BAB 13

Romance Series 23009

Tepat pukul lima pagi Dayang tersedar dari lena. Dia bangun dan menyandarkan tubuhnya di kepala katil dan merenggangkan tulang.. Dia melihat Fahrin yang tengah lena disebalahnya. Dia mengelus wajah tampan milik suaminya. Dia tersenyum sendiri bila teringat akan kata-kata suaminya semalam.

'Good night sayang.Anak baba bila nak ada dalam ni?' Serta merta dia mengusap perutnya yang kosong. Timbul rasa kasihan dalam hati. Nampak sangat di wajah Fahrin yang dia mahukan zuriat. Tapi nak buat macam mana belum ada rezeki lagi dari Allah untuk mengkurniakan mereka zuriat lagi pula usia perkahwinan mereka masih baru lagi.

"Abang.." panggilnya dan mengusap pipi Fahrin.

"Hmmm... Jangan ganggu abang lah sayang. Abang penat ni memandu semalam semata-mata nak lepas rindu tau."Jawabnya masih dalam keadaan mamai.

Dayang tersenyum lagi. Kasihan Fahrin sanggup memandu malam-malam dari Kuala Lumpur pergi perak semata-mata nak lepaskan rindu kepadanya.

"Abang, bangunlah dulu kita solat subuh. Nanti dah solat abang nak sambung tidur balik pun takpe."pujuknya.

Fahrin membuka matanya dan mengeserkan tubuhnya mendekat ke arah isterinya. Fahrin memeluk pinggang Dayang dan meletakkan kepalanya di pahanya dalam keadaan meniarap. Dayang tidak membantah malah mengusap rambut Fahrin dengan penuh kasih sayang.

"Abang....bangun lah. Sha tahu abang penat tapi solat tak boleh tinggal tau. Bangunlah kita solat jemaah." katanya setelah lama Fahrin berkeadaan begitu.

"Yela... Yela... Nak bermanjapun tak boleh." Dengan wajah masam Fahrin bangun dan terus menuju masuk ke bilik air.

Dayang sekadar menggelengkan kepala sahaja. Dia juga turut bangkit dari katil dan keluar dari bilik dan menuju ke arah di mana terletak bilik Farisyah dan Fatimah berada.

"Isyah... Imah... Bangun solat subuh." panggilnya dari luar pintu dan menggetuk pintu bilik mereka dengan kuat. Setelah beberapa saat masih tiada perubahan dia mencuba lagi mengejutkan mereka.

"Isyah.... Imah.. Bangunlah solat subuh.. Nanti terlepas pulak."Panggilnya untuk yang kedua kalinya tapi dengan suara yang kuat.

Apelah nasib dikelilingi oleh orang yang susah sangat nak kejut bangun tidur.

"Yeyeye... Bangun dah ni." Jawab Fatimah dalam keadaan mamai.

"Bangun tau jangan tidur balik. Nanti dah siap keluar kita solat jemaah."

"Yeye.. "

Dayang masuk semula kedalam bilik untuk melihat jika Fahrin sudah siap membersihkan diri. Baru sahaja dia ingin menutup pintu bilik semula terdengar jeritan Fahrin dari dalam bilik Air.

"Sayang.... Tolong ambilkan abang Towel." Dayang menghampiri penyidai dan mengambil tualanya untuk diberikan kepada Fahrin.

Tok! Tok! Tok!

"Abang buka lah pintu ni.. Sha nak bagi towel ni. "

Pintu Fahrin buka. Dayang menghulurkan tuala putih itu kepadanya. Fahrin mengambil tuala itu dan menariknya sekali untuk masuk kedalam bilik air.

"ABANG... "

Selesai sahaja menunaikan solat. Fahrin terus masuk bilik begitu juga dengan Farisyah dan Fatimah. Dayang meletakkan semua sejadah di dalam Rak yang ada di dalam bilik solat itu. Setelah memastikan semua tersusun dia melihat kearah jam dinding yang ada tergantung di dinding. Jam sudah menunjukkan pukul 5.56pagi.

Dia keluar dari bilik itu dan menuju ke biliknya dan Fahrin yang berada di hujung. Dia masuk kedalam biliknya dan melihat Fahrin sudahpun menyambung tidurnya.

Dayang menghampirinya dan membaringkan sedikit tubuhnya menghadap wajah sang suami,tangan kanan pula di letakkan di sebelah pipi kanannya.

"kasihan abang. Penat memandu semata-mata nak lepaskan rindu kat sayang jer." katanya perlahan dan mengusap rambutnya. Tiba-tiba Fahrin membuka matanya dan memeluk pinggangnya secara tiba-tiba.

"Kalau sayang kasihan kat abang. Apa kata sayang dengar jer cakap abang. BERHENTI kerja. Tak payah abang susah-susah datang sini semata-mata nak jumpa sayang. " sengaja dia menekan perkataan BERHENTI itu agar isterinya tahu yang dia berharap sangat isterinya berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

"Bukan Sha taknak dengar cakap abang tapi... Abang tahukan Sha suka kerja sha ni. Lagipun ini cita-cita Sha dari kecil lagi. Rasa macam sedih pulak nak berhenti. " katanya perlahan. Dia memandang wajah suaminya yang kelihatan muram. Dia mengambil tangan kiri suaminya dan meletakkan kepalanya di tangan sasa suaminya. Fahrin membetulkan pelukannya.

Dayang mengambil tangan kanan suaminya dan memainkan cincin perkahwinan mereka yang tersarung dijari lelaki itu.

"Please.... Abang bagi Sha kerja lima bulan lagi..please... Nanti dah habis lima bulan tu Sha janji Sha akan dengar Cakap abang yang suruh Sha berhenti dan jadi suri hati abang." cadangnya dengan senyuman manis dibibir.

"Oke... Abang setuju tapi kalau dalam lima bulan tu sayang di dapati pregnant. Sayang kena berhenti juga. Abang tak nak dengar alasan dah. Kalau sayang berdegil jugak. Abang sendiri yang pergi jumpa pengetua hantar surat berhenti sayang. Faham?" katanya panjang lebar.

"Okey. Sha setujuh"

Dayang mahu bangun dari pembaringan tetapi Fahrin pantas menghalangnya lalu menyebabkan baring semula.

"Abang Sha nak pegi buat breakfast ni."

"nanti-nanti lah buat breakfast tu. Teman abang dulu."

"Abang Jangan lah macam ni. Nanti Sha lambat nak pergi kerja lah." Dayang cuba untuk meleraikan pelukannya tapi apakan daya tangan Fahrin lebih bertenaga berbanding tenaga yang dimilikinya.

"Please... Abang."Sambungnya dengan membuat memek muka manja.

" Suka sangat buat muka macam tu. Terkam kang baru tau. " Kata Fahrin dengan senyuman misterinya. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah isterinya.

Dayang sudah mula cuak. Dia terus bangun dari keadaan tersebut dan berlari keluar bilik memandangkan pelukan Fahrin sudah dilepaskan.

"SAYANG!! "

"Sorry abang..." kata Dayang sebelum menutup semula pintu biliknya. Dan terus menuju ke arah dapur untuk membuat sarapan sebelum berangkat pergi ke sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience