BAB 1

Romance Completed 7267

Maafkan saya, Airiel. Rasanya perhubungan kita cukuplah sampai di sini saja,” laju ayat itu meluncur dari bibirku.

Sedaya mungkin aku cuba bersahaja melontarkan ayat yang telah kuhafal sejak semalam itu. Memang bukan niatku untuk memutuskan hubungan kami, namun terpaksa jua kurelakan andai ini takdirnya.

Ternyata Airiel terkejut dengan kata-kataku itu. Tidak berkelip dia memandangku. Cukup tajam sekali. Tidak berdaya rasanya aku melawan pandangan matanya itu. Pantas kualihkan pandangan ke arah air tasik yang beriak-riak kecil. Cuba untuk bertenang dan mengumpul kembali kekuatan dalam diri. Sepi antara kami.

Dari ekor mata, dapat kuperhatikan dia masih lagi memandang tajam ke arahku. “Cuba awak ulang balik apa yang awak beritahu saya tadi,” walaupun nadanya tenang, aku tahu Airiel cuba untuk mengawal amarahnya.

Aku menarik nafas panjang sambil berdoa agar tidak terjadi sesuatu yang buruk. Perlahan-lahan aku berpaling ke arahnya. Tersenyum.

“Macam yang awak dengar tadi, saya ingin putuskan perhubungan kita,” ujarku perlahan.

Teragak-agak aku mengangkat tangan dan membelai wajah lelaki yang telah menakluki seluruh hatiku ini. Satu perbuatan yang tidak pernah aku lakukan sepanjang hampir dua tahun perhubungan kami.

Aku cukup menjaga batas pergaulan kami dan Airiel amat menghormatinya. Keperibadiannya yang cukup tinggi itulah yang mengikat hatiku padanya.

Airiel terpegun dengan tingkah lakuku, Mungkin dia tidak menyangka aku seberani itu. Tetapi dia hanya membiarkan sahaja sehinggalah aku beralih pula ke tangannya. Kuangkat tangannya dan kucium. Biarlah…. jika buat pertama kalinya aku mengikut kata hati.

“Maafkan, Eira!” Kulepas tangannya. Langkah kuatur pantas. Tidak lagi menoleh ke belakang.

‘Maafkan Eira! Bukan niat Eira nak lukakan hati Airiel tapi itu saja jalan penyelesaian bagi semua ini,’ hatiku hanya mampu berbisik, menangis.

“Eira… tunggu!”

Laungan keras Airiel mematikan langkahku. Pantas aku mengesat air mata demi menghapuskan sebarang kesan yang boleh menimbulkan sangsi Airiel. Menarik dan menghembus nafas perlahan berkali-kali sebelum berpaling. Karisma Airiel cukup terserlah ketika melangkah perlahan mendekatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience