BAB 4

Romance Completed 7267

“Awak duduk dulu sini,” ajakku dengan suara yang lebih lembut mengajak Airiel duduk di sebelahku.

Sedikit teragak-agak Airiel untuk duduk. Cepat-cepat aku menariknya. Seboleh mungkin aku ingin menamatkan segala yang kami bincangkan tadi.

Semakin lama aku di sini semakin banyak lagi kata-kata yang bakal mengguriskan perasaan akan terluah. Aku tidak mahu menambahkan lagi kekesalan yang sedia ada. Suasana kembali sepi antara kami. Hanya keluhan dan helaan nafas menemani.

Melontar pandangan jauh ke hadapan, kelihatan gelagat siswa dan siswi dengan aktiviti riadah masing-masing. Ada yang berjoging, ada yang berkayak dan tak kurang juga yang hanya berjalan-jalan mengelilingi tasik buatan ini.

Keindahan dan kehijauan sekeliling menjadikan tasik ini pilihan kebanyakan pelajar menghabiskan masa lapang pada waktu petang. Pelbagai kemudahan yang disediakan untuk para siswa dan siswi bagi memanfaatkan waktu yang terluang disamping merehatkan minda setelah seharian sibuk dengan kuliah dan tugasan.

Tambahan pula, suasananya yang mendamaikan menjadikan tasik ini tempat wajib untuk aku dan Airiel berkunjung setiap petang mengukir segala kenangan manis bersama. Namun kini tempat yang banyak menyimpan kenangan dan menyaksikan hubungan mesra antara kami bakal menjadi tempat yang akan memisahkan kami.

Berpaling pada Airiel di sisiku, pandangannya juga jauh ke hadapan. Mungkin memikirkan kesudahan antara kami. Hanya pandangan kosong dapat kuperhatikan. Kekesalan semakin mencengkam hatiku.

“Airiel….,” perlahan namanya kupanggil tetapi tiada reaksi daripadanya.

“Airiel..,” sedikit kuat kali ini. Airiel tersentak. Jauhnya dia mengelamun.

Airiel memandangku sekilas sebelum memandang kembali ke hadapan. Seolah-olah tidak mahu melayanku lagi.

“Airiel, pandanglah sini. Awak kena dengar apa yang saya nak cakap ni, Kalau tidak makin lama lagilah kita duduk kat sini. Takkan awak nak duduk kat sini sampai malam?”

Persoalan yang kulontarkan menggamit kembali perhatiannya ke arahku. Tingkahnya itu mengundang senyumanku. Perubahan yang kupamerkan itu ternyata mengembalikan mood Airiel. Barangkali tadi dia sudah berputus asa untuk memujukku. Senyuman yang kupamerkan memberinya semangat kembali.

“Kan bagus awak senyum macam tu. Ini tak asyik duk masam aje. Saya yang tengok pun sama jadi takde mood,” gurau Airiel, menceriakan suasana.

“Airiel, saya sedar apa yang saya cakap tadi dah sakitkan hati awak. Saya minta maaf ye?” aku cuba meredakan kembali keadaan.

“Ha.. kan bagus macam ni. Sedar pun awak. Lain kali kalau nak cakap kena la fikir dulu. Jangan main cakap je. Ok, saya maafkan awak. Lain kali jangan nak buat macam ni lagi ye,” tuturnya dalam ketawa. Namun tawanya itu kedengaran tawar di telingaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience