BAB 6

Romance Completed 6328

Aku terdiam tanpa berkata apa-apa. Kelu lidah aku untuk bercakap sesuatu. Kaki aku terasa longlai. Jantung aku bagai dirobek pisau daging. Amirah aku lihat masih seperti malam terakhir aku melihatnya. Cuma badannya kurus tak berisi. Dia terbaring kaku di atas katil wad 3B Hospital Putrajaya. Aku hanya melihatnya dari luar bilik yang dipisahkan dengan cermin kaca.

Tiada seri pada wajahnya. Tiada senyuman. Matanya tertutup rapat. Kulitnya pucat. Cuma rambutnya yang panjang mencecah pinggang terikat rapi. Mungkin dirapikan oleh ibunya. Ada dua tiga wayar yang disambungkan pada tubuhnya. Sudah 15 minit aku begitu. Wajah yang aku rindu kini terbaring tak bermaya.

“Dah sebulan dia macam tu. Lepas kau cerita pada aku tentang dia, aku selidik budak dari Fakulti Perubatan. Dan aku dapat tahu keadaan dia macam ini dari rakan kelas dia. Dia terjatuh masa cuba elak kereta. Dan kerana itu, kepalanya terhantuk pada bahu jalan. Tempurung kepalanya retak sedikit dan doktor kata dia koma. Termasuk hari ni dah sebulan lebih dia koma. Doktor pun tak tahu bila dia akan bangun.”

Mizi bersuara di sebelah aku.

“Sebulan? Dah tu, yang aku jumpa tu siapa?”

Bulu roma aku naik. Seram.

“Tak tahu. Mungkin Allah nak kau jumpa dia. Macam yang kau selalu cakap. Allah tak buat perkara yang kebetulan.”

Aku membisu.

“Kejadian tu jadi di kawasan Masjid Shah Alam. Motor yang kau jumpa tu memang motor dia. Kunci motor tu pun masih di sana. Takde orang nak bawa balik. Sebab tu tinggal di sana. Hari tu dia berdua dengan teman lelakinya. Singgah di masjid untuk ke tandas. Keluar dari masjid, jadi la macam ni.”

Aku membisu.

“Mak ayahnya ada kat dalam. Pergi la jumpa orang tua tu. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban mereka.”

Aku membisu. Dalam hati ada sedikit kecewa. Ada sedikit gembira. Ada sedikit sedih. Semuanya bercampur-campur. Aku gembira kerana aku sudah ketemu kembali Amirah. Dah Amirah itu wujud. Bukan fantasi. Aku sedih kerana Amirah terbaring kaku tak bermaya. Tak ceria seperti sebelumnya. Senyumannya pun mati. Aku kecewa kerana dia tak seperti Amirah yang aku kenal. Amirah dihadapanku sebenarnya tidak berhijab. Malah masih ada kesan pewarna pada rambutnya.

Aku melangkahkan kaki masuk ke dalam wad. Bersalaman dengan kedua orang tuanya. Nampak penat pada riak wajah mereka. Ayahnya nampak tegas walaupun anaknya terbaring lemah. Ibunya terbalik. Nampak sedih. Naluri ibu mengharapkan Amirah bangun.

Aku tak lama di dalam wad. Aku segera keluar duduk di kerusi luar. Tak sanggup untuk berada lama menatap orang ‘lain’ dalam hidup aku. Aku merenung lantai. Menarik nafas dalam-dalam. Ya Allah, apa hikmah di sebalik ujian ini? Apa yang kau mahu aku lakukan sebenarnya? Bahuku di tepuk orang. Ayah Amirah disebelahku. Nampak ketegasannya sudah hilang. Keluhan berat dilepaskan menandakan berat ujian Allah pada dia.

“Anak ni siapa?”

Dia berkata lembut.

“Kawan Amirah pakcik. Kawan baru.”

Aku tak berterus terang.

“Pakcik tak pernah nampak kamu datang. Itu yang pakcik tanya.”

Aku hanya mengangguk.

“Kesian Amirah. Mungkin sebab dia jauh dari Allah dia jadi macam tu.”

Ayah Amirah mengeluh.

“Sabar pakcik. Allah takkan buat perkara yang kebetulan.”

Ayah Amirah memandangku. Matanya sayu. Kemudian dia mengesat sedikit matanya yang berair.

“Mari pakcik kita ke surau. Kita buat solat hajat.”

Aku memegang tangan orang tua itu memimpinnya ke surau. Pada ketika ini, aku hanya boleh berharap pada Allah yang Esa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience