BAB 3

Humor Completed 14635

Iman Raqiel memegang perutnya. Senak seketika perutnya bila mengingati peristiwa itu. di mana dia dan Auliya Najlah mulai menjadi seteru ketika berada dalam Tingkatan 3.

Tidak daapt dinafikan pelbagai keletah yang melucukan terjadi antara mereka hanya kerana berbeza minat. Dia lebih cenderung ke arah Science sedangkan Auliya Najlah bijak berkata-kata dan berdebat. Gadis itu cukup bijak dalam berbahasa tidak kira Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.

Sekilas dia memandang Auliya Najlah. Tersenyum dia melihat isterinya itu keluar dari bilik air hanya berkemban kain tuala sahaja.

Cukup menarik untuknya terus memandang atas bawah membayangkan bentuk badan Auliya Najlah yang sentiasa dibaluti sehelai blaus dan sepasang seluar slack. Gaya yang sama sejak bergelar penulis bebas.

Bukk!

“Apa ni?”

“Apa pandang-pandang? Korek mata itu nanti baru tahu!”

Posisi duduk dibetulkan. Dia masih memandang Auliya Najlah. “Boleh pandang-pandang..boleh pandang-pandang..”

“Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang..cun ayat tu!”

“Mana ada cunnya. Kempunan jawabnya” laju Iman Raqiel menjawab.

Dia bangkit dan menghampiri Auliya Najlah yang sedang memilih pakaian. Tanpa disedari isterinya, dia memeluk dari belakang. Bergelojak jiwanya terhidu wangian tubuh Auliya Najlah. Terus dia mencumbu leher Auliya Najlah dengan ganasnya.

Hampir sahaja tubuh isterinya itu terdorong ke belakang. Bertambah gelora lagi apabila secara tidak sengaja terlihat akan lurah dada isterinya akibat kain tuala yang sedikit terlurut. Cukup menerujakan untuk menikmati sesuatu yang cukup nikmat baginya.

“Err…saya laparlah. Apa mereka masak untuk sarapan agak-agaknya?” Auliya Najlah berpusing badan.

Gagal menahan perasaan takut dan berdebar-debar setelah Iman Raqiel mulai mencumbu lehernya dengan ganas. Panas menjalar di badannya. Dia yakin suaminya itu menginginkan layanan mesranya. Pakaian yang sudah diambil dibawa masuk ke dalam bilik air. Bahaya memakai pakaian di hadapan suaminya itu ketika ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience