BAB 8

Romantic Comedy Completed 14745

“By the way..saya nak cakap sesuatu dengan awak. Sekejap ya..” Iman Raqiel meraba saku seluarnya. Mencari sehelai kertas yang telah tercatatnya isi hati dan luahan untuk diluahkan kepada Aulia Najlah saat itu.

‘Aikk…mana perginya kertas tu tadi. Takkanlah hilang..’

“Aqi, cari apa?”

“Err…”

“Tak ada apa-apa ke. Jadi kat sini pun tak ada apa-apa. Balik je lah…”

“Wait..wait a minute. Okey, saya budak Science. Budak Science..you know..erm..erm..saya..saya..”

Auliya Najlah tergelak kecil. Dia menggeleng-geleng lalu mahu melangkah pergi membuatkan Iman Raqiel terpaksa menghalang langkahnya. “Okey, cepat cakap..”

“Jangan ketawakan saya. Saya buat spontan..”

“Baik..saya janji..”

Iman Raqiel melutut di hadapan Auliya Najlah. Dia menarik nafas terlebih dahulu sebelum mendongak dan memandang Auliya Najlah.

“Cinta itu indah
Cinta itu menarik
Cinta itu kamu..

Aku bukan mengharap
Tidak juga menginginkan
Tapi sekiranya hati dan jiwamu masih kekosongan
Berikanlah ruang itu untuk aku penuhi

Err…er…okey..

Jika aku science cinta mu
Maka kau adalah sastera cinta aku

Jika aku merupakan raja mu
Maka kau merupakan permaisuri aku

Jika aku hipotesis cintamu
Maka kau sebenarnya adalah keputusan eksperimen aku…

Jadi..

Bersaksikan ombak dan pantai
Bersaksikan langit dan bumi
Bersaksikan cinta aku dan kau
Bersaksikan deruan angin dan desiran pepasir…
Sudikah dirimu menerima cintaku
Sudikan dirimu menjadi permaisuri katiku
Dan
Sudikah dirimu ini menerima aku sebagai teman hidup…”

Tergamam Auliya Najlah mendengarnya. Cukup tersentuh di hatinya dengan lamaran tidak terduga dari Iman Raqiel.

“Aqi…actually, i’ve something for you too. And I hop it’s okay. Bukan macam dulu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience