BAB 15

Romance Series 23009

Pagi itu Dayang mengenakan baju kurung moden berwarna biru dan dihiasi dengan bunga-bunga besar berwarna biru terang. Handbeg Bonianya diletakkan di atas meja kerja miliknya yang hanya bersebelahan sahaja dengan Farisyah.

Memandangkan minggu ini adalah minggu ujian Akhir tahun jadi dia mempunyai banyak masa yang terluang. Dayang mengambil telefonnya yang sedari tadi tergetar-getar menandakan ada mesej masuk. Dayang menghidupkan telefonnya dan terpaparlah gambarnya dengan Fahrin semasa pembatalan air sembahyang di langsungkan pada hari itu.
Applikasi WhatsApp ditekan dan mula membuka chat yang telah dihantar oleh Fahrin.

ABANG ??

-ASSALAMUALAIKUM.. Syg. Abg nak cakap ni maybe abang tak boleh nak ambil syg Next week.

SAYANG ??

Lah..... Kenapa plk?

ABANG ??

-abg ade kerja sikit dekat Indonesia yang nak diselesaikan. Maybe abg pergi lama sikit kut.

SAYANG??

Berapa lama abg pergi sana???

bila abg cadang nak gerak?

ABANG ??

-Dalam 3minggu macam tu. Tpi abg janji klau kerja abg cpt siap abg blk cpt k. Malam ni abg dah nak gerak dgn Taufiq.

SAYANG ??

Hah? Cptnya. Sampai hati tk jumpa Sha dulu. Oke Tc abg. Jgn gatal plk kat sana nnti.

Sha tau abg gatal dgn pompuan lain siap abg Sha kerja kn.

ABANG ??

-Alololo.. Tk sempat lah syg. Sorry k tk mau majuk.

-Hahaha... Takkan lah abg nak curang dgn syg. Awek Indonesia tu bkn test abg lh syg. Don't worry.

-You still no1 in my heart ????

Dayang sudah tersenyum dengan mesej terakhir Fahrin. Sedang larit dia menaip sesuatu. Farisyah sudah sergah dia dari belakang.

"YAHHH" sergahnya.

"Kau nak ape Isyah? Tkde kelas ke?" Soalnya bertubi-tubi. Begang dengan tindakan Farisyah.

"Baru jer habis. Aku jaga kelas Nafisa tadi. Kau takde kelas ke? "

"Habis dah. Sebelum waktu rehat tadi jadual aku full. Now free dah tu yang chat dengan pengarang Jantung saya. Hahaha." katanya.

Farisyah sudah menunjukkan muka menyampahnya. Dayang hanya ketawa dengan reaksi Farisyah.

"Menyampah pulak aku. Ehh kau ada dengar tak pasal Cikgu baru yang baru start tu?" Tanyanya. Dayang menggelengkan kepala menandakan dia tidak mengetahui Apa-apa cerita mengenai guru baru itu apatah lagi bersemuka dengan guru itu.

"Ah sal? "

"Takda lah. Katanya handsome. Mana tahu jodoh aku dah sampai ke. Lagi satu aku ada dengar dia dah start mengajar sesi pagi esok. Tak sabarnya aku Dayang oii." dengan muka gediknya Farisyah berdiri dan kembali ke meja kerjanya yang hanya bersebelahan dengan meja Dayang.

Dayang hanya memerhati sahaja tingkah lakunya dan menggelengkan kepala.

"ade.. Ade jer lah kau ni Isyah." katanya perlahan sambil tersenyum. Dayang menyambung menaip mesej yang tertunggak sebentar tadi dek kerana Farisyah.

To: ABANG ??

-Sorry abang late.

-Farisyah ni hah ajak borak kejap tadi. Abang Sha rasakan Isyah tgh angau lh. HAHAHA.

To: SAYANG ??

Its oke syg. Abg pun nk letak dah ni. Nak msk meeting kjp lgi. Bye syg.

IloveU syg ????

To: ABANG ??

-BYE. abang. Tc

-ILoveUto????

~~~~~~~~~~~~

Farisyah meletakkan kereta protonnya tepat dihadapan bilik guru. Dayang turun dari kereta Farisyah lalu membawa kesemua beg-begnya.

Malang tidak berbau. Tiba-tiba sahaja ada sesusuk tubuh yang melanggar tubuhnya yang kecil molek ini dari belakang. Habis kesemua buku-buku pelajarnya terkeluar dari beg sandang hitam miliknya yang terjatuh akibat dilanggar oleh hambah Allah yang tersangatlah mulia.

"Ehh... Cik. Cik sorry sangat-sangat saya tak sengaja tadi. Saya nak cepat saya dah lambat." Kata lelaki itu. Lelaki itu memberikan kembali buku nota tersebut kepada Dayang. Dayang mengambilnya tanpa melihat gerangan tersebut. Dia mula mengatur langkah ingin menuju ke bilik guru. Belum sempat dia melangkah setapak dari tempatnya berdiri. Lelaki itu bersuara.

"DAYANG BATRISHA?" Dayang terhenti daripada terus berjalan. Dia memusingkan badannya melihat kearah lelaki yang berdiri tidak jauh dari tempatnya berdiri.

Dayang menoleh kearahnya alangkah terkejutnya dia apabila melihat wajah insan itu.

"Akmal?"

Akmal mengangguk dan sudah mula tersenyum kura-kura begitu juga dengan Dayang. Sekian lama terpisah akhirnya bertemu kembali dengan lelaki itu.

"Ya Allah.. Akmal. Lamanya tak jumpa. Kau pegi mana hah? Tau tak aku macam nak gila cari kau time tu. Sampai hati kau kan. Tinggalkan aku macam tu jer. Kaupun taukan aku hanya ada kau dan kak Aina jer. Tapi korang semua tinggalkan aku sorang-sorang. Korang tak fikir pun pasal aku kan. Korang tk fikir pun macam mana aku nak hidup tanpa korang dengan umur yanh tak matang lagi." dia luahkan semua yang terbuku didalam hati yang selama ini dipendam.

Akmal sepupu kepada Dayang. Akmal senasib seperti Dayang dan Aina. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya. Pada waktu itu Ibu bapa Dayang dan Akmal baru pulang dari merisik seorang perempuan yang mauhu dijadikan isteri kepada abang long Akmal.

Tetapi malang tidak berbau. Sudah ajal mereka meninggal pada kemalangan pada malam itu. Akmal hanya tinggal sepatang kara. Begitu juga dengan Dayang dan Aina kakaknya. Aina pada masa itu berumur 20 tahun dan Dayang dan Akmal berumur 17 tahun.

Aina sebagai seorang kakak yang sulung. Dia mengambil Akmal untuk tinggal bersamanya memandang kan Akmal adalah sepupu paling terdekat. Aina berkerja keras untuk menampung pembiayaan Akmal dan Dayang. Sehingga pada suatu hari Akmal diambil oleh Ibu kepada arwah ayahnya untuk tinggal bersama neneknya tanpa pengetahuan Farisyah. Setelah sebulan ketiadaan Akmal. Aina pula menghilangkan diri ntah kemana.

Setelah kejadiaan itu melimpahi diri Dayang. Dayang tekad untuk berhenti sekolah dan mencari kerja untuk menyarah diri sendiri. Tetapi hasratnya ditentang oleh pengetua sekolah. Kerana Dayang merupakan pelajar cemerlang pada waktu itu dan pada waktu itu jugalh keluarga Farisyah dan Fatimah datang menghulurkan bantuan kepadanya dari segi kewangan.

Dari situ keakraban Tengku Farisyah dan Tengku Fatimah terjalin.

"Risyah. Aku mintak maaf. Bukan niat aku nak tinggalkan kau dan kak Aina waktu tu. Tapi aku taknak bebankan lagi Kak Aina sebab nak tanggung aku sekali. Sekurang-kurangnya kalau aku tinggal dengan nenek aku, aku boleh ringankan serba sedikit beban korang. " terangnya panjang lebar. Dayang terus mengatur langkah setelah melihat akan kelibat Farisyah semakin hampir kepada mereka. Dayang sempat berbicara sesuatu sebelum ia berlalu.

"Tolong Rahsiakan hal ni. Lebih-lebih lagi dengan Tengku Farisyah. Aku naik dulu. " kata Dayang dan terus berlalu.

"Hey... Awak ni cikgu baru tu ekhr? " tanya Farisyah dengan ramah. Akmal mengangguk dan tersenyum manis kepada gadis dihadapannya ini. ' Ya Allah cantiknya Ciptaanmu. ' kata hatinya.

"Saya Tengku Farisyah. Panggil Farisyah jer. Cikgu BI kat sekolah ni. Ahahah" Tangan dihulur ingin menyalam.
Akmal menyambut huluran itu.

"Akmal khusyairi. Panggil akmal jer. Cikgu kimia InsyaAllah."

"Nice to know you Akmal. Okelah saya naik dulu lepasni saya ada kelas. Tak nak naik sekali ke? "

Akmal mengangguk lalu membuntuti langkah Farisyah untuk naik ke bilik guru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience