BAB 1

Romantic Comedy Completed 14745

Februari 2010, Rumah keluarga Auliya Najlah

“Auchh…”

Bulat mata Auliya Najlah sebaik sahaja dahinya dijentik kuat oleh Iman Raqiel. Dia mendongak memandang suaminya yang segak berpakaian. Dia bingkas duduk. Memandang suaminya. “Sakit?” soal Iman Raqiel. Dia tergelak kecil.

“Padan muka. Itu balasan kepada awak sebab tendang saya jatuh semalam. Pada malam pertama!!! Pembalasan dendam yang tidak setimpal. Tahu tak yang malam tadi hampir-hampir je nak terkena kat situ. Teruk betul awak ni Liya…”

Auliya Najlah berdiri. Ingin menentang suaminya. Bagaimanapun dia bagaikan seorang yang kerdil. Disebabkan tubuhnya yang kecil dan rendah membuatkan dia mengalah.

“Nak ke mana?” soalnya sedikit kasar. Dia memandang suaminya yang sedang menyisir rambut.

“Kerja!” selamba Iman Raqiel menjawabnya. Tiada riak bersalah. Hanya sengihan yang terpamir di bibirnya.

“Gila ke, Aqi? Semalam wedding kita hari ni awak nak kerja. Tersangatlah lawak awak punya lawak ini, Aqi. Awak nak saya kena sumbat kapas dalam telinga. Matilah saya kalau ayah saya membebel nanti”

“Cik Auliya Najlah, kalau sudah begitu kenapa tanya saya soalan itu. Ada awak nampak saya pakai baju kerja ke? Bukan ke saya ni pakai baju biasa je. Seluar jeans lusuh dengan T shirt lengan panjang. Berwarna hitam putih” jawab Iman Raqiel. Dia menjungkitkan keningnya berkali-kali.

“Lagipun kan, saya ni hormatkan ayah awak a.k.a pengetua saya dahulu!”

‘Eeii…berani dia meniru ayat aku dalam novel. Asam boi karat betul suami aku ni. Memang padan muka kena tendang malam tadi’ omel Auliya Najlah. Dia naik semula ke atas katil. “Saya nak tidur..”

“In Biology, I know that this day is the right day for me and you having fun and making love. Right?” gumam Iman Raqiel.

“Tapi, saya tak sangka awak nak ajak saya pada waktu pagi macam ni..”

Bukk!!

“Aqi..please. kenapa awak suka buat saya marah? Pergi jahanamlah dengan teori sains awak tu. Menyampah saya nak dengarnya. Tak habis-habis dengan teori tu..” bebel Auliya Najlah. Dia turun dari katil. Tidak jadi untuk menyambung lenanya. Terus langkahnya diatur ke bilik air.

Iman Raqiel melepaskan tawa. Sikap nakalnya yang suka menyakat Auliya Najlah amsih belum hilang. Dari hari pertama mereka bertemu muka sehinggalah sudah sah menjadi suami isteri…itulah sikapnya. Menyakat Auliya Najlah. Malah pernah dia meletakkan sikapnya itu dalam salah satu hobi kegemarannya. Menariknya dia pernah diaju soalan oleh seorang guru. Hobinya di waktu lapang. Bersahaja dia menjawab, ‘menyakat Auliya Najlah. Best, mantap dan terangkat..’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience