BAB 6

Romance Series 23009

Fahrin mundar-mandir di dalam biliknya.Dia pening memikirkan semua masalah yang dia hadapi. Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk dari luar.

"Assalamualaikum..." lelaki yang baru sahaja memberi salam tadi terus masuk ke dalam bilik Fahrin setelah mendapat kebenaran dari sepupunya berangkap sahabat baiknya.

"waalaikumsalam..." jawab Fahrin dengan lemah.

"baru sampai fiq? Ainur mana?" Tanya Fahrin kepada Taufiq.

"ya aku baru jer sampai. Ainur ada kat bawah dengan Aunty Far tengah makan nasi goreng teringin katanya nak makan masakan Aunty Far. Jeles aku ashik nak berkepit dengan Aunty jer.. " jawab taufiq dengan kepalanya di geleng beberapa kali apabila dia mengenang kan karenah isterinya itu yang mengidamkan nasi goreng masakan Tengku Faridah. Pelik sungguh Taufiq ingatkan kandungan isterinya dah masuk 7 bulan isterinya itu tidak akan mengidamkan yang pelik-pelik tapi sangkaannya salah.

"Biasa lah tu fiq dia kan tengah mengandung. Lagi pun bukannya dia selalu dengan mummy pun."kata fahrin lalu tersenyum hambar.

Taufiq melihat wajah muram Fahrin. Nampak sangat sepupunya itu mempunyai masalah. Dia juga turut simpati dengan apa yang terjadi kepada sepupunya . Dia bukan tidak tahu Fahrin sangat mencintai Syahada Sampai sanggup menyedia kan rumah idama Syahada. Dan dia juga tahu Rumah Banglo itu Fahrin mahu hadiahkan kepada Syahada apabila mereka sudah bergelar suami isteri.

Tapi malang ini pula yang jadi.Syahada sanggup tinggal kan Fahrin pada hari pernikahan mereka semata-mata mahu menjadi model di Syarikat Ternama yang ada di Amerika.

"Sabarlah broo pasti ada hikmah disebalik apa yang dah jadi. Mungkin Allah nak tunjuk kat kau perangai sebenar si Hada tu. Sebab tu Allah bagi kau ujian macam ni dan Ketika kita ditimpa ujian, Allah tak minta kita jadi superhero yang boleh selesaikan semua masalah. DIA cuma minta kita SOLAT dan SABAR." kata Taufiq lalu menepuk bahu kanan Fahrin. Fahrin meraup wajahnya dan senyuman ikhlas diberikan kepada taufiq tanda terima kasih kerana menyedarkannya dari memikirkan wanita yang tidak bersungguh-sungguh menyayanginya dan mencintainya sepenuh hati.

"Uncle kata kau nak teruskan jugak majlis ni. Betul ke? Dengan sape? " soalan itu terus sahaja dilontarkan kepada Fahrin yang sudah merebahkan tubuhnya di atas katil dengan kaki dijatuh kan disisi katil.

Terkejut juga dia apabila Tengku Faizal mengata Syahatakan wanita itu sudah melarikan diri dan Fahrin juga masih mau teruskan majlis ini. Sebab itu lah dia ingin berjumpa sepupunya dan menanyakan hal tersebut kepada Fahrin sendiri.

Fahrin bangun dari perbaringannya dan duduk berhadapan dengan Taufiq yang duduk di sofa berhampiran dengan katilnya. Fahrin hanya mengangguk menandakan apa yang di katakan oleh daddynya adalah benar.

" Tu yang aku tengah buntu ni Fiq.... Aku pun tak tau macam mana nak cari perempuan yang sanggup kawin dengan aku. " Luah Fahrin kepada Taufiq.

"Dah lah tu nanti-nanti lah kita fikir pasal hal ni. Jom kita turun bawah aku lapar lah. Kau tak kasihan kat sepupu kau yang handsome ni ke? Menahan lapar dari tadi." kata Taufiq sambil mengusap perutnya menandakan dia tengah lapar.. Taufiq membuka pintu bilik Fahrin lalu keluar diikuti dengan Fahrin dibelakangnya.

'Taraguna punya sepupu ingatkan boleh bantu aku selesaikan masalah ni tapi Hampe. ' luahnya dalam hati namun dia tetap mengikuti langkah Taufiq menuruni anak tangga.

-------------------------------

Dyang mengatur langkah ingin naik kebilik dimana dia ditempatkan selama seminggu dia berada dirumah mewah ini. Baru dia ingin menaiki satu anak tangga dia ternampak susuk tubuh Fahrin dengan Taufiq suami kepada Ainur yang baru sahaja dia kenali tadi.

Langkahnya serta merta terhenti apabila mata mereka tertumpu kepada Dayang.

Melihat saja kelibat Dayang mereka saling berpandangan antara satu sama lain Taufiq pandang wajah Fahrin dan Fahrin pandang wajah Taufiq. Lalu tersenyum sumbing. Seolah-olah mereka mendapat satu Idea.

" Aku rasa jodoh kau dah ada lah Fahrin. " kata Taufiq lalu memandang wajah Dayang yang berdiri dihadapan mereka. Fahrin hanya mengangkat kening kirinya dan mentafsir apa yang baru sahaja Taufiq katakan.

"aku turun dulu. Kau slow stalk lah dengan dia ok. Gooddluck broo" sambung Taufiq lagi dan dia menepuk bahu kanan Fahrin beberapa kali dan berlalu meninggalkan Dayang dan Fahrin di tangga.

Fahrin yang kini faham dengan maksud Taufiq hanya mengangguk. Dan apabila melihat bayangan Taufiq sudah tidak kelihatan dia memandang Dayabg yang masih berdiri di hadapannya.

"Hurmm... Boleh saya tumpang lalu Tengku.?" Dayang yang tidak selesa dipandang sebegitu cuba meminta izin untuk berlalu ke atas tetapi baru sahaja dia menaiki tangga Ke-4 Fahrin memanggil namanya dengan perlahan.

"Dayang... " panggilnya

Dayang menoleh kearahnya.

"Ye... TengKu? "

"Boleh kita duduk dekat luar sekejap ada benda saya nak bincang dengan awak." setelah menghabiskan ayatnya dia mengatur langkah ke balkoni.

Dayang hanya mengikutinya dari belakang sahaja. Hatinya sudah berdebar-debar kerana takut dengan apa yang akan Fahrin Sampaikan.

Tibanya dia dibalkoni rumah Fahrin terus menyuruh Dayang untuk duduk dikerusi yang berhadapan dengannya. Dayang melihat wajah seperti ingin membicangkan hal yang sangat penting.

"Tengku... Nak bincang pasal apa sebenarnya? " tanyanya kepada Fahrin yang sedari tadi hanya mendiam kan diri.

Fahrin menarik nafas panjang-panjang dan dia hembus kembali. Dia mengumpul kekuatan untuk menyuarakan hasratnya yang sebenar kepada gadis itu.

"Sudi tak awak jadi Isteri saya? "

"Apa Tengku merepek ni.?? Tengku tau tak kejap lagi tengku akan jadi suami orang.Kesian dekat dia tengku mesti dia sedih klau dia tahu Tengku lamar saya. " katanya dengan suara naik seoktaf. Dia masih lagi terkejut dengan apa yang baru sahaja didengarinya dari mulut lelaki itu.

'bermimpi kah lelaki itu? 'Dayang bermonolog.

"awak masih tak tahu lagi ke ni Dayang? Ke awak pura-pura tak tahu?" tanya Fahrin kepadaku.

' ehk mamat ni tahu apa pulak ni? ' kataku dalam hati. Aku memandang Fahrin dengan pandangan pelik.

"Tau apa pulak Tengku ni?"

"Dia dah lari Dayang. Dia dah tinggalkan Malaysia." kata Fahrin tanpa menjawab soalan yang ditanyakan oleh Dayang.

"Dayang saya merayu sangat dekat awak. please Kahwin dengan saya Dayang. Awak cakap jer awak nak berapa saya akan bayar awak. Janji awak tolong family saya dari mendapat malu... Kalau awak tak nak fikir pasal saya, saya tak kisah tapi tolong fikir pasal mummy dan daddy. " sambung Fahrin lagi panjang lebar.

"Baik saya akan tolong. Tapi dengan satu syarat."

"Syarat? "

Dayang menganguk setuju dan tersenyum manis kepadanya.

"apa syaratnya? " sambungnya lgi

"saya nak Tengku tolong saya cari kakak kandung saya." Dayang sebenarnya tiada syaratpun.

Tapi jika di fikir-fikirkan inilah caranya untuk dia bertemu kembali dengan kakak kandungnya yang telah sekian lama hilang tanpa diketahui keberadaannya.

"oke saya setuju. Tapi saya pun ada syarat juga."

Dayang yang tersenyum terus mati senyumnya apabila Fahrin juga ingin meletakkan syarat.

'Mana Aciii dia nak minta tolong dengan aku so aku jer lah yang kena letak syarat kan? ' soalnya dengan diri sendiri

"Apa syaratnya? "tanya Dayang dengan muka menyampah.

"syaratnya.. Nanti saya bagitahu apabila kita dah sah jadi suami isteri. Sekarang saya nak bawa awak jumpa dengan mummy dan daddy. Jom" terbeliak mata Dayang bila Fahrin kata Fahrin mahu membawanya berjumpa mummy dan daddy, mesti diorang terkejut ni.

"Yeahhhh"

Belum sempat mereka melangkah memasuki pintu utama mereka sudahpun terdengar suara Fatimah dan Farisyah bersorak diikuti dengan Taufiq dan isterinya Ainur.

"Daddy restu sekiranya Fahrin ingin berkahwin dengan Dayang." kata daddy secara tiba-tiba yang tidak tahu datangnya dari mana. memang itu lah keinginannya dan juga isterinya yang ingin Dayang menjadi menantunya.

"Mummy pun Restu... " kata mummy dengan senyuman yang tersangat manis.

--------------------------------

Setelah tangannya di hiasi dengan Inai Dayang masuk kedalam bilik dimana dia akan di Makeup oleh jurusolek yang ditempah oleh keluarga bakal mertua tak jadi Tengku Fahrin.

Setelah jurusolek itu selesai memakaikan Dayang makeup dia meminta izin keluar untuk mengurus apa yang belum selesai lagi.

Dayang duduk dibirai katil. Sebentar lagi dia akan menjadi seorang isteri kepada lelaki yang tak pernah dia cinta. Tak pernah terlintas langsu dek akal akan berkahwin dengan Tengku. 'Mampu kah dia membahagiakan aku nanti? ' persoalan itu sentiasa bermain difikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience