BAB 10

Romance Completed 7267

Sampul yang dibuka menidakkan telahannya. Surat bertulis tangan itu dibacanya,

Ke hadapan Airiel yang selamanya disayangi…..

Saat awak membaca surat ini, saya mungkin sudah jauh pergi meninggalkan alam yang indah ini. Meninggalkan semua yang menyayangi saya. Saya mintak maaf banyak-banyak kerana merahsiakan perihal diri ini.

Sudah banyak kali saya cuba memberitahu awak tapi saya tak sanggup. Tak sanggup.!!! Biarlah awak membenci saya sehingga akhirnya kerana itu lebih baik daripada saya menatap wajah sedih awak setelah hal ini awak tahu.

Saya sakit Airiel, sakit barah otak. Semua ini terbongkar semasa cuti semester lepas. Sukar untuk saya menerimanya tapi andai ini takdirnya saya terima dengan redha. Saya mintak maaf sekali lagi. Doakan saya Airiel. Selamanya saya sayang awak.

Ikhlas,

Eira

‘Sampai hati awak buat saya begini,’ air mata lelakinya tumpah mengiringi hati yang rawan.

Sungguh cinta itu anugerah dari Allah, tapi adalah tidak adil jika rasa cinta kita ini kepada sesama manusia melebihi rasa cinta pada Allah SWT. Justeru, jangan mencintai manusia melebih-lebih kerana patah hati itu akan menyakitimu.

Pulangkan hatimu semula pada Allah dan berdoa agar jangan hatimu dibolak-balikkan. Menyintai bukan satu dosa, dosanya terbit bila kau menzalimi dirimu dengan mencintai seseorang dan membawa mudarat dalam dirimu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience