BAB 8

Romance Completed 6328

Sebulan sebelum itu.

Amirah mengesat air mata yang jatuh di pipinya. Sedunya semakin berkurangan. Faizal masih tidak kelihatan. Dia ke tandas yang terletak di sebelah belakang Masjid Shah Alam. Amirah hanya duduk berseorangan di kaki lima masjid. Sudah setengah jam dia begitu. Tadi pertengkaran antara dia dan Faizal sudah kemuncaknya. Sejak dari atas motor lagi Faizal sudah marah marah. Memaki hamun dirinya.

Dek kerana tak tahan diperlakukan begitu, di minta agar dilencongkan ke dalam masjid dengan alasan hendak ke tandas. Sebenarnya dia sudah hilang sabar terhadap Faizal. Semua turutannya mesti di patuhi. Jika tidak, makan penamparlah pipinya.

Hari ini Faizal mengajak dia untuk ke rumah sewanya. Tapi dia berkeras tak mahu. Mana boleh dia setuju. Walaupun dia akui yang dia bukan baik sangat tapi untuk ke rumah orang lelaki bukan prinsipnya. Dia takkan menggadaikan maruahnya untuk makhluk bernama lelaki. Cukup sekadar dia sanggup naik motor bersama Faizal. Lebih dari itu, jangan harap! Sampai di sini tadi Faizal sudah membebel yang bukan bukan. Dia jadi hilang sabar. Hari ini aku nak mintak putus. Nak jadi apa, jadilah!

Tiba tiba anak matanya menangkap pada susuk tubuh seorang pemuda. Dari perwatakannya nampak warak. Dia semakin asyik memerhati. Lelaki itu sibuk bermain dengan seorang kanak-kanak lelaki. Nampak kemesraan antara mereka berdua. Anak dia kot? Amirah semakin berminat melihat lelaki itu. Tangisannya sudah reda. Pemuda itu masih leka mengusik anak kecil itu. Rambutnya masih basah kerana wudu’.

Tiba-tiba muncul seorang wanita dan anak kecil itu berlari mendapatkannya. Wanita itu memeluk anak kecil itu. Perwatakannya sopan dan tertib. Bertudung labuh dan berjubah. Ada ciri-ciri wanita solehah. Amirah jadi malu sendiri. Dia melihat dirinya yang masih jauh dari ciri-ciri wanita tersebut. Rambutnya yang panjang separas pinggang masih tidak ditutup. Malah minggu ni tangannya terasa gatal untuk mewarnakannya. Walaupun sikit, tapi warna perang itu tetap kelihatan di hujung rambutnya. Pakaiannya jauh sekali. Seperti pakaian zaman jahiliah. Berseluar jeans ketat sudah menjadi kebiasaan. Baju usah di tanyalah.

Tiba-tiba wanita itu berlalu bersama anak kecil itu.Oh, bukan anak dia. Dia berkata sendiri. Pemuda itu berjalan masuk ke dewan solat aras bawah. Amirah nampak jelas wajah pemuda itu. Wajahnya mendamaikan hatinya. Mengusik jiwa wanitanya. Tiba-tiba air matanya tumpah. Segera ditahannya.
Amirah mencapai telefon bimbitnya. Dia menaip sesuatu. ‘Faizal, aku nak putus dengan kau. Jangan cari aku lagi.’ Amirah menghantar mesej itu kepada Faizal. Dia tak peduli apa akan terjadi selepas itu. Dia segera mencapai kasutnya dan menuju ke motorsikalnya. Melihat pemuda tadi membuatnya sebak. Dia mahu berhijrah dari kehidupannya sekarang. Tanpa sedar, dia sebenarnya tertarik pada lelaki tadi. Hati gadisnya sudah dicuri orang!

Amirah berjalan laju ke arah tempat letak motorsikal. Tanpa menoleh kiri dan kanan dia terus berjalan. Sebuah kereta betul-betul berada disebelahnya. Tak sempat break. Amirah baru tersedar yang kereta itu sangat hampir dengannya. Dia cuba mengelak. Kakinya tersadung. Kepalanya terhantak pada bahu jalan. Darah pekat mengalir laju. Dia pengsan di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience