruh dia makan ubat tadi, sempat pula tangan dia gatal balas mesej-mesej Iman ni.

Reply;
Hihi okay, jom kita keluar?

Terus pula Iman setuju, siap sampai dekat BR pula dah. Aku mengetap bibir. Ee geramnya, tak pernah-pernah aku rajin nak keluar rumah tetiba ajak orang pula? Siap mention pula 'saya peegi dengan Abang Adam handsome'

Aku menjulingkan mata ke atas. Dah lah ada typo, handsome pula katanya. Sejak bila pula aku bersaya-awak dengan Iman entah.

Takkan nak cancel pula kan? Iman pun dah ada dekat sana, lagipun tak pernah lagi keluar dengan Iman. Kah!

Kaki melangkah keluar. Belum masuk dua tiga langkah keluar bilik kaki aku tersepak sesuatu.

Sreeeettttt

Jauh kotak putih itu terdorong ke depan.

Dahi mengerut. Aku menunduk ambil kotak putih yang ada lambang epal separuh takda, kesan orang makan barangkali. Okay tak tipu ja.

Ni kotak iPhone. Aku membuka kotak itu tanpa ragu-ragu. Seketul(?) telefon pintar menghiasi pandangan aku.

Aku mendongak melihat bilik Adam. Pintu dia tertutup. Beg galas aku sangkut dibahu, sekeping kertas yang terselit ditepi telefon pintar itu aku ambil. Bibir aku terkemut-kemut menahan ketawa bila baca kertas tu.

Sorry pasal phone kau tadi :(

--

"Larat ke awak ni?" Soal Zara. Aku mengambil nafas dalam untuk menjawab soalannya. "Dah separuh jalan, kau baru tanya like what? Kau nampak aku macam mana?" Aku melihat Zara panjangkan tangan dia untuk sentuh dahi aku.

"Sini ler nak tengok demam lagi ke tidak" Zara geram bila aku melarikan muka. "Tengah drive ni kan? Jangan ganggu concentration aku boleh tak-" Aku mengerutkan dahi tanda marah.

Zara mencebik. "Ye lah- dah sihat walafiat. Alhamdulillah, nanti tak payah saya jaga awak lagi" Ayat dia dengar macam meleret. Aku pulak rasa lain macam.

"Dah tengok dalam kotak tu?" Aku bertanya bila masuk kawasan parking. "Haah- terima kasihlah. Nah-" kotak putih yang berlambang apple sekerat itu dihulur kepada aku lepas park kereta.

"Asal?" Aku mengerutkan dahi. Tapaham dia ni manusia ke apa? Orang bagi phone takkan tanak? "Bukan taknak, saya nak awak pegang dulu. Lepas PT3 saya ambil ah, mintak tolong pegang ni okay. " kotak putih sudah terletak diatas paha aku.

"Kenapa nak ambil lepas exam?" Aku membaling kotak putih tu diseat belakang, okay aku nampak mata Zara mengecil dengan tindakan aku tu. Mesti dia geram.

"Benda tu kira dugaan ah an, kalau saya ambil main sekarang memang saya tak hadap buku-buku tu, alah kejap je. Lagi 7 bulan lagi" Zara berkata sakarstik, mungkin geram sebab aku banyak tanya.

"Bijak kau kan?" Dia tersengih.

 "Eh memang ah, orang bijak je fikir benda ni"

--

 Kami masuk ke dalam mall dengan aman, tiada perkataan yang keluar dari mulut sehingga mata aku bertemu dengan sepasang mata yang cukup aku kenal.

Aku melihat dia melarikan anak mata ke arah lain jadi mungkin takde conversation between us. Aku hanya mengikut langkah Zara yang sibuk menaip sesuatu ditelefonnya. Berjalan tak tengok depan sampai nak berlanggar dengan orang jadi aku berjalan tepi dia.

"Eh awak nak join jugak ke?" Zara menyimpan telefonnya dalam poket kembali. Soalan apakah? 

"haahlah kenapa?"

Senyuman aku mati bila Zara terlebih dahulu menyangkal niat aku yang moorni lagi baik ini. "Haha memang tak lah, okay awak hantar saya sampai sini je. Bai! Main jauh-jauh! Shuhh" Tangan aku ditarik,salam. Kemudian dia menarik tangannya kembali, tapi aku tak lepas. Aku menaikkan wajah memandangnya. Zara tersengih. Dia shuh-shuhkan aku?

"Haha gurau, jom masuk!"

Ey.

--

Aku hanya memandang wajah Iman, Ira dan Fathiah yang sudah beku dek difrozen oleh Elsa.

Oh tidak, Elsa tak datang musim-musim panas ni dekat Malaysia. Aku mencebik. Buku-buku yang berselerak diatas meja aku tolak kehadapan sedikit memberi ruang untuk aku.

Aku berdehem sedikit. "Pahal?" Aku memandang mereka bertiga lama, macam tak pernah tengok manusia. Adam hanya tersenyum walaupun tidak menatap wajah mereka. Tangan dan mata setia pada skrin iPnya. Scroll Outstagram MACAM BOSS.

Iman mengetuk meja dihadapan aku perlahan, huluran kertas putih dibelakang buku aku ambil. Alah main surat menyurat pulak. Aku kembali ke Jalan Ampas ke apani?

Siapa tu? Asal dia boleh ada sekali? Kekok lah kami oi!

Zara mengerutkan dahi selepas membaca 'utusan' Iman. Tanpa berlengah tangannya turut membalas pertanyaan Iman yang musykil tahap gaban itu. Pft takkan tak kenal? Amnesia sudah? Haritu kemain beria tunjukkkan dekat aku twin twiggies ni. Tapi takpa kita layan.

Budak form 5 sekolah kita uh, lahh takkan nak aku halau dia pula?

Ira dengan Fathiah rancak berbual, aku tengok. Mata sesekali pandang Adam disebelah aku. Eh apani apani? 

Iman meronyokkan kertas selumat yang mungkin sebelum dibaling kepada aku. Mungkin ini utusan terakhir dia. kah!

Dia nilah senior yang kami puja-puja selama ni. Crush kami tu!

Ft.

Dia lah awek model yang aku cakap haritu. Tadi aku nampak model tu ada dekat mall. Ingat nak serang pi ajak selfie autograf, sekali tengok dia dengan lelaki mana entah. Tak berani. Dah putus dengan Adam ni kot. :'(

--

"Hai, maaf lambat-" aku mendongak. Mata aku membulat bila melihat gerangan itu. "Eh Zara?" Aku tersengih. Belum sempat aku nak tegur, Akhmal dah sapa aku dulu. Kah! Aku baru nak cakap tu Adam tapi bila teringat Adam disebelah aku, okay itu Akhmal. Hm aku masih tak boleh beza mana satu Adam nor Akhmal. Sedangkan Iman pun boleh, kenapa tidak aku? Pity me.

"Um- dah kenal eh?" Iman memandang aku dan Akhmal bergilir-gilir. Aku mengangguk. "Jadi ini lah tok guru kau, Man Ira?" Ira tersengih. "Haah- tok guru paling sporting diabad ini" Ira ketawa lepas. Hak eleh tadi cover malu-malu biawak. "Yes! Dan tok guru paling handsome. Kekeke" aku membulatkan mata bila dengar Fathiah ketawa. Ha ni pun sekor.

"MashaAllah-" Akhmal ketawa. Matanya memandang dibelakang aku, "eh kembar?" Adam menggeleng. "Sejak bila kau jadi cikgu tak bergaji ni?" Akhmal ketawa.

"Eh- bergaji what? Ditemani awek(s), kan Zara?" hoho Akhmal buat lawak gais. Aku hanya tersenyum, menyokong lawak solonya itu.

Bila aku angkat kepala, enam pasang mata helang menikam wajah aku. Dalam hati aku berdekah, tapi buat real. takda apa-apa. Sudah wajib mereka jelly, sebab aku diapit kiri kanan bodyguard.

"Eh- mulaa, mulaa" Iman merasmikan study group abad ke 22 ini, leceh. Orang tak buat sebenarnya belajar-belajar dekat tempat makan ni. Orang lain nak makan, apa kata mereka?

Aku yang dekat tepi ini lonely. Hanya diam. Sesekali senyum dan ketawa menambah perisa dalam perbualan mereka. Adam juga begitu.

Kami belajar bila Akhmal dah start serius. "Subjek apa dulu ni?" Kami memandang diantara satu sama lain sebelum menjawab. "Math!" Aku tersengih bila Akhmal hanya tergeleng melihat telatah kami. Adam disebelah sudah memandang jengkel. Telefon ditangan sudah tiada, mahu join pembelajaran ini barangkali.

Sesi pembelajaran abad kurun ke 22 ini,berjalan dengan lancar. Alhamdulillah aku faham dengan apa yang dia ajar, Iman juga banyak tambah perisa. Otak kiri kan, pandai Math. Boleh dikatakan Iman dan Akhmal yang banyak keluarkan suara untuk memberi tips dan nak mencari kata kunci dalam soalan.

--
K nampak mana hambarudin & hambariah terselit? Part ni hambar gais. Tada idea, point dia just nak Adam buat contact eyes dengan someone tu ja. Hehe siapakah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience