BAB 6

Romance Completed 7267

Terasa usapan lembut di belakangku. Mata kubuka dan wajah Kak Idah menyapa pandanganku, tersenyum memandangku. Melihat wajahnya yang tenang itu, secara spontan air mata yang kering tadi kembali mengalir. Aku terus memeluk Kak Idah.

“Eira nangisla puas-puas, sebab lepas ni Eira tak boleh nangis lagi. Eira kena kuat supaya Airiel tak curiga nanti,” perlahan sahaja kata-kata itu di telingaku. Di bahu Kak Idah, aku melepaskan semua tangisanku.

Peristiwa itu sudah sebulan berlalu tapi kenangannya seolah-olah memburu aku saban waktu. Kulalui saat-saat sukar ini sendirian. Mujurlah ada Kak Idah yang amat memahamiku. Sehingga kini, kebanyakkan temanku masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah berlaku.

Namun, aku mengambil sikap mendiamkan diri. Jalan-jalan yang kulalui begitu sukar kini. Semangatku seperti direntap pada saat perpisahan kami dan hanya kenangan manis sepanjang perhubungan kami sahaja yang menemani aku kini. Menguatkanku meniti hari-hariku.

Dalam masa sebulan ini, aku berusaha untuk mengelakkan diri daripadanya. Mujurlah kami berlainan fakulti, jadi agak sukar untuk kami bertembung. Aku mengelak dari tempat-tempat yang memungkinkan kami berjumpa. Bukan kerana aku benci padanya tetapi aku takut aku akan kalah pada perasaanku jika aku memandangnya sekali lagi.

Entah kenapa pada pagi itu aku terlambat bangun. Begitu juga dengan Kak Idah. Inilah padahnya jika menonton VCD sehingga lewat malam. Kelam-kabut kami mandi dan bersiap. Aku berjalan sepantas mungkin menuju ke kelas yang terletak di dewan kuliah utama. Jam menunjukkan pukul 8:16 pagi,

“alamak aku dah lambat sangat ni, mintak-mintakla lecturer tak masuk lagi,” sambil memandang jam, aku melajukan langkah kakiku. Pensyarah baru ingin memulakan kuliah ketika aku menolak pintu dewan kuliah. Semua mata memandang ke arahku.

‘Malunya!’ Aku hanya mampu tersenyum kelat.

Oleh kerana tempat di bahagian hadapan sudah penuh, aku melangkah ke belakang dengan hati-hati. Kelas pagi ini memang ramai pelajar kerana ia merupakan subjek teras universiti. Pelajar dari pelbagai fakulti akan mengambil subjek ini.

Aku duduk di barisan tiga ke belakang dan mula menumpukan perhatian kepada apa yang diajarkan oleh pensyarah. Namun entah mengapa aku merasakan seolah-olah ada seseorang sedang memandang ke arahku. Rasa itu menerbitkan getar dan cuak di hatiku. Selalunya aku hanya berasakan begitu jika Airiel ada berdekatan denganku. Sekilas aku menoleh.

“Ya Allah! Airiel,” tercetus kalimah itu di bibirku.

Lama kami berpandangan sehinggalah aku menundukkan wajahku, cuba untuk bertenang. Setelah cukup kekuatan yang ada, aku mengangkat mukaku dan memandang ke hadapan. Terasa sedikit tenang. Aku dapat merasakan pandangannya masih terarah padaku. Menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan.

Ternyata ianya mendatangkan sedikit ketenangan dalam hatiku. Tidak mahu membebankan fikiranku dengan ingatan terhadap Airiel, aku mula menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diajarkan di hadapan. Mencatat apa yang patut walaupun yang masuk tidak sampai sepuluh peratus. Semua gara-gara pandangannya yang tak mampu aku balas. ‘Duhai hati, bertenanglah,’ doaku sepenuh hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience