BAB 10

Romantic Comedy Completed 14745

“Yes..I got it. Along memang nak balas dendam, Liya. Dia set jam pukul..tiga!”

Auliya Najlah mengerling jam. “Now it is. Dah pukul tiga, Aqi..”

“But..it’s not too late for it. Liya..sudikah awak menjadi ibu kepada anak anak saya..”

“Sudikah awak menajdi ayah kepada anak-anak saya jika saya tertendang awak lagi malam ini?” usik Auliya Najlah.

Tersenyum dirinya bila melihat senyuman di bibir Iman Raqiel. “Saya sudi selagi awak mencintai saya, Aqi. Selagi teori awak menepati madah-madah cinta yang saya harapkan. Selagi nyawa saya menjadi uji kaji diri awak di dalam eksperimen..saya sudi..”

Iman Raqiel mengucup bibir Auliya Najlah. Tubuh isterinya dipeluk erat lalu dibawa lembut ke atas katil.

“Saya tidak kisah kalau awak tertendang saya, Liya. Saya tidak kisah asalkan awak akan sentiasa berada di samping saya. Jika awak tiada maka matilah ujikaji saya selama ini. Ujikaji dan teori yang menyatakan tidak mustahil untuk kita bersatu. Sememangnya kita memang ngam walaupun kita dari dua dunia yang berbeza…”

Sehabis Iman Raqiel berkata-kata, dia menyempurnakan malam itu dengan kewajiban yang satu itu. Melayari bahtera bersama Auliya Najlah buat pertama kalinya. Cukup indah untuk digambarkan dengan kata-kata dan cukup sukar untuk dibuktikan dengan teori.

Biarlah mereka berdua sahaja yang tahu. Bila cinta mereka berputik dan bila mereka menamatkan peperangan yang berlaku kerana Science dan Sastera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience