BAB 5

Romance Completed 7267

“Airiel, pandang saya,” ujarku mematikan ketawanya.

“Apa lagi ni? Kan saya dah maafkan awak tadi. Antara kita dah ok kan? Takde nak mintak putus lagi kan?” tuturnya dalam ragu-ragu.

Aku memahatkan pandangan ke arahnya dan dalam masa yang sama menarik nafas untuk bertenang.

“Tadi awak cabar saya suruh saya luahkan apa yang saya rasa kan?” ujarku sedikit keras.

“Eh, apa yang saya cakap tadi tu gurau ajelah. Saya kan tengah marah tadi. Awak jangan ambik kisahlah ye. Lupakan saja,” pujuknya bersungguh-sungguh. Aku pantas menggeleng. Airiel bingkas berdiri dan menjauhiku.

“Kalau awak nak cakap antara kita dah takde apa-apa, baik awak balik saja. Saya dah tak nak dengar lagi,” langkah Airiel semakin menjauhiku. Aku bangun mengejarnya.

“Airiel tunggu dulu. Nak tak nak awak kena dengar juga apa yang saya nak cakapkan ini,” ujarku sambil mendepangkan tangan menghalang laluannya.

“Airiel, saya minta maaf kalau selama kita berkawan ni awak menganggap antara kita wujudnya hubungan,” berhenti aku seketika. Sambil memandang tepat pada matanya

“Eira nak minta maaf tapi memang Eira tak cinta Airiel dan Eira harap lepas ni Airiel jangan ganggu Eira lagi. Tapi Eira masih lagi anggap Airiel kawan Eira. Antara kita masih lagi boleh berkawan kan?”

Sengaja aku membakar lagi perasaannya. Tersenyum sinis Airiel dengan pertanyaanku itu. Airiel menepuk-nepuk tangannya beberapa kali sambil ketawa. Terpinga-pinga aku dengan tingkahnya itu. ‘Takkan begitu sekali kesannya terhadap Airiel. Terasa ingin menarik kembali balik kata-kata yang aku telah luahkan tadi. Aku masih lagi memandangnya.

“Awak… Awak memang….,” tanpa menyudahkan kata Airiel melangkah pantas meninggalkanku. Dengan kata-kata itu aku ditinggalkan sendirian di tepi tasik.

Tubuhku melurut jatuh di hamparan rumput yang menghijau.

‘Airiel…. Maafkan saya. Saya terpaksa! Percayalah sehingga akhir hayat saya, hanya awak yang saya cintakan buat selamanya,’ jeritan kekesalan itu bergema kuat di dalam hatiku.

Air mataku yang mengalir deras di pipi tidak aku pedulikan. Hanya membiarkan ianya mengalir dengan harapan dapat membasuh semua kelukaan yang aku ciptakan sendiri. ‘Airiel… Airiel!’ Namanya tetap bergema.

“Walau apapun yang terjadi selepas ini saya harap awak tabah. Doa saya sentiasa bersama awak. Mungkin kita takde jodoh di hayat ini,” bisikku di angin lalu walaupun tiada siap yang mendengarnya.

Pintu bilik asrama kubuka lemah. Bertemu pandang dengan teman sebilikku. Aku hanya memandang kosong pada teman sebilikku yang kupanggil Kak Idah. Dia merenungku dengan pandangan simpati.

Sudah pasti dia dapat mengagak apa yang telah berlaku kerana selama ini pada dialah, aku luahkan segala isi hatiku. Aku berjalan perlahan menuju ke katil dan merebahkan diri seolah-olah satu bebanan yang berat terletak di pundakku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience