BAB 4

Romance Series 23009

Dayang mencuba setiap baju yang dipilih oleh Fatimah untuknya dan akhirnya yang menjadi pilihannya adalah Dress yang berwarna pink dan dihiasi dengan bunga-bunga yang cantik. Tudung pula selendang Keknis berwarna kelabuh .

Setelah selesai membuat pembayaran Dayang dan Fatimah berjalan ke arah dimana menempatkan Farisya dan Fahrin yang kelihatan sedang menjawab panggilan. Dari tunang mungkin.

"Lamanya korang cari baju dah lenguh dah kaki aku ni bediri kat sini tunggu korang tau.?" rungut Farisyah setelah melihat langkahku dan Fatimah semakin hampir dengannya.

" Dayang ni lah susah sangat nak pilih baju yang dia nak. Macam dia pulak yang nak nikah. " aduh Fatimah pula.

Dayang sekadar tersengih sahaja.
"alaa... Sorry lah.. Korang pun tau kan aku mana reti nak pilih-pilih baju untuk hadir majlis ni. Korang pun macam tak biasa dengan aku." kataku dan memuncungkan bibir ku kehadapan.

"By the way hanks ehk Imah sebab tolong aku tadi pilih baju. Pandai kau. Hahaha" sambungnya lalu memeluk Fatimah dengan erat.

"No promblem lah dear dah kerja aku kan." katanya lalu membalas pelukan Dayang.

"amboi... Korang ingat korang jer ke nak berpeluk aku pun nak lah."Rajuk Farisyah

"alololo.... Mehh kitaorang peluk mehh " kata Dayang serentak dengan Fatimah membuatkan kami ketawa terbahak-bahak.

Dalam kami sedang berpelukan kami disapa oleh seseorang.

"Bila nak habis drama ni wahai gadis-gadis sekalian? " kata fahrin dengan sinisnya.
Aku yang tidak biasa dengan keadaan dimana ada dirinya hanya mampu menundukkan kepalaku dan membiarkan adik beradik itu berbual.

"Abang Fahrin, Imah lapar la. " kata Fatimah dengan manja.

"Isyah pun sama.. "kata Farisya pula.

Fahrin hanya mengelengkan kepalanya. kepalanya yang tiba-tiba sahaja gatal di garuh

Lalu dia tersenyum dengan sikap adik kembarnya yang tidak pernah berubah walaupun kini usia mereka sudah agak tua dan sudahpun mencapai cita-cita masing-masing.

"yela yela... Jom kita pergi makan lepas tu kita balik. Nanti mummy and daddy marah kita balik lambat. Nak makan kat mana? "

"KFC... "

"KFC..."

Jawab Fatimah dan Farisyah serentak. Dan memeluk lengan Fahrin. Dayang hanya mampu tersenyum sahaja melihat telatah adik beradik ini. Keadaan mereka mengingatkannya pada seseorang. Jujur dia katakan dia rindu dengan kakak kandungnya kini.

' kak Aina kat mana akak sekarang? risha rindu sangat kat akak." katanya dalam hati.

Dayang tersedar dari lamunanksetelah terasa bahu kanan miliknya di sentuh oleh seseorang. Aku memandang ke arah seseorang itu Farisyah.
" Kau oke tak ni?"tanyanya

"Oke.. kenapa?"

"habis tu abang aku tanya kenapa kau tak jawab.?"tanyanya lagi.

terkejut bukan kepalang dengan dengan apa yang Farisyah katakan.'Aiik bila masa pulak mamat ni tanya aku? ' Dayang berpaling memandang Fahrin namun masih tak mampu lagi memandang wajah lelaki yang berada di hadapan matanya kini.

"Ohhh... Ada ke? Sorry lah Tengku saya tak dengar tadi. Tengku tanya apa? " tanyanya kepada Fahrin gugup.

" Saya tanya awak nak makan mana? Lain kali jangan ashik nak mengelamun jer. Dah sampai ke hajat awak tu hah?" tanyanya lalu melontar kata-kata yang begitu sinis.

Dayang yang mendengar kata sinis itu hanya tunduk sahaja. Bukan bermakna dia mengaku silap tapi dia malas nak bergaduh dengan orang bermulut puaka.

"maaf tengku. Saya ikut jer, terpulang dekat Tengku,Farisyah dan Fatimah jer nak makan mana."

" Oke lah jom kita pegi makan KFC. Yeahhh!! " Kata Fatimah sambil bersorak diikuti dengan Farisyah.

---------------------------

Fahrin mengambil angin di balkoni rumahnya. Esok dia akan menjadi suami kepada gadis yang sangat dia cintai dan angan-angannya yang ingin mempunya keluarga bahagia akan tercapai esok. Dia mengambil telefonnya yang terletak di atas meja yang ada di balkoni itu dan membuka Applikasi WhatsApp dan mencari nombor Syahada dan mula menghantar mesej kepada gadis itu.

To:SYAHADA ??

_assalamualaikum.. Busy ke? I ganggu you ke?

Butang send di tekan.

Beberapa minit kemudian dia mendapat balasan dari Syahada.

To : TENGKU FAHRIN ??

_waalaikumsalam... Boleh lah tengah tolong mama buat persiapan untuk esok. U tak pernah ganggu i pun syg.?? Knp cht i u tak busy ke buat persiapan.?

To:SYAHADA ??

-wahhh.. tak sabarnya nak tggu esok. ?? i dah siap semua dah lagi pun adik² i kan ada boleh tolong mummy buat semua tu ??. Oke lah syg i tknk ganggu u. Bye tc jumpa esok.

Butang send ditekan. Dan setelah itu dia tiada lagi mendapat balasan dari  si gadis itu. 'terlalu sibuk mungkin.' katanya dalam hati.

Fahrin masuk kedalam rumahnya dan mengatur langkah menaiki tangga dan menuju ke bilik tidur miliknya yang berada di tingkat paling atas. Kini jam sudah menunjukkan angka 12.30pm. Setelah tibanya di dalam bilik dia terus membaringkan tubuhnya di atas katilnya yang bersaiz king itu dan dia terus terlelap dibuai mimpi-mimpi indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience