BAB 8

Romance Completed 7267

“Eira, bangun nak. Jangan buat mama risau!” Mama terus cuba membangunkan aku dengan menepuk-nepuk perlahan pipiku.

“Kenapa ni? Apa dah berlaku ni?” Papa yang melihat keadaan mama dan aku kalut bertanya. Abang dan kakakku yang lain juga terkejut dengan apa yang berlaku pagi itu.

“Eira pengsan bang! Badan dia pun panas. Jom kita bawa dia pergi ke klinik bang!” Ujar mama berterusan membelai rambutku.

“Jom…jom. Panas sangat ni! Hah, along tolong papa angkat adik ni masuk ke kereta. Kita hantar adik kat klinik Uncle Amin.” Tanpa berlengah along mengangkatku terus ke kereta papa.

“Angah, telefon Uncle Amin. Cakap kat dia, ade kecemasan. Suruh dia tunggu,” Arah papa pada kakakku.

Perkhabaran oleh Uncle Amin membuatkan duniaku kembali berputar. kalau bukan kerana hormat, sudah kutekup mulut yang lantang berbicara itu. Aku menyepikan diri. Pelukan dan tangisan sayu mama membawa aku kepada hakikat yang sebenarnya.

“Maafkan aku, Malik. Dari pemeriksaan dan ujian makmal ni memang hasilnya positif,” aku hanya memerhatikan Uncle Amin menepuk perlahan bahu papa, memberikan sokongan. Sayu pandangan papa ke arahku.

Suasana sepi diisi dengan esakkan mama yang masih belum berhenti. Riak cemas dan risau menyapa pandangan mataku apabila kami tiba di rumah. Papa pantas menggesa aku berehat di dalam bilik. Belum sempat kaki menginjak anak tangga terakhir, raungan angah dan mama menambahkan kesayuan di hatiku.

Helaan nafas berat Airiel menyedarkan aku kepada situasi kami. Airiel ternyata masih menuntut penjelasan daripadaku.

“Saya dah bertunang!” Belum sempat Airiel meluahkan, aku memotong, mematikan terus sebarang kata antara kami. Wajah Airiel yang berubah pucat menyedarkan aku betapa berdosanya aku berbohong begitu.

‘Maafkan Eira, Airiel,’ hati kecilku merintih sendiri.

“Saya dah bertunang. Lepas Final Exam nanti InsyaAllah langsunglah. Jemputla datang. Kad belum siap lagi. Nanti saya bagi,” sedaya mungkin aku menceriakan nada dan wajah.

Memberikan keyakinan yang pasti, bahawa aku bahagia dengan apa yang bakal berlaku. Gelengan Airiel menunjukkan dia masih tidak mempercayai apa yang didengarnya sebentar tadi. Aku mengambil kesempatan.

“Terpulanglah samaada awak nak percaya atau tidak tapi itulah kenyataanya. So lepas ni saya harap awak jangan ganggu saya lagi. Kalau awak tak percaya lagi, ni buktinya,” aku tunjukkan gambar dan cincin berlian yang berkilau indah di jari manisku. Kukira bukti yang diunjukkan menjadi penamat bagi hubungan kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience