BAB 5

Romance Series 23009

Hari yang di nanti-nantikan kini sudah tiba. Fahrin membetulkan kain sampinnya yang kelihatan senget sedikit. Setelah selesai membetulkan kain sampinnya dia berdiri tepat dihadapan cermin dan menilik tubuhnya melihat jika ada yang tak betul.

"Wahhhhh Hensemnya abang. " kata Farisyah.

Fahrin yang tidak perasan akan kehadiran adiknya itu menunjukkan muka muncungnya menandakan dia tengah marah dengan sikap adiknya yang seorang ini yang masuk bilik orang tidak pernah memberisalam.

" Eish Isyah ni kan abang selalu tegur klau nak masuk bilik abang ketuk pintu dulu bagi salam lepastu masukk. Ini main masuk jer. Nama jer cikgu tapi perangai tak pernah tak senonoh. bila nak ubah perangai ni? hah? bila?." nasihatnya

Farisyah hanya senggih sahaja mendengar nasihat abangnya itu kerana dia tahu akan kesilapannya. Susah betul dia nak ubah sikapnya yang satu itu.

" Oke. Sorry Isyah tau isyah salah. Sorry ehkk? " pinta Farisyah. Fahrin hanya menganguk sahaja.

Farisyah yang melihat anggukan abang itu pantas dia memeluk lengan sado kiri abangnya lalu dia melentokkan kepalanya dibahu kiri abangnya.

Dah nak jadi suami orang dah abangnya ini tiada sudah tempatnya untuk bermanja.Tiada sudah tempatnya untuk menceritakan masalahnya. Selama ini Fahrinlah yang banyak membantunya, banyak memberi nasihat kepadanya,Sabar dengan karenahnya. Fahrin yang mendengar keluhan adik nya itu pantas meleraikan pautan tangan adiknya dan melihat wajah mulus gadis itu.

"kenapa mengeluh ni? Ada masalah ke? Kalau ada ceritalah kat abang. "Tanya Fahrin dan memegang kedua pipi adiknya . Farisyah memang rapat dengannya berbanding Fatimah. Fatimah pula paling Rapat dengan Abangnya Tengku Fazrin Suhaimi.

Farisya mengelengkan kepalanya.

" Isyah mana ada masalah. Isyah just sedih jer abang Fahrin dah nak kawin. Kalau abang kawin mesti Isyah dah tak boleh bermanja dengn Abang dah." jawab Farisya.

"la... Pasal tu ke. Siapa kata kalau abang dah kawin Isyah tak boleh bermanja dengan abang? Boleh lah. Isyah kan adik abang. Dah lah tak mau sedih-sedih. kasihan dekat abang, Isyah larang abang kawin." pujuk fahrin dengan muka sedihnya yang dibuat-buat sedangkan dalam hati sudah ketawa besar melihat wajah monyok adiknya yang seorang ini manja sungguh.

' macam mna lah laki kau ni nanti Isyah Oii... Mesti penat melayan karenah kau yang manja ni. ' kata Fahrin dalam hati dan mengelngkan kepalanya beberapa kali.

-------------------------------

" mana Isyah dan abang Fahrin kamu Imah? " tanya Tengku Faizal kepada Fatimah apabila dia tidak melihat dua orang anaknya itu. Fatimah yang ralit membetulakan tudungnya di hadapan cermin yang ada di ruang tamu itu berpaling melihat Daddynya.

" Kat atas lagi kut daddy. Nak Imah panggil kan ke?"

"Ohh.. Pe......" beluma habis Tengku Faizal bersuara. Tengku Faridah sudah memotong percakapannya.

"Hah... Pergi panggil cepat. Kita dah lambat ni.." katanya lalu meletakkan dulang yang berada ditangannya di atas meja.

Dayang yang baru keluar dari bilik yang menempatkan dulang-dulang itu terus sahaja meletakkan dulang tersebut di atas meja.

"Dulang semua dah ada ke Dayang?" tanya Tengku Faridah kepada Dayang.

"Sudah Tengku." jawabnya ringkas dan dengan sopan.

"apa pulak Tengku,
Mummy sayang. Berapa kali mummy nak tegur."kata Tengku Faridah. Dia sudah mengatakan hal itu kepadanya tiga hari sebelum ini tetapi Dayang masih tidak biasa memanggilnya mummy walaupun Farisyah dan Fatimah tidak kisah tapi bagi Dayang tetap tidak selesa dengan keadaan itu lebih-lebih lagi didepan Fahrin.

Dayang takut sekiranya Fahrin menganggapnya ingi menangih kasih sayang pulak daripada orang tuanya.

" Maaf Tengku... Ehh.. Mummy saya tak biasa. " jawabku dengan menundukkan kepalaku.

" ala... Lama-lama nanti biasa lah tu. Tapi mulai sekarang Dayang kena panggil daddy dan mummy dengan panggilan daddy dan mummy lagi bukan dengan panggilan TENGKU. "kata Tengku Faizal sengaja menekankan perkataan TENGKU itu agar Dayang tahu yang mereka. Tidak mahu dia memanggil mereka dengan panggilan tengku.

Dayang hanya menganggukkan kepala menandakan dia faham dan akan cuba memanggil mereka dengan panggilan mummy dan daddy dan bukan lagi dengan panggilan Tengku.

"Hah Turun pun... Lamanya kamu bersiap Fahrin?"Tegur Tengku Faridah apabila melihat anak teruna dan anak kembarnya itu menuruni anak tangga. Dayang pula membantu Tengku Faizal dan beberapa saudara mara Fahrin meletakkan dulang-dulang itu di bonet kereta Tengku Faizal.

"Bukan Fahrib mummy ni hah Isyah ni buat drama sedih pula. Tu yang Fahrin kena pujuk satt nanti tak pujuk makin monyok pulak dia. Hahahaha" kata Fahrin lalu ketawa terbahak-bahak diikuti dengan Fatimah. Farisyah hanya menundukkan kepalanya kerana diusik oleh abang kesayangannya.

Tengku Faridah hanya mampu mengelengkan kepalanya sahaja kerana faham benar denga sikap anak gadisnya yang seorang ini Farisyah walaupun dia kakak kepada Fatimah tapi perangainya yang sangat manja berbanding Fatimah yang mempunyai perangai suka menyakat orang sama seperti Fahrin tapi yang peliknya Fatimah tidak begitu rapat dengan Fahrin walaupun mereka mempunya banyak persamaan lain pula dengan Farisyah. Farisyah lebih rapat dengan Fahrin berbanding abang Sulungnya Tengku Fazrin Suhaimi.

***************************

Dayang mengambil dulang yang terakhir dan menghulurkan kepada Tengku Faizal. Tengku Faizal mengambil dulang Tersebut dan meletakkan di ruangan kosong yang ada di bonet keretanya.

"Habis dah ke Dayang.?" Tanya Tengku Faizal.

"Semua dah Dayang bawa keluar Daddy." jawabnya sopan dan sudah pun bertukar panggilan.

Tengku Faizal hanya menganguk sahaja lalu dia menutup bonet keretanya. Semasa mereka ingin masuk semula ke dalam rumah. Kedengaran ada orang memberi salam.

"Assalamualaikum... "

" Waalaikumsalam.." Tengku Faizal agak terkejut dengan kehadiran tetamu itu.

"Boleh Kami masuk? Ada hal yang nak dibincangkan sebelum terlambat. " kata Lelaki itu yang seperti dalam lingkungan umur 50-an itu.

Tengku Faizal mempersilakan Dato Asyraf dan Datin Samsiah masuk dan Tengku Faizal menyuruh Dayang agar memberitahu Tengku Faridah mengenai kehadiran dua mahluk yang dia tidak kenali itu.

" Sila.."

***************************

"Kami minta Maaf Faizal,Faridah. Kami tak sangka Hada sanggup buat macam ni." kata Lelaki tua tadi.

Tengku Faridah hanya mendiam kan diri sahaja kerana dia sudah tau perkara ini pasti akan terjadi. Kerana sepanjang dia menolong anak terunanya menyediakan persiapan perkahwinan mereka tiada langsung kesungguhan yang ditunjukkan oleh gadis itu.

Tengku Faizal juga sama hanya mampu mendiamkan diri sahaja setelah dia mendengar segala penjelasan daripada bakal besan tidak jadinya itu.

"Nak tak nak kita kena batalkan jugak lah majlis ni..." Kata tengku Faizal tenang. tangannya mula memicit kepalanya kerana memikirkan masalah yang baru sahaja datang.

"Tidak. Majlis ni akan tetap berlangsung tak kiralah mummy dan daddy setuju ke tak. Fahrin tetap nak teruskan juga majlis ni. Tapi masa akad nikah Fahrin nak lepas solat Asar."

Tengku Fahrin yang dari tadi hanya menyepikan diri. Kini bersuara dia sudah membuat keputusan. Dia akan teruskan juga majlis ini. Dia tidak sanggup menanggung malu dan dia tidak sanggup orang luar memandang serong kepada mummy dan daddy nya.

Mereka yang mendengar hanya membulatkan mata. terkejut, itu yang dirasai oleh empat orang tua yang berada di hadapan Fahrin.

" Fahrin nak teruskan majlis ni? Tapi pengantin perempuan kan dah lari macam mana nak teruskan majlis ni. Fahrin?"
Tanya daddy kepda Fahrin.

"Serahkan semuanya dekat Fahrin." katanya dan ingin berlalu meninggalkan mereka di ruang tamu.

"ohh ya Aunty Uncle.. Fahrin nak Aunty dan Uncle jadi ibu dan ayah kepada bakal isteri saya nanti buat masa sehari ni jer. Dan jangan risau nanti saya akan ganti rugi semua yang Aunty dan uncle guna untuk membuat persiapan perkahwinan kami. Nanti saya hantar bakal isteri saya kerumah Aunty dan Uncle. Anggap lah tiada apa yang telah berlaku." katanya panjang lebar sebelum berlalu.

Hatinya kini terlalu sakit. ya terlalu sakit kerana cinta dan kesetiaannya di permainkan oleh wanita yang amat dia sayangi.Hancur luluh hatinya dek kerana wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience