“Aarghhh!!!!”
Suasana dewan yang hingar bingar tiba-tiba sahaja menjadi sunyi sepi. Masing-masing menghalakan pandangan ke arah Iman Raqiel dan Auliya Najlah. Mencari punca kenapa mereka berdua menjerit sebegitu. Serentak pula. Tertanya-tanya semuanya. Masakan tidak, mereka menjerit bagaikan telah gagal peperiksaan. Kuat dan nyaring.
“Cikgu..katakan ini tidak benar!” ujar Auliya Najlah. Terkejut! Benar-benar terkejut. Dia mendongak memandang wajah cikgunya dengan pandangan tidak percaya. “Cikgu…biar betul? Takkanlah..”
Iman Raqiel sudah terduduk di atas kerusi di hadapan Encik Uwais. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Cukup mengejutkan dan cukup menyakitkan. “Cikgu..apa ni? Malunya saya. Pemeriksa silap ni..”
“Iman Raqiel..Auliya Najlah, percayalah. Terima sahaja hakikatnya”
“No way!!” jerit mereka berdua serentak sekali lagi. “7A 1D!”
Encik Uwais yang merupakan guru kelas mereka berdua tahun lepas hanya mampu menjungkitkan bahu. Tiada apa yang mampu terluah di bibirnya bila melihat slip peperiksaan PMR Iman Raqiel dan Auliya Najlah. Dia sememangnya sudah menduga akan hal itu.
Iman Raqiel pasti dapat satu D dalam mata pelajaran bahasa melayu kerana lelaki itu amat lemah dalam mereka ayat karangan dan Komsas. Auliya Najlah pula tidak menyukai Science dan pastinya tidak akan menjawab soalan Science terutamanya bahagian eksperimen.
Iman Raqiel mencekak pinggang. “Ni mesti bahagian Komsas. Mesti tak ada markah langsung!” omelnya kasar lalu berjalan keluar dari dewan.
“Macam mana Science boleh dapat D? Geramnya..confirm experiment punya bahagian ni” desis hati kecil Auliya Najlah.
Bukk!
Seketika Iman Raqiel dan Auliya Najlah berpandangan antara satu sama lain. Tajam renungan masing-masing. Bagaikan ada sesuatu yang didendamkan. Masing-masing tidak mahu mengalah setelah berlanggaran.
“Saya tak nak ucap maaf?” ujar Auliya Najlah.
“Ada saya suruh ke? Tidak kan?” balas Iman Raqiel selamba. Dia terus meninggalkan Auliya Najlah yang kebengangan.
Share this novel