BAB 8

Romance Series 23009

Dayang menapak masuk kedalam kamar Fahrin buat pertama kalinya. Gelap dan kelam. Suis lampu dan penyaman udara yang terletak di sebelah pintu dihidupkan. Kini seluruh bilik itu terang-menderang dengan pantuan cahaya lampu.

Dayang separuh terpegun melihat dekorasi bilik Fahrin. Perhiasannya tentulah bertemakan raja sehari. Katil bersaiz king tampak teguh bertiang dan anggun dengan seni ukiran pada kepala dan sisi katil. Ada tirai yang tergantung diatasnya. Di tengah siling terdapat sebuah lampu candelier kecil dan reka bentuknya indah di mata.

Jemarinya menyentuh cadar pengantin yang berwarna kuning keemasan selembut sutera. Aku duduk dibirai katil. Merenung sekeliling bilik yang luasnya seperti apartment rumahnya bersama Farisyah dan Fatimah. Cuma set meja makan tak kelihatan. Set sofa dan televisyen berada disudut kanan, bahagian kiri pula terdapat meja kerja Fahrin dan dua buah pintu ke ruangan lain. Dia mengagak mungkin pintu ke bilik air dan bilik pakaian memandangkan tiada almari baju pun di dalam bilik ini.

Dayang duduk dihadapan cermin. Terperanjat dia bila secara tiba-tiba pinggangnya dirangkul oleh seseorang perasaan terkejut hilang apabila dia sudah pasti gerangan yang mendakap belakang tubuhnya itu adalah suaminya. Kencang debaran yang memalu dinding dada. Desah nafas Fahrin kedengaran jelas di telinga miliknya.

Dayang yang tidak selesa dengan keadaan itu berpaling dan memandangnya tajam.

"Hmmm.... kenapa tak tanggal tudung lagi?" Soal Fahrin. Dia ingin menatap penuh wajah itu tanpa tudung. Ingin menghirup bau harum dari rambut isterinya. Kemahuannya yang telah dia pendamkan setelah sahaja Dayang Sah menjadi isterinya seminggu yang lalu dan ini lah masanya untuk dia tunaikan hasratnya..

"Biar abang tolong Sha." Fahrin menarik tangan Dayang menuju ke katil. Dia mula menanggal kan satu persatu pin yang ada di bahu kanan dan kiri isterinya. Kemudian tangan Fahrin membantu menghuraikan shawl yang meliputi kepala isterinya.

Kali pertama dia menatap rambut isterinya. Dia berasa puas hati, Rambut ikal itu panjang dan beralun indah. Fahrin mencium bau rambut isterinya dari ubun-ubun. Harum hingga mengacau perasaan lelakinya. Kemudian bibirnya jatuh ke dahi Dayang. Fahrin menarik nafas yang tersekat-sekat.

Rentak nafas itu menyedarkan Dayang bahawa sikit masa lagi Fahrin akan tenggelam dalam godaan naluri.
"Hurm... Abang saya nak mandi. Kita tak solat lagi ni."

"Hushh, love... Abang takkan ambil masa yang lama."

Bila disuruh diam, Dayang senyap terus. Bibir bawah digigit lembut. Mengawal perasaan sendiri yang turut terjejas. Pipinya terasa berkali-kali dinodai oleh bibir Fahrin. Dayang memejamkan matanya. Berperang dengan perthanan diri.

"daddy dan mummy dah masuk tidur?" Dayang cuba mewujudkan persoalan lain. Luar dari tumpuan fikiran suaminya.

Fahrin berjeda seketika sambil berfikir. Pelipisnya berkerut dengan soalan yang dilontarkan oleh isterinya.

"Dah," jawabnya ringkas. Tangan Fahrin sibuk mengaut semua rambut isterinya ke sebelah bahu kiri milik Dayang. Melihat sebelah bahu kanan Dayang lapang. Jemari Fahrin membelai telinga Dayang lalu melurut ke leher.

Dayang ketap bibir. Jemari kasar Fahrin buat dia tergigil sedikit.

"Farisyah dan Fatimah dah balik apartment diaorang ke? " soalan lain pula yang cuba ditanyanya.

Tangan Fahrin ter berhenti mengusik.

"Dayang Batrisha, abang ada depan awak sekarang ni kan. Boleh tak focus dengan abang sorang jer." Fahrin geram. Pertanyaan Isterinya amatlah tidak sesuai dengan waktu fikirannya hanya tertumpu kepada Dayang.

"kalau saya focus, mesti awak lupa nak solat isyak. " ucap Dayang lembut.

"Hari tu waktu kursus, Ustaz ada cakap tunaikan solat dulu bila waktu dah masuk. Lepastu, barulah suami isteri melayan perasaan. Saya tahu awak tak solat lagi kan?" Tegurnya dalam intonasi yang sama.

"Fine.kita mandi dan solat dulu. "Fahrin mengalah juga. Dia melepaskan pinggang Isterinya.

Dayang merasa lega. Dia melangkah menjauhi suaminya. Berniat hendak ambil tuala untuk Fahrin sekali gus mencari beg pakaiannya yang mungkin berada dalam salah satu bilik kecil yang belum sempat dia terjah.

" Nak ke mana pulak tu?"

Pertanyaan Fahrin menghentikan langkah kaki Dayang. Dia menoleh, memandang muka suaminya." Nak ambil tuala untuk awak lah."

" Sebelum tu tolong tanggalkan baju abang dulu. "

'Ekr? Kenapa nak kena tolong? selama ni dia tak pandai pakai dan tanggalkan baju ke? Takkan lah kot.Sengajalah tu nak bermanja. Mengada-ada tau suami aku ni.' katanya dalam hati.

"kenapa buat muka blur? Tak dengar abang suruh Sha buat apa? Tak pun Sha nak abang tolong Sha tanggalkan gaun..." laju kepalanya menggeleng.

"Tak apa, saya masih ada tangan. Saya boleh buat sendiri. Biar saya tolong suami saya ni yang dah tak reti nak buka baju sendiri." Sindirnya.

Fahrin tergelak besar. Kata-kata sindiran isterinya menjentik rasa geli dihatinya. Dia buat tak peduli.

"Habis, buat apa tercegat lagi tu? Nak abang dukung masuk bilik air ke? Ugutnya lancang

Demi mendengar ugutan Fahrin, Dayang menapak laju mendekati suaminya. Lambat-lambat tangannya membuka butang cuff-link dan butang tengan baju kemeja suaminya. Dada Fahrin yang luas dan tersegi-segi menyapa mata. Dia sangat segan., tapi tetap berlagak tenang. Padahal jantung berdegup tak ikut tempoh lagi.

" oke dah selesai. " Dayang meletak kemeja suaminya di lengan. " Abang tunggu kejap saya ambilkan tuala.

Dayabg hendak ke bilik persalinan namun dia toleh semula kepada Fahrin. "Abang, mana satu pintu ke bilik air dan pakaian.? " soalnya dengan terlunjuk bergerak ke kanan dan kiri.

Fahrin Jongket Kening,sengih muncul dibibir. Mula dapat idea miang. "Tekalah dulu. Abang bagi pilihan sayang masuk pintu mana-mana pun. Antara dua pintu ni. Takdirnya berbeza-beza. Kalau Sha tersilap masuk bilik air, abang tahan sayang dalam tu. Kita mandi sama-sama. "

Terlopong sekejap. Dia lantas kancing gigi, sakit hati bila dipermainkan oleh suami sendiri. Fahrin sengaja mengambil kesempatan.

"ABANG!! "panggil Dayang dengan nada geram. Dia mengepal tangannya seperti mahu menumbuk. Fahrin ketawa melihat telatah isterinya.muka itu bercampur risau dan bengang.

"Cepat teka masa depan kita tergantung dengan pilihan sayang." candanya lagi.

"biar saya tanya mummy. "
"No. You can't. Mummy dan daddy dah masuk tidur tak baik ganggu. "

"Kalau macam tu, saya nak tanya Mak mah."putusnya merujuk kepada pembatu dirumah itu.

"No way. "
"kenapa? " Tanya Dayang mahu saja dia menghentak-hentakakan kakinya sekarang tanda protes. Fahrin sengaja mahu membulinya.

"Talian hayat tak dibenarkan. "
Dayang pejam mata menahan marah.

"This is unfair, Abang sengaja ambil kesempatan. Okey macam ni. Sha ada cadangan lagi best. Kita buat game ini jadi lebih adil." Dayang mula senyum.

Fahrin jadi tak sabar bila melihat isterinya kelihatan tenang semula. Motifnya mahu menonton tingkah tidak keruan dan malu-malu Dayang. "Then tell me. "

"Abang kata antara dua pintu takdirnya berbeza-beza. So, untuk lebih adil. Kalau saya silap masuk bilik air , saya akan pasrah dengan permintaan abang. You can have me under shower. Tapi klau saya berjaya masuk bilik pakaian, abang kena lupakan first night kita. Now, you choose. Nak teruskan permainan atau buat gencatan game. "
Soalnya pula. Memberi pilihan kepada sang suami.

Fahrin tergadah. Semestinya dia tak mungkin melupakan niatnya untuk bersama Dayang. Selama Seminggu dipisahkan kerana majlis sanding belum diadakan menyebabkan mereka tidur asing. Masakan dia mahu menangguh demi pertaruhan kecil ini.

Dayang tersenyum dalam hati. Dia tahu Fahrin dalam dilema. Baginya, dia hanya berserah atas takdir. Pasrah atas segala keputusan. Bukan niat untuk menghindari peranan seorang isteri. Tapi sengaja ingin mengajar Fahrin. Biar Fahrin rasakan perasaan bila dalam kekalut dan cemas seperti tadi.

"So? "keningnya turun naik.

"left."

"What? "

"Sha boleh masuk pintu kiri, ambil tuala abang, " Jawab Fahrin dengan jelas. Dia mengalah akhirnya. Senyuman sang isteri buat dia jadi geram Terasa kalah sungguh dalam pertaruhan kali ini. 'Kau dah Jatuh Cinta Fahrin dengan Isteri kau '

"Thank you. " Dia bergerak ke pintu sebelah kiri. Elok saja pintu dibuka, Dayang terperanjat. Bilik air. Belum sempat dia mengundurkan kaki, Fahrin sudah memeluk pinggangnya.

"It was my game, wifey, Sayang tak boleh suka hati ubah terma dan syarat. Now, I can have you anytime and at any place I choose. You can't gi. Love? "

"Abang tak adil. " tangan Fahrin menjadi mangsa pukulannya. Geramnyer.... Ya Allah.

"Tak adil? Bila masa? Sha tanya mana tuala abang so, abang jawablah kiri. Tuala abang memang ada dalam bilik air, abang sidai dekat dalam tu. "Pangkah Fahrin. Bangga dengan kejayaan misinya.

Dayang berhenti membentak. Nyata Fahrin seorang yang penuh dengan visi dan pantang dicabar. Fahrin tak mudah mengalah atau dikalahkan. Konklusinya dialah pihak yang perlu mengalah dan menyerah.

Update tengah malam. ????
Gdnight guys. ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience