BAB 5

Family Completed 7308

Hari ini adalah hari penting buat bekas tunangnya, Hazli. Hazli bakal bernikah dengan Haiza pada pagi ini. Majlisnya pula akan diadakan pada waktu tengah hari di rumah pengantin perempuan. Qas berkira untuk pergi menghadiri majlis perkahwinan itu sebagai tanda bahawa dia sudah ikhlas melepaskan Hazli pergi kepada wanita lain. ‘ Benarkah aku ikhlas? Aku lepaskan Haz sebab aku takut. Aku takut dia kecewa jika dia mengetahui tentang penyakit yang aku alami.’

Lagipun, dua hari lepas Ju telah memberitahu yang dia benar-benar berada di tahap kritikal dan peluang dia untuk meneruskan hidup sangatlah tipis. Dia tersedar dari lamunan apabila terdengar deringan telefon. Suhaila menelefonnya. Pasti sahabatnya itu inginkan kepastiannya sama ada dia pergi atau tidak majlis perkahwinan Hazli.

“Waalaikumsalam, Ila. Ya, aku pergi. Takpelah. Kau jangan risau ya. Okaylah, aku nak bersiap ni. Lambat nanti kena redah jammed pula. Okay, bye. Assalamualaikum.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience