BAB 3

Romance Completed 7267

“Eh, awak ni memang tak faham ke atau sengaja buat-buat tak faham? Dah saya cakap tadi kan antara kita dah takde apa-apa hubungan lagi. Putus… Fullstop! Saya dah bosan la dengar awak duk pujuk saya macam ni.” sambil memicit dahi mengurangkan rasa pening yang semakin menjadi-jadi, aku menarik nafas panjang.

Kasar bahasa yang aku gunakan menggambarkan rasa hati yang sudah hilang sabar dengan tingkah Airiel. Tidak berkelip matanya memandang aku. Kiranya aku berjaya membuatnya kelu. Peluang yang datang pantas sahaja kuambil.

“Airiel, saya cuba berlembut dengan awak. Apa yang saya nak hanyalah satu perpisahan yang tenang dan tidak mendatangkan masalah dikemudian hari nanti. Tapi perangai awak ni menyulitkan lagi keadaan. Terima aje la antara kita dah tak wujud perhubungan. Ikatan perasaan yang dulu tu dah terputus dan tidak mungkin dapat disambung lagi,” ku kerling sekilas padanya.

Dia masih lagi seperti tadi.

“Awak tahu tak awak memeningkan kepala saya dengan perangai kebudak-budakkan awak ni. Grow up will you! Sudah-sudah la, kita ni dah final sem, dah tahun akhir. Cubalah matang sikit. Mana perginya sikap awak yang tenang dan sabar tu. Takkanlah sebab sekecil ini awak nak melenting sampai macam ni sekali,” turun naik dadaku melepaskan semuanya.

Tersentak sedikit Airiel mendengar kata-kata yang kuluahkan itu. Berubah riak wajahnya. Dalam situasi yang kukira pertelingkahan paling hebat di antara kami berdua pelbagai reaksi dan riak wajahnya dapat kulihat. Selama ini amat sukar aku meneka emosinya dengan perwatakkannya yang setiasa tenang dalam apa jua keadaan. Namun hari ini semuanya terserlah

“Awak dengar sini ye, siapa sebenarnya yang tak matang di sini? Awak ke saya? Cuba awak pandang saya. Awak pandang dan tenung mata saya. Lepas tu barulah awak cakap awak tak cintakan saya. Awak tak sayangkan saya. Then barulah saya percaya. Boleh awak buat begitu?”

Ternyata Airiel mencabar aku melakukan sesuatu yang selama ini tidak pernah sekalipun aku lakukan. Tidak pernah walau sekali aku merenung matanya dan mengungkapkan rasa cinta secara berterus-terang. Segala rasa kasih dan cinta, aku zahirkan melalui perlakuan dan perhatian tak berbelah bahagi terhadap dirinya, yang mana bagiku menggambarkan rasa kasih tak bertepi terhadap dirinya seorang.

Penat berdiri ditambah dengan kepala yang semakin pening, aku berjalan perlahan menuju ke arah kerusi yang terdapat di sekitar tasik. Airiel yang menyangka aku ingin beredar dari situ memegang kejap lenganku. Takutnya dia aku meninggalkan dirinya disaat masih banyak lagi yang tersimpul di antara kami. Aku mengeluh dengan sikapnya itu.

“Saya penat la berdiri aje dari tadi. Saya nak duduk kat situ,” ujarku sambil memuncungkan bibir ke arah kerusi yang ada.

Lenganku dilepaskan perlahan-lahan. Airiel masih lagi setia di belakangku. Seolah-olah tidak mahu melepaskan aku walau sekejap dari pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience