BAB 9

Romance Completed 7267

Air mata yang cuba kutahan dari tadi sudah hampir melimpah. Sebelum segalanya terbongkar, adalah baik aku angkat kaki dulu. Namun, suara sayu Airiel yang menampan telinga memakukan langkah kakiku.

“Sampai hati awak, Eira. Memang saya buta kan selama ni! Buta dengan perwatakkan awak. Nampak je baik, tapi pandai mainkan perasaan orang. Entah-entah selama ni, awak ketawa di belakang saya. Manalah saya tau kan. Yelah, saya yang terhegeh-hegeh nakkan awak selama ini. Sanggup berpanas dan berembun,” sinis senyuman yang terukir menghiris sekeping hati ini.

‘Luahkan… Luahkan semuanya Airiel. Awak memang berhak,’ aku tidak mampu lagi membalas kata-kata itu.

“Saya tak sangka awak tipu saya selama ni. Terima kasihla di atas semua kesakitan yang awak beri pada saya. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Saya harapkan awak berbahagia dengan pilihan awak tu,” dengan kata-kata itu Airiel melangkah tanpa menoleh padaku lagi.

Sesungguhnya pertemuan itu menjadi pertemuan terakhir antaraku dan Airiel. Tempoh-tempoh akhir Final Exam kutempuhi dengan kekuatan yang masih tersisa. Namun, takdir yang tersurat tidak mampu disekat oleh sesiapapun. Semuanya sudah ditetapkan sejak azali lagi.

Pandangan Airiel masih menuntas pada setiap siswi yang meninggalkan dewan peperiksaan namun hampa bila wajah yang dirindui selama ini tidak kunjung tiba. Rasa pelik kembali menyelubungi hatinya. Begitu juga pada pagi tadi, hasrat hati ingin memandang wajah lembut itu tidak kesampaian.

Seingatnya, dialah pelajar terakhir yang masuk ke dalam ruang dewan peperiksaan. Dia amat berharap untuk mencuri pandang pada wajah itu, walaupun dari jauh. Kertas hari ini yang merupakan subjek teras universiti menjadi harapan terakhirnya untuk memujuk gadis itu. Namun dia hampa. Sehinggalah terasa tepukan lembut dari arah belakangnya.

Wajah sembab Kak Idah menyapa pandangannya. Sekali lagi dia hampa. Melilau pandangan matanya mencari-mencari kalau-kalau gadis itu bersembunyi di belakang roomatenya. Tiada. Kak Idah masih setia memakukan pandangan pada Airiel. Tak sanggup memulakan sebarang kata. Namun amanah tetap amanah.

“Airiel…,” lemah suara tu memanggil. Namun tiada sahutan. Anak muda di depannya masih melilau mencari di sekitar dewan peperiksaan yang makin sepi.

“Airiel.. Eira….,” nyata sepatah nama itu memanggil seluruh tumpuannya. Sepasang mata itu tajam memandang, menuntut penjelasan.

“Eira amanahkan ini pada akak. Dia mintak sangat-sangat Airiel bertenang masa bacanya nanti,” kaku tingkah Airiel ketika menerima sampul yang dihulurkan itu. Terketar-ketar.

‘Mungkin inilah kadnya. Kad kahwin penamat segalanya,’ desis hatinya diabaikan kerana rasa ingin tahu yang lebih menebal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience