BAB 10

Romance Completed 6328

Mungkin peristiwa aku ada kaitan semasa Amirah koma sebelum ini. Hikmah yang aku cari selama ni. Dan aku taknak bersembunyi lagi. Jika cerita karut aku dia nak tahu. Aku sedia menceritakannya. Aku mengangguk perlahan. Amirah mengukir senyuman. Senyuman yang aku rindu sangat.

“Macam mana saya nak cerita. Tak tahu nak mula dari mana.”

Aku mencipta alasan.

“Mulakan dengan Bismillah.”

Aku terkesima dengan tutur kata Amirah. Dia sekadar tersenyum manis. Pandai budak ni bercakap. Mati terus ayat aku. Aku membalas senyuman Amirah. Allah bagi aku peluang ke dua untuk mengenali gadis di hadapan aku kini. Dan mana mungkin akan aku sia-siakan peluang ini.

“Ayah jemput datang ke rumah. Ayah nak ucapkan terima kasih sebab datang melawat di hospital hari tu. Ayah pesan suruh cari Amar sampai dapat.”

Amirah menukar tajuk perbualan. Dia ketawa sendiri. Barisan gignya yang putih memaniskan wajahnya.

“Sampai suruh datang rumah?”

Aku kehairanan.

“Ha, betullah yang Amar ada datang hospital hari tu kan?”

Amirah serkap jarang dan aku masuk perangkap. Kali ni memang aku tak boleh lari dah. Amirah dah tergelak sebab berjaya kenakan aku. Aku hanya tersenyum. Malas dah nak berdolak dalih.

“Bila ayah suruh?”

Aku bertanya kembali.

“Malam ni jugak. Ayah dan mak buat kenduri kesyukuran. Boleh Amar makan malam sekali. Ye?”

Aku mengangguk. Tengok telatah Amirah buat aku terasa senang. Mungkin ini jodoh aku? Tapi entah kenapa aku jadi mesra dengan budak ni. Mungkin sebab dia peramah atau ada ikatan kimia antara aku dan dia?

“InsyaAllah Amar datang.”

Aku menjawab sepatah.

“Jadi, bila boleh cerita?”

Amirah bertanya. Kali ini dia sudah di sebelah aku. Kami berjalan beriringan ke tempat letak kenderaan.

“Em…mungkin malam ni.”

Aku dan Amirah meninggalkan daratan UiTM. Walaupun dalam kepala aku masih ragu-ragu untuk bercerita, tapi melihat kesungguhan Amirah buat aku mengalah. Biarlah dia tahu dan menilai sendiri. Dan hari ni menjadi titik mula perkenalan aku dan Amirah. Titik mula pertama untuk Amirah dan titik mula kedua untuk aku. Banyak yang kami berbualkan sepanjang perjalanan itu. Amirah yang banyak berceloteh. Nampak tak kekok dan aku yang rasa janggal. Aku tersenyum sendiri. Allah makbulkan doa hambanya. Allah selamatkan Amirah dari koma dan Allah juga yang letak nama aku pada diri Amirah walaupun dia sebenarnya tak mengenali aku. InsyaAllah, Allah akan tolong dalam perjalanan selepas ini.

Dan petang itu berlalu dengan sebuah harapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience