BAB 5

Romance Completed 6328

Sudah seminggu berlalu sejak pertemuan terakhir aku dengan Amirah. Persetan! Rasa macam nak menyumpah-nyumpah je dalam hati ni. Dah seminggu aku tak dengar khabar berita dari budak comel tu. Aku kena kencing ke hah? Tak…tak mungkin. Aku nampak keikhlasan pada mata dia malam tu. Takkan dia nak perdajal aku kot? Tapi itulah yang terjadi sekarang.

Hari ni genap seminggu aku lost contact dengan dia. Kemana dia hilang? Dan hari ni juga genap 5 hari aku berulang alik dari UiTM ke Masjid Shah Alam untuk berjumpa dengan dia. Tapi langsung tak nampak lesung pipitnya. Tapi yang aku hairan, motornya ada di situ. Termasuk kunci motornya. Tapi kelibat orangnya, langsung tak nampak.

“Kau nampak hantu kot?”

Sahabat baikku Mizi berseloroh.

“Mustahil Mizi. Kalau hantu, takkan dia boleh bagi nombor telefonnya pada aku. Aku hantar beratus mesej pada dia. Tapi tak berbalas.”

“Kau ada telefon dia?”

Mizi bertanya lagi.

“Tak…aku takut juga nak telefon. Buatnya bini orang. Mampus aku jadi tempoyak.”

Aku mula rasa tak sedap hati. Dah macam-macam benda negatif masuk dalam ubun-ubun aku. Amirah balik kemalangan la, kena culik la, jatuh sungai la. Suma dah mula menhinjak-hinjak dalam benak aku sekarang. Aku mula teringat kata-kata terakhir Amirah pada malam tu. ‘apa pun yang terjadi, jangan tinggalkan Amirah’. Dan kata-kata itu yang buat aku rasa makin tak keruhan. Janganlah jadi apa-apa pada dia. Tolong aku ya Allah!

Tiba-tiba bahuku ditepuk orang. Aku terkejut beruk. Nasib baik tak melatah. Aku berpaling dan Mizi disebelah aku. Bila dia sampai aku pun tak tahu.

“Apa yang kau fikirkan tu Amar. Jauh betul meroyannya.”

Mizi menegur aku.

Aku baru tersedar yang dah sejam aku berada di kedai air batu campur ini. Dah sejam aku duduk melangut dihadapan kedai ABC Pegaga yang terletak di Seksyen 2 Shah Alam.

“Aku risau la Mizi. Aku takut jadi apa-apa pada dia je.”

Aku berterus terang pada Mizi. Mizi sahaja yang tahu cerita aku dan Amirah dari A sampai Z. Mizi terdiam. Dia memandang tepat mata aku. Serius.

“Kau kenapa Mizi? Macam nak telan aku je? Kau tak makan tengahari lagi ke?”

Aku cuba buat lawak tapi Mizi masih serius.

“Aku nak tanya kau sesuatu. Jawab dengan jujur. Betul kau jumpa budak nama Amirah tu?”

Soalan Mizi nampak tegas.

“Betullah. Takkan aku nak buat cerita pula.”

Aku jadi takut. Mizi nampak lain macam.

“Budak tu ada lesung pipit?”

“A’ah. Bukan aku dah bagitahu kau kan?”

Mizi mengeluh berat. Pandangannya dialihkan pada sekumpulan pelanggan di meja sebelah. Aku nampak ada yang dia nak beritahu aku. Tapi nampak berat. Macam satu masalah. Dan masalah tu berkaitan dengan Amirah. Dan Amirah berkaitan dengan aku. Ish, bila pula aku kahwin dengan Amirah ni?

“Okey, lepas ni kau ikut aku.”

Aku sekadar mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience