BAB 14

Romance Series 23007

"Morning.."Ucap Fatimah dengan ceria.

"Assalamualaikum... Ye morning, cubalah ubah sikap tu. Bagi salam dulu. Kita ni orang islamkan." Sindir Dayang. serta merta senyuman Fatimah Mengundur.

"Sorry.."

"Mana Farisyah?"

"Ada kat atas tengah siap. Abang Fahrin mana?" soal Fatimah kepada Dayang pula. Dia menyambut mee goreng yang berada di ditangan Dayang lalu diletakkan diatas meja makan.

"Ade tu hah kat atas. Masih tidur lagi kot. Kau boleh tolong aku tak?"

"Tolong ape?"

"Tolong kemaskan dapur jap boleh tak? Aku nak naik atas jap tegok Fahrin dah bangun ke belum."

"Oh.. Boleh-boleh."Jawab Fatimah lalu menyambung kerja Dayang yang tertunda. Dayang mengatur langkah menuju kebilik untuk mengejutkan Fahrin.

Pintu biliknya dia tutup rapat. Dia melihat kearah ke katil. Kosong. Tiba-tiba pancuran air dari bilik air terdengar menandakan Fahrin tengah mandi. Dayang mendekati katil dan menggemas tempat tidurnya dan Fahrin.

Setelah selesai kemaskan katil. Dayang menuju ke arah almari dimana baju-baju Fahrin diletak. Sengaja dia menyuruh Fahrin membawa baju lebih setiap kali datang ke perak dan meninggalkan baju tersebut disini. Agar memudahkan Fahrin sekiranya dia ingin datang kembali ke sini. Dayang mengambil baju kemeja  putih Fahrin dipadankan dengan jeans hitam. Baju tersebut diletakkan dibirai katil.

Sementara menunggu Fahrin habis mandi. Dayang menuju ke meja solek. Dayang menempekkan sedikit krim dan bedak di wajahnya. Setelah itu meletakkan baby lips dibibir munggilnya. Dayang melihat wajahnya di depan cermin. Cantik sungguh dia dengan wajahnya disolek sederhana setelah berpuas hati dengan wajahnya Dayang berpaling kebelakang dan mengambil Shawlnya yang berada di birai katil.

Pada masa yang sama Fahrin keluar dari bilik air.

"Sayang..."

"Hemmm" Jawabnya dan meletakkan shawl berwarna hitam di atas kepalanya.

"1...4...3 Sayang."

"Hah? " Terhenti terus lilitan shawlnya bila mendengar nombor yang disebutkan suaminya. Dayang larit berfikir apa makna nombor itu. Dalam dia berfikir Fahrin menghampiri isterinya dan memeluk tubuh isterinya dari belakang dan meletakkan dagunya di bahu kanan Dayang.

"I LOVE YOU SAYANG."ucapnya dengan Romantik. Dayang sudah tersipu malu.

"Tapikan apa makna 143 tu? "Tanya Dayang dan meletakkan pin yang terakhir tadi di bahu kirinya yang tergendala tadi. Fahrin tersenyum dan memusingkan tubuh isterinya.

"143 tu I LOVE YOU."Jawab Fahrin lalu mencium ubun-ubun isterinya dengan penuh kasih sayang.

Dayang sudah tersenyum sampai ketelinga. Suka sungguh dia dengan apa yang selalu suaminya lakukan padanya setiap pagi. Setiap pagi Fahrin akan mencium ubun-ubunnya dan membisikkan kata-kata keramat itu tapi pagi ini berlainan sedikit kerana Fahrin mengubahnya dengan nombor bukan dengan huruf.

"1432 Abang." Kata Dayang dengan tangannya melekat di pinggang suaminya.

"1432? You means I LOVE YOU TO?" tanya Fahrin mahukan kepastian. Dayang mengangguk. Fahrin mencubit hidung mancung Dayang sampai merah dibuatnya.

"Pandai dah ye. Hahaha"

"Mestilah isteri abangkan. Kalau tak pandai macam mana nak ajar murid-murid kat sekolah tu abang oii."

"Dah lah pergi siap lepastu kita turun breakfast. Isyah dan Imah dah tunggu tu."

Fahrin menyarungkan baju kemeja putihnya dan membutang setiap butang bajunya. Dayang yang sejak tadi memerhati tingkah laku suaminya menghulurkan bantuan untuk membutang kemeja Fahrin. Fahrin melepaskan tangannya dan membiarkan Isterinya yang menyambung kerjanya. Fahrin menggulung lengan kemejanya dengan kemas dan sama rata.

Setelah selesai butang baju Fahrin,Dayang menepuk-nepuk kedua-dua bahu Fahrin seolah-olah menghapus habuk di kemeja suaminnya.

"Thanks sayang."Ucap Fahrin lalu mencapai tangan Dayang untuk berpimpin dengannya menuju keruang makan. Dayang hanya tersenyum.

"Assalamualaikum... Adik-adik abang yang tak cantik dan tak comel." kata Fahrin lalu mengambil tempat berhadapan dengan Farisyah manakala Dayang mengambil tempat duduk bersebelahan Fahrin dan berdepan dengan Fatimah.

"Waalaikumsalam... Eleh macam lah dia tu handsome sangat." Kata Fatimah dengan muka buruknya.

"Hello... Abang handsome oke. Kalau tak handsome Dayang tak suka kat abang. Kan sayang kan. Cakap ya." Tanya Fahrin dan menyuruh isterinya berkata 'ya'. Dayang menunjukkan muka blur begitu juga dengan Farisyah dan Fatimah.

pinggan Fahrin diambil dan menyedokkan mee goreng ke pinggan suaminya dan telur goreng juga diletakkan sekali. Dayang meletakkan pinggan yang sudah terisi dengan makanan di hadapan Fahrin. Fahrin menolaknya dengan pelan. Dayang terkejut dengan sikap suaminya yang tiba-tiba sahaja berubah. 'Takkan merajuk kot. Sebab aku tak cakap ya je? Pelik suami aku ni. ' katanya dalam hati.

"Tak nak makan. Sayang saje je kan nak malukan abang depan dorang yang tak comel ni."

"La.. Merajuk ke? Mana ada. Sayang nak bagi Jawapan lah ni. Tadi tu nak cedokkan abang makanan dulu baru jawab. Then Jawapan Sha adalah YA. Kalau abang tak handsome takkan lah Sha nak kat abang?" pujuk Dayang.

"UWEKKKKK.." serentak Farisyah dan Fatimah membuat muka nak muntah.

"Abaikan dia orang tu sayang dia orang tu jeles sebab kita sweet dia orang tak ada tempat nak sweet. " kata Fahrin menyindir lalu menyumbat mee gorengnya dalam mulut.

"Ish ab.... "Baru sahaja Farisyah ingin mengeluarkan kata-kata Dayang sudah memotong kata-katanya.

"Dah.. Dah... Makan cepat nanti lambat nak pergi kerja."

"Okey. Imah dah siap. Imah gerak dulu oke. Bye abang, bye kakak-kakak sekalian." kata Fatimah lalu merdiri menyalam kesemua yang berada di meja makan itu.

"Hati-hati Imah. " kata Fahrin separuh menjerit.

"Oke. " kata Fatimah lalu menunjukkan simbol bulat dimana menyentuhkan ibu jarinya dan jari telunjuknya.

"Okey dah sampai." kata Fahrin lalu mematikan ejen keretanya.

"Oke. Sha pergi dulu oke. " pintu kereta dibuka. Sebelum pintu itu dibuka Fahrin sempat! menahan tangan Dayang daripada membukanya.

"Sayang ada lupa something."

"Hah?" Dayang membelek kesemua beg bukunya dan handbagnya. Kesemua barang keperluannya untuk mengajar ada. Dia memandang Fahrin dengan kedua-dua keningnya ternaik.

"Lupa apa?" Tanyanya.

Fahrin menghulurkan tangan kanannya kepada Isterinya. Dayang tersenyum malu kerana melupakan perkara yang sering dibuat kepada Fahrin.

"Sorry abang... Sha lupa."Kata Dayang dengan manja.

"Sayang ni pon. Kalau nak cepat sekali pun janganlah sampai lupa nak salam abang." sindir Fahrin. Dia mendekatkan bibirnya didahi isterinya.

"Sorry...."

"Ye abang Maafkan."

"Thanks abang. Oke lah Sha nak masuk dah ni. Bye, Take care."

"Welcome. Oke bye Sayang. You to take care. Nanti abang datang ambil sayang."

Dayang mengangguk lalu membuka pintu Kereta milik Fahrin. Dayang mengatur langkah menuju ke bilik guru untuk meletakkan kesemua barangnya sebelum masuk ke kelas untuk memulakan sesi pembelajaran pada hari ini.

Setelah memastikan Dayang masuk kebilik guru dengan selamat. Fahrin menghidupkan ejen keretanya lalu meninggalkan kawasan SMK Elit Taman Setiawangsa.

Dayang meletakkan beg yang berisi laptop dan beberapa buah bukunya di bawah mejanya. Dayang mengambil buku Teks Bahasa Melayu tingkatan 4 dan buku teks Kesusasteraan melayu tingkatan 5 turut diambilnya.

"Aiik cikgu lambat hari ni? Farisyah awal pulak. Bukan ke korang serumah.?" soal Cikgu Zaina lebih dikenali dengan panggilan Kak Zai itu menyoal dengan memegang perutnya yang sudah berusia enam bulan.

"Haah, lambat sikit hari ni. Yela kitorang serumah tapi hari ni suami saya yang hantar. Farisyah memandu sendiri." Jawabnya jujur.

"Ohhh patutlah wajah Berseri-seri dah lepaskan rindu rupanya kat suami." usik cikgu Nafisa pula. Cikgu sains itu memang suka mengusik guru-guru disini lebih senang peramah.

Kesemua guru-guru yang ada dibilik guru sudah tergelak dengan usikan Cikgu Nafisa yang mengenakan dirinya.

"Mana ada."Tipu dayang.

"Yeke.."kata mereka serentak.

"Betui lah. Takkan ceqq nak tipu hangpa semua pulak. Dah lah ceqq nak pegi masuk kelas. Sat agi layan cerita hangpa semua ni tak mengajar ceqq tau dak. " kata Dayang dengan loghat pulau pinangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience