BAB 3

Romance Completed 6328

Aku kembali dari lamunan petangku. Aku memandang jam di dinding. Sudah hampir Maghrib. Lama betul aku mengelamun teringatkan budak Amirah tu. Nazak nampaknya aku ni. Hati pun dah jadi macam tak beberapa tenteram.

Perasaan jiwang karat dah mula menceroboh jiwa seni aku. Aduh…syahdu la pula petang ni. Aku bingkas bangun untuk ke bilik air. Mandi untuk bersihkan diri walaupun aku tahu yang mandi aku takkan basah selepas ni. Kenapalah fikiran ni asyik teringat kat awek yang tak sampai beberapa minit kenal tu. Tu la, dulu mengata orang jiwang karat sebab bercinta. Kali ni kena kat lubang hidung sendiri. Baru tahu penangan cinta pandang pertama. Pandang sekali terus melekat.

“Jap…malam ni…”

Aku berkata sendiri. Rasa macam ada teringat sesuatu.

Aku membelek belek kalendar yang tergantung di hadapan sofa. 17 haribulan! Malam ni ada kuliah agama kat Masjid Shah Alam! Boleh pergi ni. Mana tahu ada jodoh ‘terjumpa’ cik Amirah kita malam ni. Aku bergegas ke bilik air. Tak mahu terlepas peluang yang ada. Niat nak ke kuliah agama entah ke mana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience