BAB 11

Romance Series 23009

"Fahrin, hari ni cuba call Fazrin. Pagi tadi, pukul tiga dia ada call mummy. Katanya nak ucapkan tahniah dekat Fahrin tapi tak berani nak ganggu pengantin baru,"
Maklum Tengku Faridah tentang anak nombor duanya yang sedang berada d UK. Tengku Fazrin tidak dapat menghadiri perkahwinan Fahrin sebab menjalani peperiksaan semester di Universiti Nottingham.

"call pukul tiga pagi? Fazrin bukannya tak tahu perbezaan waktu UK dengan Malaysia berapa jam. Dah tentulah kita tengah sedap tidur, sengajalah tu nak ganggu. Nantilah Fahrin call dia balik mummy,"jawab Fahrin geram.

Adiknya yang seorang ini suka terjah ikut suka. Selagi poket tak sengkek, selagi itulah tak dengar suara. Mujur sekarang Fazrin tak habiskan duit dengan makanan semata-mata. Adiknya itu sudah bijak mengawal pemakanan. Buktinya semasa mereka sekeluarga melawat awal tahun lalu, berat badan Fazrin menurun lima kilogram dari lapan puluh kilogram.

"Erre... Daddy, mummy, abang Aimi dan kakak DAYANG, sebenarnya Isyah dan Imah ada perkara nak cakap." Kata Farisyah

"Hah... Nak cakap tentang apa? Mcm serius jer.." Tanya Tengku Faridah

"Haah... Apa dia? "Tanya Tengku Faizal pula kepada anak kembarnya itu.

"Petang ni,kita orang nak balik ke perak,"Jawab Fatimah pula dengan senyuman meleret.

"Eh, kenapa cepat sangat nak balik? Duduk lah lama-lama sikit."Fahrin menyebok.

Tengku Faridah dan Tengku Faizal mengiakan.
Dayang sedari awal mengetahui niat adik-adik iparnyaitu. Memandangkan Farisyah baru sahaja menjadi guru dimana dia mengajar tentulah tidak wajar mengambil cuti lama-lama. Lagi pula bukan dia yang berkahwin Tak ada alasan kukuh untuk memohon cuti lama. Fatimah pula akan menghadiri Majlis Fesyen Show dimana rekaan bajunya akan di pertandingkan buat pertama kalinya.

"Esok Isyah dah masuk mengajar. Imah pula nak menghadiri Majlis Fesyen show dia. "Farisyah menjawab sopan.

"Haah... Mummy,daddy,Abang dan Dayang, tak nak datang ke kat Majlis Fesyen Show Imah esok? " soal Fatimah pula.

"Tengok lah macam mana nanti. Kalau takda halangan daddy dan mummy datang oke. "Balas Tengku Faizal.

Tengku Faridah mengiakan. Begitu juga dengan Dayang dan Fahrin.

"Oke. "

"Imah.. Congrats dear."Ucap Fahrin ingin menceriakan wajah adiknya.

"Thanks abang"Ucap Fatimah pula lalu tersenyum manis.

"Besar dah anak mummy ni. Dah bercaya dah pun. Tahniah sayang. "

"Hehehehe Thanks mummy. Ni semua berkat atas doa Mummy dan daddy tak lupa juga dari abang,Isyah and Dayang yang selalu bagi nasihat dan bagi semangat kat Imah untuk terus bercaya. "Ucap Fatimah panjang lebar. Tengku Faizal hanya tersenyum.

Tengku Faizal bangga kerana mempunyai anak seperti Fahrin,Fazrin, Farisyah dan Fatimah. Kerana lebih gemar berusaha sendiri berbanding bergatung harapan kepadanya. Walaupun sudah puas dia memujuk anak kembar nya itu untuk berkeja dengannya tapi tidak berhasil. Katanya ingin mencari wang hasil titik peluhnya sendiri dan mencapai cita-cita yang diinginkan.

Berlainan pula dengan Fahrin yang mempunyai minat dalam perniagaan sama sepertinya. Dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan Faizal Holdings kepada Fahrin. Dan Alhamdulillah Faizal Holdings bertambah maju setelah Fahrin mengambil ahli.

~~~~~~

Petang itu selepas Farisyah dan Fatimah bertolak ke perak dengan menaiki kereta yang dipandu Farisyah,Fahrin membawa Dayang keluar bermain ice skating
di Sunway Pyramid.(Betul ke nama tempt tu? Tk pernah pegi sebenarnya. Search kat google jer ????)

Sengaja Fahrin ingin mencipta memori baru bersama Dayang dan melupakan segala memori bersama Syahada yang pernah dikongsi bersama. Yang penting tujuannya untuk merebut kasih sayang Dayang agar dirinya yang bertakhtah di hati isterinya itu.

Selepas memakai tag di pergelangan tangan,kasut ice skate dan glove,kami bergerak masuk ke lapangan ice. Dayang pada awalnya menolak untuk mencuba tetapi dipaksa oleh Fahrin. Sedari dulu dia memang gementar untuk berada diatas permukaan yang licin itu.

Fahrin membiarkan isterinya untuk berpaut pada dinding kaca buat seketika. Fahrin sebaliknya masuk terlebih dahulu tanpa memperdulikan isterinya. Kelihatan Fahrin asyik tergelak ketawa sendiri semasa berluncur.

Fahrin melihat ke arah Dayang lalu menghulurkan tangannya kepada isterinya dan menyuruh Dayang menyambut tangannya.

"Abang promise sayang tak akan Jatuh. " Fahrin menarik tangan Dayang yang tergigil itu.

Dayang enggan bergerak. Tangannya masih kuat memautdinding kaca.

"Sayang tengok budak dua kat sana tu tadi diorang pun takut-takut nak masuk. Tapi tengok sekarang elok jer budak dua tu kat dalam. Jatuh pun boleh bangun main balik." Pujuk Fahrin. Siap menunding jari ke arah dua orang budak seorang umur macam 10 tahun dan seorang lagi macam umur 8/9 tahun. Kelihatan si kakak yang cekap sedang menemani dan mengendalikan adiknya sebaik mungkin.

"Dia orang berdua tu memang berani. Sha yang pengecut."

"Lucky you have a brave husband."Fahrin dengan bangganya memuji diri sendiri. Kali ini dia bergerak merapati Dayang lalu disauk pinggang isterinya erat .

"Abang, please... "

"Syhhh... Keep clam. Abang takkan lepaskan sayang kalau sayang takut sangat. Let ne hold you till the end of time."Bisik Fahrin. Dayang hanya menurut. Perlahan dia menganggukan kepalanya .

"Jangan keraskan badan sayang. Sha kena rengangkan sikit kaki, tak boleh rapat sangat. Then luncurkan kaki, jangan angkat sebab kita tak jalan atas tanah. Yang penting dalam minda, Keep thinking positive." Ujar Fahrin sebelum menolak tubuh Dayang kedepan.

Beberapa detik berlalu, dia sudah mula serasi atas permukaan ais. Itu pun letakkan sepuluh keyakinan atas bahu sang suami. Fahrin memegang kejap tangannya dari depan. Walaupun kelihatan seperti bayi baru berlatih berjalan, tapi dia lega. Sesekali terukir senyuman di bibirnya bila perasaan bahagia mula dirasakan.

"Seronok? " Dayang mengangguk. Senyumannya makin mekar bila kaki sudah mendapat rentak stabil dan bergerak lancar.

"Kalau dulu kita datang berempat,sayang jatuh abang tak boleh begang tapi sekarang kita dah halal nak sentuh mana-mana pun boleh. Abang boleh ajar Sha tanpa batas. Peluk pun boleh. Kalau Sha jatuh abang boleh sambut. "

"Tapi Sha taknak jatuh,"Ketuanya manja. Risau. Pantang sungguh telinganya mendengar perkataan itu. Pelbagai Imej ngeri bertandang bila melihat permukaan ais yang rata, keras dan licin. Kalau terhantak dagu ke situ mahu berdarah rahangnya.

"Abang lepaskan satu tangan okey?" cadang Fahrin. Dayang lekas menggeleng. Mukanya cuak "Abang dah janji taknak lepaskan."

"Jangan takut, kita cuba dulu. Kalau terus pegang macam ni bila Sha nak pandai."Selepas berkata Fahrin melepaskan sebelah tangan Dayang.

Dayang cemas. Elok saja Fahrin lepaskan sebelah tangannya, tingkat keyakinannya turun mendadak. Kakinya mula tergetar. Baru beberapa saat, kasut luncurnya seakan tercegat.dia terasa mahu tersungkur ke depan. Jantungnya berdetak kencang.

Tak sempat badannya mahu jatuh tersembam, Fahrin lekas mendakapnya. Muka kecilnya itu tersembam di dada bidang milik suaminya .
"you're safe now."

"Abang jahat. Kenapa tipu Sha? Tadi kata taknak lepaskan, tapi abang lepaskan jugak. Sha tak nak main dengan abang dah." Tangan kecilnya menumbuk dada Fahrin. Dia memang teramat gementar dan takut. Hanya Tuhan yang tahu betapa ributnya dada dia menanggung perasaan cemas.

"Sorry, sorry, sorry, abang tak sengaja. Abang cuma nak sayang cepat pandai. Tak ada niat nak tipu pun." Fahrin memohon maaf lalu menggosok lembut kepala isterinya. Memang tak peduli langsung mereka berada dimana. Kasihan sungguh mendengar rintihan si Isteri.

" Jom kita duduk tepi." Fahrin leraikan pelukan. Dia cuba menggamit Dayang ke tepi dinding. Dayang sebaliknya menolak.

" kita Sambung balik main. Tapi, kali ni jangan lepas selagi Sha tak suruh. Faham?" pintanya dalam nada manja. Mata merenung redup mata si suami. Berharap Fahrin setuju dengan hasratnya.Dayang lupa bicaranya yang tak mahu main dengannya lagi. Rasa seronok lebih meninggalkan kesan dalam hati.

Fahrin hela nafas panjang. Hanya dengan melihat renungan mata isterinya, Fahrin terasa kalah dengan perasaannya. Berapi-api cintanya buat Dayang,tapi isterinya seolah-olah tak bisa melihat cintanya itu.

JANGAN LUPA VOTE DAN KOMEN !!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience