Tujuh tahun yang yang dahulu…
“Raqiel! Auliya! Shut up..saya tidak mahu lagi dengar suara awak berdua. Kalau tidak sila keluar dari kelas saya sekarang juga!” Tinggi nada suara Puan Bahiyah menjerit di dalam makmal Biologi itu.
Membuatkan 45 pelajar di dalam makmal itu terdiam tidak berani mengangkat wajah. Semuanya gara-gara Iman Raqiel dan Auliya Najlah yang bertengkar mengenai satu teori.
Dari jauh Auliya Najlah menghantar jelingan maut kepada Iman Raqiel yang duduk hanya selang satu meja darinya. Iman Raqiel membalas dengan menayangkan buku limanya.
“Okey, siapa sudah siapkan saya punya nota tempoh hari?”
“Saya..” Laju Iman Raqiel mengangkat tangan. “Hantar?” soalnya seraya menebarkan pandangan di seluruh makmal. Dia yakin sekali hanya Auliya Najlah yang belum siap lagi. Bukan dia tidak tahu akan sikap gadis itu. Paling tidak suka belajar dalam kelas sains dan sudah pasti kerja-kerja berkaitan sains akan ditolak ketepi.
“Semua hantar..siapa tak siap sila keluar dari makmal”
Melebar senyuman Auliya Najlah mendengarnya. Dia mengerling jam di tangan. ‘Masih ada satu jam setengah. Baik aku keluar..’ bisik hatinya. Dia bangkit. “Cikgu..saya keluar dulu” laungnya. Sengaja dia melalui di hadapan Iman Raqiel. “Thanks..jasamu dikenang”
Papp!
Spontan Iman Raqiel menepuk dahinya. Terlupa! Auliya Najlah memang suka melarikan diri dari kelas sains. Tidak kira sama ada kelas Biologi, Kimia mahupun Fizik. Gadis itu rela didenda di luar kelas daripada duduk melapangkan telinga untuk mendengar setiap satu pembelajaran. Dia sanggup walaupun perbuatannya itu akan merosakkan jawatan yang disandangnya. Penolong Ketua Pelajar a.k.a penolongnya.
Auliya Najlah menayangkan sebaris giginya yang putih bersih sebaik disapa oleh Encik Marzuki. Seorang guru muda berusia pertengahan 20-an dan merupakan guru Sastera. Dia menghampiri gurunya itu. Sejak dia masuk ke kelas Sains hampir setahun setengah akibat dipaksa, Encik Marzuki yang membantunya dalam pembelajaran Sastera Melayu.
“Yo, what’s up? Apa cer?” sapanya lalu tergelak kecil. Cukup suka dia menyapa sebegitu dengan Encik Marzuki.
“Haihh..budak ini. Saya report pada ayah awak nanti baru tahu!” ugutnya membuatkan Auliya Najlah mengetap bibir. “Kebetulan saya jumpa awak di sini. Nah ni. Nota. Ini semua kemungkinan besar tajuk yang akan keluar dalam peperiksaan tahun ni. Insya-Allah..tiada perubahan..”
“Wah…thank you thank you. Patutlah cikgu hari ini nampak hensem sangat. Ada benda nak bagi saya rupanya” ujar Auliya Najlah. “Oh ya cikgu. Nanti trial jangan lupa buat soalan untuk saya. Kut-kut cikgu terlupa yang ada extra student ambil Sastera..”
“Tahulah saya. Kalau saya tak buat, mahunya ayah awak marahkan saya..”
“Hah? Buat apa berdiri di luar ni?” sapa Encik Rahman, ayah Auliya Najlah a.k.a tuan pengetua. “Don’t say that you are punished again?”
Auliya Najlah mendongkol geram. “Nope. Liya jumpa Cikgu Marzuki ni. Dia panggil Liya..”
“Saya pula. Awak memang sudah berdiri diluar ni sebelum saya panggil awak ya” gumam Encik Marzuki. “Minta diri dulu cikgu. Saya nak beri Liya ni nota Sastera saja tadi”
Encik Rahman mengangguk. “Masuk dalam makmal” arah ayahnya.
“Liya kena denda lah ayah. Mana boleh masuk”
Lengan Auliya Najlah digenggam. Dia menarik lembut tubuh Auliya Najlah. “Cikgu Bahiyah..bagi budak ni masuk”
“Liya tak siapkan nota. Cikgu suruh duduk luar”
“Siapkan nota itu sekarang. Jangan nak duduk luar ni semata-mata nak larikan diri dari kelas Bio ni. Masuk..Cikgu Bahiyah, kalau dia curi-curi keluar kelas just tell me”
Berdepa-depa muncung Auliya Najlah sebaik sahaja duduk di tempatnya kembali. Sempat dia memandang Iman Raqiel yang sedang berbincang dengan Iqbal dan Ganesh. ‘Haihh…bosannya waktu ni. Bila waktu Bahasa Melayu ni?’
Share this novel