Satu demi satu bungkusan hadiah dibuka Auliya Najlah dan Iman Raqiel. Masing-masing tidak menang tangan membuka. Hampir berpuluh hadiah yang mereka dapat. “Aqi, mesti buka semuanya malam ni ke. Saya sudah penatlah!”
Iman Raqiel memandang bungkusan hadiah yang masih belum dibuka di belakangnya. Masih banyak. “Kena buka juga. Sebab saya rasa ada yang tidak kena”
Auliya Najlah bangkit. Dia bercekak pinggang. “Apa dia? Takkanlah kita dapat hadiah bom kut” Bibir diketap geram.
“Teori di kepala saya mengatakan ada sesuatu. Percayalah!”
“Teori? Teori? Teori? Apa teori awak tu? Buat gila je lah malam-malam ini. This is our first night okay?”
“Semalamlah first night. Hari ni second night and, this nite I sleep there. Bahaya tidur dengan awak. Kena tendang!”
“Isy..cuba cakap apa yang awak nak buat dengan semua hadiah yang masih berbalut ni”
Lambat-lambat Iman Raqiel bangkit dan melabuhkan punggungnya di atas katil. Auliya Najlah yang masih berdiri dipandang.
“Saya pernah kenakan along saya dulu. Saya takut dia balas dendam pada kita juga..”
Berkerut dahi Auliya Najlah mendengarnya. “Apa dia?”
“Frankly speaking, saya pernah letak jam yang di set waktu malam pertama Along. Faham-faham jelah..first nite…first nite moment. Kalau dah jam loceng berbunyi pukul tiga pagi tidak ke menganggu. Kan?”
“Okay, I get it. Saya faham apa yang awak cuba sampaikan. Kita kena sambung buka hadiah walaupun sekarang ini sudah pukul 11 malam..”
***** *****
Enam bulan yang lalu…
“Okey, saya terus terang dengan awak. saya bukan tidak dapat terima awak. Cuma kita berdua ni tak ngam! Awak ni Science, saya ni Sastera. Mana boleh bersatu. Kita dari dua dunia! Dua dunia yang berbeza. Penulis dan doktor. Nanti kalut dunia kita..” ujar Auliya Najlah. Dia tidak mahu menghadapi sebuah perpisahan. Dia tidak mahu kecewa.
“143..sarang hae..aishiteru…wo ai ni..mohabbatein..mahal kita..te amo..”
Auliya Najlah berkerut dahi. Pelik dengan setiap satu perkataan yang keluar dari mulut Iman Raqiel.
“Tak faham ke?” Auliya najlah menggeleng-geleng. Tidak faham sepatah kata. “Nama je budak Sastera. Tapi otak lambat nak pick up!”
“Apa-apalah. Then, apa yang awak nak sampaikan pada saya hari ini. Kelam kabut je bunyinya. Dalam telefon pun sampai tidak terluah. Penat saya drive dari Cameron semata-mata nak jumpa awak”
Iman Raqiel diam. Dia tidak pasti sama ada ideanya untuk melamar dan meminang Auliya Najlah menjadi atau tidak. Tetapi, dua belah keluarga sudah dikumpulkan untuk meraikannya.
“Aqi, ada sesuatu yang tidak kenalah”
“Apa dia?”
“Saya penulis novel dan saya tahu ada sesuatu yang akan berlaku nanti. Kalau awak tak percaya, cuba tengok tu..”
Pandangan Iman Raqiel kini menghadap ke arah hadapan. Lurus pandangannya mengikut tunjukkan Auliya Najlah. ‘Nasib baik. Aku ingat dia tak nampak’
“Itu nama kita. Sign board tu ada tulis nama kita..‘AULIYA DAN RAQIEL, SILA IKUT ARAH INI’. Jom, Aqi!”
Tangan Iman Raqiel ditarik. Bersama mereka berdua berlarian di atas pasir pantai. Hampir sahaja mereka akan jatuh tergolek. “Liya…calm down. Awak nak kemana sampaikan terburu-buru ni”
“It’s getting fun, Aqi. Look at this all. Sign board yang mempunyai arahan untuk kita berdua..”
‘Isy..kalau aku tahu dia ni cemerkap sangat, lebih baik aku buat cool and steady’
Auliya Najlah sungguh teruja. Bersama Iman Raqiel berlarian. Menambahkan keterujaannya apabila lariannya bersama Iman Raqiel berpandukan sign board yang dipacakkan di laluan. Setiap satu signboard dihiasi dengan sebatang lilin. Cukup menawan dan romantik suasananya. ‘Haihh…siapalah yang baik hati buatkan ini semua untuk aku dan Aqi. Thanks to you, beb!’
Hanya tinggal beberapa sahaja lagi signboard. Auliya Najlah semakin teruja sedangkan Iman Raqiel di belakangnya sudah hampir putus nafas.
‘JALAN LAGI DAN JALAN LAGI…’ Auliya Najlah jelas terlampau seronok dengan keadaan itu. Tidak langsung mengendahkan orang ramai yang memandangnya. ‘SILA PASTIKAN ANDA BERDUA MEMPUNYAI TENAGA..’ Bibir Auliya Najlah bergerak-gerak menyebut arahan yang tertulis di situ. ‘JANGAN TOLEH KE BELAKANG LAGI..’
“Liya, perlahankan langkah awak. Nanti awak terjatuh!” pesan Iman Raqiel.
“SELANGKAH KE HADAPAN ANDA TEMUI JAWAPAN!!! Cepatlah Aqi. Dah nak sampai penamatnya! Cepatlah..”
“Ya Allah…menyesal aku buat idea ini semua. Aduhai..”
Langkah Auliya Najlah terhenti di bawah khemah. Dia melihat sekelilingnya. Kosong. Hanya kain hitam ungu yang diletakkan di sekeliling khemah itu. “Aqi..apa yang ada di sini. Buat penat je lari lari ke sini..”
“Siapa suruh awak lari laju sangat. Ada sign board tu tulis, ‘SILA LARI LAJU LAJU’. Ada?”
Herot bibir Auliya Najlah mendengarnya.
Share this novel