BAB 5

Romantic Comedy Completed 14745

“Pukul berapa majlis di rumah awak nanti, Aqi? Saya takut kita tak sempat bersiap pula” soal Auliya Najlah. Dia mengerling jam di dinding. Baru jam 8.30 pagi. Masih awal dan masih ada waktu untuk bersiap. Iman Raqiel melabuhkan tubuhnya di atas katil.

“Hei…jangan baring lepas makan. Nanti sakit perut. Tak pasal-pasal lemak terkumpul di badan dan tidak baik untuk tubuh badan” tegurnya membuatkan Iman Raqiel tersengih.

Lambat-lambat Iman Raqiel duduk. Dia memandang Auliya Najlah membelek pakaian pengantin untuk majlis sambut menantu.

“Kenapa? Tak suka ke warna hijau?” soalnya. Dia tersengih. Bukannya dia tidak tahu akan hal itu. Auliya Najlah memang tidak suka warna hijau. Semuanya gara-gara katak yang ingin dibedah mereka tujuh tahun yang lalu.

“Awak memang suka sakat sayalah, Aqi!”

“Ya ke. Saya tidak tahu pula. Hurm…marah ke? By the way, kenapa awak nak kahwin dengan mamat spoiler seperti saya ini. Tahan ke nak kena sakat dengan saya setiap hari” duga Iman Raqiel.

“Entahlah. Saya sendiri tak tahu kenapa saya terima awak. Mungkin sebab hipotesis awak yang awak buat untuk pikat saya dulu tu kot. Hurm..menarik, gempak dan romantik”

“Hipotesis? Erk..yang mana?” Auliya Najlah menyimpulkan senyum. Yakin dirinya sudah terlepas bicara. Baginya itu merupakan kali pertama hatinya cair. Mendengar usikan Iman Raqiel yang berunsurkan Science.

“Oops..Liya nak cakap tentang kertas eksperimen yang saya malas nak buat tu then saya pergi merapu dengan cikgu tu”

Auliya Najlah terus meletuskan tawa. Galak. Iman Raqiel yang mendengar sudah termalu sendiri. Sangkanya Auliya Najlah pasti marah dengannya. Tidak pula dia menyangka gadis itu suka dengan tindakannya itu.

*****

Mrs Liew memandang Iman Raqiel dengan renungan tajam. Herot bibirnya bila buat pertama kalinya pelajar kesayangannya dan harapan sekolah itu tidak siap laporan eksperimen yang dijalankan semalam.

“Iman Raqiel, apa alasan awak sebab tidak siapkan semua ini? Saya sangat terkejut..”

“Mrs Liew, saya minta maaf. Saya semalam angaulah. Asyik ingat pada dia sahaja. Sebab itu semua kerja saya tidak dapat siapkan. Sorry..please forgive me!”

“Angau? Awak fikir ini makmal percintaan ke? Saya suruh awak buat laporan mengenai eksperimen semalam, bukan angau. Sekarang, awak buat report secara spontan mengenai angau awak semalam. Suara kuat. Saya mahu satu kelas dengar..”

Buntang mata Iman Raqiel mendengarnya. Dia memandang Mrs Liew meminta simpati.

“Spontan. Now!”

“TUJUAN: untuk menentukan peratus hubungan di antara Auliya Najlah dan Iman Raqiel bersama sepanjang hayat

PERNYATAAN MASALAH: Apakah peratus kemungkinan jangka hayat tersebut?

HIPOTESIS: jika cinta perlukan madah, maka cinta juga perlukan teori

PEMBOLEH UBAH:

a)malar: suka bergaduh

b)manipulasi: science dan sastera

c)bergerak balas: kami tak ngam a.k.a kami dari dua dunia

BAHAN DAN RADAS: Auliya Najlah dan Iman Raqiel

KAEDAH:

1. Mencari keserasian

2. Cuba memahami kehendak masing-masing

3. Pikat hati dan jiwanya

4. Melamar

5. Meminang

6. Kahwin

7. Bahagia sepanjang hayat

PEMERHATIAN: jika dapat disatukan science dan sastera, cinta itu sendiri akan berputik dan membuatkan diri kita dilamun cinta tidak kesudahan

ANALISIS:

1. cinta perlukan keserasian

2. cinta perlukan kefahaman

3. cinta perlukan sesuatu yang dapat menyemarakkan nya lagi

4. cinta perlukan pengakhiran

KESIMPULAN: jika cinta perlukan madah, maka cinta juga perlukan teori. Jadi dengan itu, dalam percintaan tidak hanya ada madah-madah indah tetapi perlu juga teori untuk memikat seseorang yang kita suka…dua dunia dapat disatukan.

Done teacher! Okey tak. Saya buat spontan ni..Cuma, saya buat bahasa Melayu. Bahasa Inggeris, kalut lagi mengarut nanti..” Iman Raqiel ketawa. Mrs Liew hanya mampu menggelengkan kepala. Sedangkan Auliya Najlah sudah terlopong di belakang kelas bila eksperimen yang diangaukan Iman Raqiel berkaitan dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience