BAB 2

Romance Completed 6328

“Assalamualaikum.”

Aku terkejut. Serta merta aku menoleh untuk melihat gerangan siapa yang memberi salam pada aku.

“Waalaikummussalam.”

Sepontan aku menjawab. Gadis itu dihadapan aku. Sekali lagi dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibir comelnya.

“Boleh tolong kita tak? Motor ni tak boleh hidup.”

Gadis itu bersuara. Aduh…sedapnya suara dia. Untuk beberapa saat pertama aku masih kaku seperti tugu negara. Leka memerhatikan makhluk tuhan yang cukup sempurna dihadapan mataku ini.

“Kenapa tengok macam tu?”

Lamunan aku tersentak. Gadis itu mencebikkan bibirnya.

“Eh, tak ada apa. Terkejut sebab tiba tiba ada orang kat belakang.”

Aku tersenyum sambil berdalih. Rasa macam peluh mula mercik di dahi ni.

“Kenapa dengan motor ni?”

Aku mengalih pandangan mataku. Ikutkan hati nak pandang dia je.

“Tak tahu. Tak boleh hidup. Minyak ada.”

Katanya ringkas.

Aku memegang pulas minyak motor dihadapanku. Jenis Yamaha LC 135. Motor paling popular abad ini. Aku cuba untuk menghidupkan enjinnya beberapa kali. Aku bukannya tahu sangat pasal motor ni tapi bolehlah tengok-tengokkan. Taknaklah jatuhkan air muka depan awek ni.

“Nampak macam takde api.”

Aku membuat kesimpulan sambil duduk mencangkung meraba-raba bahagian palam puncucuh motor itu.

“Teruk ke?”

Gadis itu bertanya. Aku berpaling melihatnya. Nampak sedikit kerisauan pada riak wajahnya.

“Taklah. Mungkin cuci plug je kot.”

Aku rasa saat itu akulah lelaki paling macho di Shah Alam ini. Dengan nada suara yang di kawal sehabis mungkin. Dalam hati aku tersengih sendiri. Aku meneruskan kerja aku. Membuka palam pencucuh dengan alat yang aku ambil dari motor C70 aku.

“Awak dari mana?”

Aku cuba memulakan bicara. Nak tahu jugak perihal manusia depan aku ni.

“Dari UiTM. Kita nak ke PKNS. Singgah sekejap kat sini nak solat dulu.”

Katanya bersahaja. Merdu suaranya.

“Awak dari UiTM juga kan?”

Aku berpaling. Macam mana dia tahu. Aku mengerutkan dahi.

“Tu…nampak stiker UiTM kat motor awak tu.”

Dia tersenyum kembali. Aku pun turut tersenyum. Aduh…tak boleh nak tengok lama-lama. Syaitan kat telinga ni dah suruh buat macam-macam. Aku beristiqfar. Takut-takut pandangan mata aku menimbulkan perasaan yang tak elok. Suasana hening seketika.

“Nama kita Amirah. Nama awak?”

Sekali lagi gadis itu memecahkan suasana.

“Amar.”

Aku menjawab sepatah. Sebenarnya aku tak sangka yang gadis itu peramah orangnya. Aku jadi malu sendiri. Rasa macam ego boleh buang jauh-jauh.

Aku bangkit untuk menghidupkan kembali motor itu. Kunci dihidupkan, choke ditarik. Dengan sekali tendang, motor itu hidup. Aduh…kenapa senang sangat hidup ni. Tak dapat la nak bersembang panjang lagi. Aku merungut dalam hati.

“Terima kasih Amar.”

Gadis itu menyebut namaku. Senyuman manisnya tak pernah padam.

“Sama-sama. Taklah susah sangat.”

Nak mintak nombor telefon boleh? Tapi cakap dalam hati aje lah.

“Nak balik UiTM dah ke?”

Giliran aku memulakan bicara.

“Tak. Tengah tunggu kawan. Dia tak keluar-keluar lagi. Dah janji dengan dia kat sini.”

“Em…Amirah belajar course apa?”

Ada getar dalam suaraku. Mungkin ini boleh jadi salam perkenalan?

“Amirah ambil kursus memasak.”

Serta merta aku mengerutkan dahi. Merenung gadis manis dihadapan ku ini.

“La…iye. Tak percaya ke?”

Aku memandang mata galak itu dengan rasa tak percaya. Ada ke course memasak kat UiTM tu? Aku lihat dia menahan ketawa. Sah aku kena main. Siapa suruh lurus sangat.

“Taklah Amar. Amirah ambil course perubatan.”

Katanya sambil ketawa. Mungkin lucu kerana mengenakan aku. Bahasa diri yang digunakannya buat aku rasa cepat mesra dengan dia. Tiba tiba telefonku berbunyi. Aku segera menjawabnya. Sahabat baik ku Mizi menelefon bertanya dimana aku ketika ini. Sedang aku kalut bercakap dengan Mizi, gadis itu mematikan injin motorsikalnya. Dia memberi isyarat tangan kepada aku untuk masuk ke dalam masjid sambil kakinya melangkah. Aku sedikit gelisah kerana perbualan tadi amat singkat. Selang beberapa langkah, aku menutup tapak tanganku di telefon.

“Amirah, boleh kita jumpa lagi?”

Kata aku separa menjerit. Entah dari mana datang keberanian untuk bertanya begitu. Langkahnya terhenti lalu berpaling menghadap aku. Ada jarak antara aku dan dia.

“Jika diizinkan Allah.”

Dia melemparkan senyumannya. Nampak jelas lesung pipit di pipi kiri dan kanannya. Lalu dia berlalu pergi. Yang tinggal hanya aku, C70, LC 135 dan mataku yang tak lepas dari pandangan indahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience