BAB 7

Romance Completed 6328

Aku duduk di sebelah katil Amirah. Gadis itu masih seperti tadi. Terbaring kaku. Aku membuka surah Yasin. Aku baca perlahan-lahan melewati telinganya. Tiada siapa dalam bilik itu. Aku mengambil masaku sendiri untuk menghabiskan bacaanku. Selesai solat hajat tadi aku teringat janji aku pada ‘Amirah’ yang aku takkan tinggalkannya walau pada yang terjadi.

Aku kembali pada bacaanku. Khusyuk dan tertib. Doa ku pada Allah agar sembuhkan hambanya ini. Biarlah dia sedar dari komanya untuk dia hidup seperti sediakala. Biarlah dia bangun kerana Allah yang mahukannya. Biarlah dia bangun kerana kasih-Nya pada dia. Aku redha andai Amirah dihadapan ku ini tidak mengenaliku. Aku redha jika pertemuan antara aku dan Amirah itu hanya khayalan semata-mata. Tapi biarlah Amirah yang wujud dihadapan ku ini sedar dari lenanya. Agar dia sempat bertaubat dan berbakti pada kedua orang tuanya.

Aku menutup surah Yasin selepas menyudahkannya. Perlahan-lahan aku membisikkan ditelinganya.

“Amar datang menunaikan janji. Bangunlah Amirah. Bangunlah dengan menyebut nama Allah yang Esa. Jangan diulang kesilapan lalu. Ingat Allah banyak-banyak. Allah kasih pada Amirah.”

Aku mengesat air mata yang tumpah. Cuba sedaya upaya menahan sebak. Allah lebih tahu akan hatiku kala ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience