Februari 2010, rumah keluarga Iman Raqiel
Selesai acara bersanding dan makan beradab di rumah Iman Raqiel. Ramai tetamu yang sudah berasak pulang. Hanya tinggal saudara mara serta rakan-rakan mereka. Kebanyakan rakan mereka di sekolah menengah dahulu. Auliya Najlah hanya tersenyum bila Farina dan Abel datang menghampirinya.
“Thanks datang. Korang bila lagi?”
“Aku dengan Bel dua tiga bulan dari sekarang. Kan Bel?” ujar Farina mebuatkan Abel terkejut. Dia tersengih lucu.
“Tengoklah nanti, Liya. Aku tunggu orang masuk minang je. Tak mahu dah memilih sangat. Nanti terkena macam dulu. Taubat aku!”
Abel ketawa. “Itulah..masa dulu, time aku ajak couple tak mahu. Jual mahal. Nak juga si Daniel tu”
Auliya Najlah menyenggol lengan Abel.
“Kau ni Bel. Dia dah bagi isyarat suruh masuk meminanglah. Jangan tunggu lama-lama” ujar Auliya Najlah. Farina hanya mendiamkan diri mengalihkan pandangan ke arah Iman Raqiel dan kawan-kawan yang lain. Abel pula masih cuba memahami maksud Auliya Najlah.
“Ya Allah..takkanlah tak faham. Farina suruh kau masuk meminanglah. Cepat sikit. Aku nak makan nasi ayam kat rumah korang berdua pula”
Usikan Auliya Najlah mengundang malu Farina. Abel juga tersipu-sipu.
“Aku tabiklah kat kau, Aqi. Teringin juga aku nak tahu apa yang kau dah lakukan sampai hati dia boleh cair dan terima kau yang sememangnya seteru dia. Hei, aku masih ingat lagi tau tak. Kau baling dia dengan telur katak dulu. Sampai termuntah-muntah dia kau kerjakan” soal Khairi.
“Mana ada aku buat apa-apa. Dah jodoh nak buat macam mana?”
“Cutelah korang. Science dan Sastera..teringatlah pula aku pada teori sangap kau dulu tu. Kalau nak bercinta tidak semestinya melalui bahasa indah-indah tetapi boleh juga menggunakan teori dan uji kaji terhadap hati dan jiwa seseorang itu”
Iman Raqiel hanya mampu tergelak mendengar omelan Iqbal. Dia mencuri pandang Auliya Najlah yang sedang berjalan menghampirinya.
“Liya…mereka mahu tahu macam mana saya dan awak boleh bercinta?”
“Jika cinta perlukan madah, maka cinta juga perlukan teori”
“Aku tahulah tentang report eksperimen tu” sahut Iqbal.
Auliya Najlah tersengih. Dia memandang Iman Raqiel. Ada rahsia di sebalik pandangan itu.
***** *****
Setahun yang lalu…
Auliya Najlah memegang dahinya yang kesakitan akibat dijentik doktor yang sedang merawatnya. Dia mendongak memandang doktor lelaki itu yang sedang menunduk memerhati kepalanya yang luka. ‘Iman Raqiel..sedap namanya tapi kalau doktor macam inilah gayanya, memang nak kena hempuk!
Eh..jap, jap. Nama ni macam familiar je dalam pendengaran aku. Hurm..musykil ni..’ Auliya Najlah mendengus. Tidak berpuas hati.
‘Oh…dia. Iman Raqiel. Lelaki yang telah buat aku jatuh dengan laporan eksperimennya suatu ketika dahulu. Yeah..dia ni mamat spoiler tu’
“Eh, boleh tidak awak duduk diam? Susah tahu tak, nak rawat luka awak ni. Nak kena jentik lagi ke?” bentak Iman Raqiel bengang. Bibirnya diketap. Kapas yang dipegangnya keras ditonyohkan di kepala Auliya Auni.
“Auchhh…auchh….hei, hei..sakitlah doktor. Auchh…”
“Serves your right!”
“Hish…sudahlah. Kalau tak nak rawat. Saya pergi klinik lain je” Aulliya Najlah bangkit sambil memegang kepalanya. Tudungnya yang tersangkut di kerusi dicapai sebelum diletakkan sahaja di kepalanya bagi melindungi kepalanya.
Iman Raqiel mendengus kasar. “Eh awak..awak sakit tu. Luka awak tu perlu dijahit dululah”
“Sebelum kena jahit, agaknya saya punya kepala dah terbelah dua. Asyik kena jentik je..” sahut Auliya Najlah. Sedikit bengang. Dia melangkah pergi. Tidak sempat dia melangkah keluar, tubuhnya tiba-tiba rebah. Mujur sempat disambut Iman Raqiel.
Iman Raqiel agak tergamam bila dirinya secara tidak sedar terkucup bibir nipis milik gadis itu. Mujur sahaja hanya dia dan gadis itu di situ. Tanpa kehadiran jururawat mahupun ahli keluarga gadis itu. Hanya dia yang tahu. Tubuh gadis itu dikendong masuk ke dalam biliknya kembali.
Sebaik terjaga Auliya Najlah tergamam. Dia yakin dengan apa yang dirasainya sebelum matanya terpejam rapat 24 jam sebelumnya. Cukup dia jelas dengan imej seseorang yang secara tidak sengaja memberikan sebuah ciuman pertama kepadanya.
“Dia cium aku ke tadi? Oh my god…kenapa jantung aku berdebar-debar ni”
“Assalamualaikum..dah sedar?”
Auliya Najlah mengangkat wajahnya. Dia memandang doktor lelaki itu. ‘Aiik..tak ada riak bersalah langsung. Geram ni..geram ni..’
“Auliya Najlah anak Encik Rahman! Macam manalah saya boleh tidak perasan yang awak ni Auliya si pembenci Science suatu ketika dahulu..” ujar Iman Raqiel. ‘..dan kaulah yang menambahkan semangat kepada aku untuk mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dahulu. Kaulah pencetusnya. Hanya kerana aku inginkan dirimu..’
“Yalah Doktor Iman Raqiel, si spoiler dunia saya. Tak sangka kan yang saya ni jauh lebih cantik dan menawan sekarang ini kan, dan saya sama sekali tidak menyangka yang awak pun dah bertambah hensem!”
“Wow! Satu pujian nampaknya, froggy!”
“Aqi! You..froggy..”
“Ong…gddeegdeeeong…ong…ong..” sahut Iman Raqiel memaksa Auliya Najlah membaling bantal ke arahnya. “Hei..hei..awak sakit kepala tu. Nanti jahitan di luka awak terbuka nanti..calm down. Saya minta maaf..”
‘Dia minta maaf’ desis Auliya Najlah sedikit terkejut. “Tapi saya rasa awak kena minta maaf dengan saya dua kali hari ini. Betul tak?”
“Erk..aa..awak..awak sedar?”
“Ciuman pertama saya! Of course I do!”
“Liya..saya minta maaf. Saya tak sengaja nak cium awak. Saya tercium…”
“Apa awak ingat ini novel? Sesuka hati nak meminta maaf? Dah buat salah, minta maaf then the past is past!”
Iman Raqiel mengecilkan pandangannya. Lama dia merenung Auliya Najlah. “Kita kahwin!”
“Hah!”
Share this novel