BAB 7

Romance Series 23009

Ketukan pintu menyedari Dayang lamunan Datin Samsia masuk dan menghampirinya yang duduk dibirai katil dan tersenyum manis melihatnya.

"Dayang dah siap sayang? Pengantin lelaki dah sampai." kata Datin samsia lalu duduk bersebelah degannya dibirai katil dibilik tetamu itu.

Nafas ditarik lembut dan dihembus dengan secara perlahan-lahan sambil mata terpejam. Dayang mengangguk dan menundukkan kepala kerana debaran didalam hati semakin terasa. Macam nak pergi beperang pula rasanya.

"Kalau dah jom kita turun." Datin Samsia memimpin tangan Dayang untuk turun ke bawah Dayang hanya mengikuti sahaja langkahnya.

Setibanya Dayang diruangan yang telah disediakan. Datin Samsia menyuruhnya duduk dan Datin Samsia pula duduk bersebelahan dengannya manakala sebelah kirinya pula diduduki oleh Farisyah dan Fatimah yang sedari tadi hanya tersenyum-senyum.

"Boleh kita mula kan? " Tanya Tok Kadi kepada Fahrin. Fahrin mengangguk dan menyambut huluran tangan yang dihulurkan oleh Tok Kadi.

"Saudara Tengku Fahrin Suhaimi Bin Tengku Faizal.. "

" Saya. "

"Aku nikahkan engkau dengan Dayang Batrisha Binti Abdullah dengan mas kahwinnya sebanyak Rm3000 ringgit tunai".

"Aku terima nikahnya Dayang Batrisha Binti Abdullah dengan mas kahwinnya sebanyak Rm3000 ringgit tunai.. "

"Sah? "

"sah"

"sah"

"Alhamdulillah.. " Tok kadi menada tangan dan membaca doa.

Dengan sekali lafaz Dayang telah menjadi isteri kepada Tengku Fahrin Suhaimi. Lelaki yang tak pernah dicintai dan tak pernah dijangka lelaki itu kini menjadi sudahpuj menjadi suaminya yang sah.

Setelah Tok kadi menghabiskan bacaan doanya. Fahrin berdiri dan menuju ke ruangan khas dimana dua helai sejadah telahpun dibentangkan.Dayang yang melihat Fahrin menuju ke arah ruangan itu dia juga turut berdiri untuk turut serta menunaikan solat sunat nikah.

Setelah menunaikan solat sunat nikah dua rakaat dan doa juga telah dibaca. Kini tibalah masanya untuk acara pembatalan air sembahyang dilangsungkan. Mereka yang hadir dimajlis tersebut mula menghampiri mereka untuk menyaksikan agenda romantis itu. Fahrin berdiri dan berjalan menuju ke arah Dayang yang tidak jauh dari tempat duduknya tadi.

Kini dia berada betul-betul dihadapan isterinya.
Tengku Faridah memberikan Cincin nikah yang berada ditangannya kepada Fahrin dan menyuruhnya menyarungkan kejari manis Dayang.Aku hanya mendiamkan diri sahaja.

Tangan Dayang agak mengeletar bila Fahrin menggapai tangannya yang sedari tadi hanya diletakkan diatas pehanya. Pertama kali jari jemarinya dipegang oleh lelaki yang kini telah bergelar suami jadi Agak kaku Dayang dibuatnya.

Setelah menyarungkan cincin. Dayang tunduk untuk menyalam tangan lelaki yang kini bergelar suaminya. Agak lama dia berkeadaan begitu kerana diarahkan oleh juru gambar agar mereka boleh menangkap gambar yang lebih menarik.

Datin menyuruh Fahrin mencium Dahi Dayang. membulat terus mata Dayang akibat terkejut.
'Ala.. Nak lari boleh tak? ' katanya dalam hati.

"Hah... Fahrin ape lagi ciumlah Dahi isteri kamu tu. Bukannya salah pun dah halal dah pun. " Datin samsia pula kini bersuara.

Fahrin duduk dengan lutut menyentuh lantai. Setelah selesa dengan keadaannya dia memegang kepala Dayang dan mendekatkan bibirnya ke dahi mulus isterinya sama sepertinya tadi lama Fahrin berkeadaan begitu.

"Oke... Done. " kata juru camera itu dan berdiri ingin berlalu. Sebelum dia berlalu sempat dia memberi senyuman dan ucapan kepada isterinya dan Fahrin.

"Selamat Pengantin Baru Tengku,puan."..

Setelah itu Dayang mula menyalam Datin samsia,Tengku Faridah, Farisyah, Fatimah dan Ahli keluarga yang ada disitu.

------------------------------
Dayang menilik cincin yang ada di jari manisnya. Bahu kanannya disentuh dari belakang yang menyebabkan dia terkejut. Dayang menoleh kearah orang menyentuh bahunya. Rupa-rupanya Fahrin yang kini berdiri tepat berhadapan dengannya.

"kenapa tenung cincin tu?"Tanya Fahrin.

Dayang mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah lelaki itu. 'Adehhh tingginye mamat ni. Sakit leher aku'luahnya dalam hati.

"Pelik. "

"kenapa pulak nak pelik? "

"Yelaa.. Muat pula cincin ni kat jari saya. Bukan ke Tengku beli cincin ni untuk bakal isteri Tengku? "Jawabnya lalu menunjukkan jari runcing milinya kepada Fahrin . Fahrin mengenggam jari jemari Dayang.

"Sebenarnya Cincin tu abang baru beli. Ingat tak lagi time abang nak hantar sayang datang sini. Abang ada bawa sayang pegi mall kan? Abang kata nak beli something. Ni lah something tu. "

'What? Dia panggil aku apa Tadi? SAYANG!! Aku tak mimpi kan? Ke tahi telinga aku dah banyak ni? Hurmm tak apa malam nanti aku korek.'

Dayang memandang kiri dan kanan tengok jika ada orang yang memerhati. Pelik juga dia sebab tiba-tiba sahaja lelaki itu gelarkan diri dia ABANG. mana tahu itu hanya lakonan semata-mata.

"Aaa...aa... abang...?"

"Haah... ABANG la. Awak tu dh jadi isteri orang jadi awak kena biasakan panggil orang ABANG bukan TENGKU. faham sayang?" Jawabnya lalu memeluk bahu isterinya. Dayang yang diperlakukan begitu hanya mendiamkan diri sahaja. Dia mengangguk kepala tanda faham.

"Tapikan bila masa pulak Tengku.. Ehh Aaaa.... Abang beli cincin ni? "Tanyanya

"Masa sayang pergi tandas. " jawab Fahrin lalu tersengih menampakkan giginya yang putih macam Fazura.

"Ohhhh... "

Dalam mereka bersembang dan membiasakan diri atau lebih tepat memperkenalkan diri agar dapat kenal antara satu sama lain mereka didatangi oleh Farisyah dan Fatimah.

"wahwahwah.... Kat sini rupanya korang dating ekhr.. Orang kat dalam busy layan tetamu. Korang kat sini senang-senang pula dating. " kata Fatimah lalu meletakkan kedua belah tangannya di pinggang seperi Mak Tiri Bawang putih.

"Haah.... Betul tu Betul... " sokong Farisyah lalu duduk di sebelah Dayang.

"Alaaa.. Bagilah kami peluang untuk berdua-duaan kan sayang kan. " kata Fahrin lalu memeluk bahu Dayang lebih erat lagi. Dayang sudah tertunduk malu diperlakukan sebegitu di hadapan Farisyah dan Fatimah.

Farisyah dan Fatimah hanya tersenyum sahaja.

" alaaa.... Macam lah dah takde masa nak berdua..nanti balik rumah tak nak keluar bilik sekalipun takpe." usik Farisyah

"Abang Fahrin pergilah sana tempat orang lelaki.. Orang nak luang masa dengan Dayang lah.. Menyibuk jer.. " Kata Fatimah lalu menarik tangan Fahrin menyuruh Fahrin untuk berdiri dan membiarkan tiga sekawan itu untuk meluangkan masa bersama.

"elehh.... dia tu yang menyibuk kata kita pulak... Podaaaa. " Fahrin berdiri dan tinggal kan isterinya dengan adik kembarnya. Dan berlalu ke arah Tengku Faizal dan Dato Asyraf.

"Jaga Isteri abang Elok-elok oke. Kalau abang tau korang apa-apakan dia. Nahas korang abang kerjakan. " sempat lagi Fahrin memeberi amaran kepada Adik kembarnya itu. Dayang hanya tersenyum sahaja. Tak tahulah senyumannya ini senyuman kebahagiaan atau senyum terpaksa.

"Tak sangkakan Kau dah jadi kakak ipar kitaorang. Hurmmm mesti kitaorang rindu masakan kau Dayang. " kata Fatimah lalu melentokkan kepalanya di bahu kanan Dayang lalu tangannya melingkari pinggang Dayabg. Begitu juga dengan Farisya.

"Haah... Betul tu. Sunyilah kitaorang nanti kat rumah tu duk berdua jer. Sebab lepas ni mesti kau akan tinggal dengan abang Fahrin. " sambung Farisyah pula.

"Alaaa... Macam lah korang dah tak jumpa aku. Nanti kan kita boleh jumpa. Bukannya aku tinggal luar negara pun masih lagi dalam malaysia ni kan... Naik kereta jer dah boleh sampai rumah abang korang. Lagipun aku kan masih lagi duk sebumbung dengan korang dekat perak. Betul tak?" katanya lalu membalas pelukan adik-adik iparnya. Mereka berdua hanya menganggukan kepala sahaja dan pelukan mereka pun semakin erat.

"Dahlah korang takmau lah sedih-sedih.tak comel dah korang macam ni. "pujuknya. Lalu meleraikan pelukkan Dayang

"Dahlah jom kita pergi depan layan tetamu.." sambungnya. Dayang mengatur langkah menuju ke arah Tengku Faridah dan Datin samsia kelihatan mereka bersembang dengan seorang wanita yang berusia seperti seusia dengan Tengku Faridah dan Datin samsia. Kawan Mereka berangkali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience